Cinta Pak Arab

Saspen je tajuk post kan? Hehe...

Sebenarnya dah lama saya nak cerita pasal kisah cinta Pak Arab ni tapi baru kini rasa bersedia.

Saya berkahwin dengan pak Arab dari Maghribi tetapi secara jujurnya saya taklah anggap suami saya ini 'Arab' sangat kerana kedua ibu-bapanya adalah dari bangsa Berber, kumpulan etnik dari Afrika Utara. Mereka bercakap bahasa berlainan dan bahasa Arab Maghribi pun tidak sama dengan bahasa Arab yang digunakan dari Timur Tengah.

Oleh kerana Maghribi telah dijajah oleh Perancis dan sebahagiannya oleh Sepanyol maka bahasa Arab pasar mereka menggunakan campuran kedua-dua bahasa ini.

Saya dan suami lebih banyak menggunakan medium bahasa Sepanyol untuk berkomunikasi dan kadang kala kalau ikut mood swing, bahasa Inggeris. Heheh..Kalau dua-dua tengah mengong, sorang cakap dialek Maghribi, sorang cakap bahasa Melayu. Hahaha...jadi ayam and itik, tom and jerry...bercakar-cakar gitu. Lepas tu ketawa ROFL...sebab langsung tak faham. Frustrated gitu tapi kelakar sangat-sangat.

Antara sebab kenapa saya nak cerita terlebih-lebih tentang cinta Pak Arab adalah atas beberapa sebab:

Pertama...

Saya pernah ditanya pengalaman berkahwin oleh pelajar-pelajar Universiti Warwick ketika di Coventry dan antara soalan mereka adalah apakah perbezaan sebelum dan selepas berkahwin.

Kedua...

Baru-baru ini ada kenalan saya bertanya pendapat sama ada dia patut teruskan perhubungan dengan pak Arab dari negara Maghribi. Dia baru saja kenal dalam 6 bulan, tidak pernah berjumpa dan hanya berkenalan melalui internet.

Ketiga...

Kawan kepada kawan suami saya, setelah mengetahui yang suami berkahwin dengan orang Malaysia, telah meminta saya mencarikan bakal isteri untuknya dari kalangan wanita Malaysia. Sebelum ini beliau telah berkahwin dengan wanita Maghribi dan bercerai.

Keempat..

Ketika saya telah berkahwin, seorang kenalan rapat telah menasihatkan saya kalau-kalau suami saya memukul atau berlaku ganas dengan saya, saya kena bagitahu dia. *Lepas saya kahwin baru dia bagitahu...ada rasa cuak di situ..hehe*

Adik saya pernah belajar empat tahun di Jordan dan dia kata orang Arab ni suka menipu, suka mencuri, kasar dan tak suka gosok gigi. Mereka suka kumur-kumur dengan Listerine je. Hahaha...

Baiklah...

Mari kita terjah satu persatu masalah-masalah di atas...*Macam beso sangatlah masalah kan?...hehe*

Isu pertama

Masa saya diajukan soalan oleh pelajar-pelajar Universiti Warwick, saya baru setahun jagung berkahwin. Jawapan saya sangatlah kebudak-budakan dan tidak akan saya ceritakan di sini. Jawapan spontan tu menunjukkan yang saya sendiri masih tidak berapa pas lagi dengan ilmu-ilmu perkahwinan untuk saya beri nasihat yang bernas kepada mereka.

Apa yang pasti...semua ilmu *communication skill, interpersonal skill*...ilmu-ilmu kemanusiaan yang saya telah belajar semasa bekerja dulu sangat-sangat penting untuk saya terapkan dalam perkahwinan.

Maksudnya...nak kahwin kena ada ilmu, bukan main terjah je ye.

Suatu hari... suami saya pernah berkata yang dia mahukan rumah dia rasa seperti layanan di hotel 5 bintang. Cadar katil sentiasa tegang, balik rumah makanan berhidang, rumah sentiasa bersih terutama tandas.

OK...Di sini kita boleh bagi dua reaksi yang berbeza:

Pertama kali dengar rasa macam...ewah ewah..nak sedap macam hotel 5 bintang ye? Kalau nak servis 5 bintang bayaran pun kena lah macam 5 bintang. Bla..bla..kita boleh teruskan membebel disini.

Kalau dua kali dengar... dengan ilmu communication skill yang saya ada..reaksi saya mestilah; senyum, iyakan apa yang dia kata dan menjawab: saya akan berusaha sebaik mungkin. Ini dia jawapan seorang 'customer service' ye tak? tetapi sebagai orang Islam...ada klausa extra yang perlu kita tambah...iaitu, kerana Allah. Kita hamba Allah, bukan hamba suami.

Jawapan kedua ni, 100% telah membuatkan 'attitude' suami saya berubah. Bermaksud...orang Arab ke bukan orang Arab ke, kalau kita tunjuk akhlak yang mulia, insha Allah dia akan bagi reaksi yang positif. Betul tak?

Cakap senang...tapi nak buat susah. Heheh...

Semua kena kembali kepada niat kenapa kita hendak berkahwin. Sebab itu saya sentiasa teringat akan hadis Rasulullah SAW dalam buku Hadis 40 Nawawi:


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Boleh baca lebih lanjut tentang hadis ini di sini.


Oleh itu...sebelum nak berkahwin penting sekali pasang niat yang betul.

Saya pernah dengar ceramah Ustaz Amin di IKIM FM dan ada seorang wanita yang berkahwin dengan mualaf. Suami beliau masih minum arak dan makan benda yang haram walaupun telah memeluk Islam. Dia rasa give up sebab dah berpuluh tahun kahwin tapi suami masih tak berubah.

Apabila ditanya oleh Ustaz Amin akan niat asal beliau berkahwin dengan suami dahulu. Beliau berkata niat beliau adalah untuk suami menjadi seorang Islam.

Nasihat Ustaz Amin adalah supaya wanita itu kembali kepada niat asal. Allah telah memberikan rahmat kepada wanita itu dengan niat beliau. Sama ada suami mempraktikkan ajaran Islam atau tidak itu adalah isu yang berlainan. Wanita itu menjadi lebih teguh apabila kembali kepada niat beliau. ^^ Subhanallah...sungguh cantik.

Bagi saya...Allah telah membuka pintu hati saya untuk berkahwin pada umur 35 tahun. Saya berkenalan dengan suami masa umur 33 tahun. 2 tahun untuk mengenal hati budi melalui internet bukan mudah tetapi saya telah berniat; Ya Allah, dekatkanlah aku dengan diriMu dengan perkahwinan ini. Amin.

Isu kedua

Apabila berkenalan di internet dengan pak Arab online dan tidak mempunyai medium bahasa yang sama mungkin sukar. Umur perkenalan sebulan, setahun ke bukan ukuran. Sekurang-kurangnya perlu ada persefahaman dalam berkomunikasi tidak kira bangsa.

Sebenarnya...masa berkenalan dan kita dah ada rasa-rasa ragu, solat istikharahlah.

Taraf sekufu seperti jika lelaki tidak belajar hingga universiti dan isteri ada Phd juga tidak ada masalah. Bagi saya, kalau lelaki itu street smart, seorang lelaki yang bertanggungjawab dan jaga solat 5 waktu..insha Allah dia akan tahu di mana tanggungjawab dia.

Kalau seorang wanita itu ada Phd dari universiti pun belum tentu dia ada Phd dalam ilmu rumahtangga. Betul tak? Rumahtangga ini pun satu universiti...Universiti Kehidupan. Sila rujuk ceramah Ustaz Amin di IKIM FM.

Sori...saya bukan nak promote Ustaz Amin tetapi ceramah beliau lebih banyak kepada isu perkahwinan dan kekeluargaan. Sangat banyak ilmu yang saya dapat timba dari beliau. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan balasan pahala yang banyak kepada beliau. Amin.

Saya berkenalan dengan suami atas talian. Ada risikonya di situ dan sejak kebelakangan ini saya risau sebab banyak sangat kes-kes perempuan Malaysia kena tipu atau 'scam' kerana cinta online. Aduhai wanita...kenapalah bercinta tertonggeng tergolek ni? Saya pun tak faham...tapi saya hanya boleh cerita cara saya untuk elakkan masalah ini.

Saya telah menetapkan hanya dua syarat untuk suami saya:
  1. Dia mestilah seorang Islam sebelum berkahwin dengan saya. Saya tidak kira apa bangsa orang tu.

  2. Dia mestilah jaga solat 5 waktu. Bagi saya, seorang lelaki yang boleh lengkap solat dia setiap hari kecuali ada alasan mengikut syarak mestilah seorang lelaki yang kuat mentally and spiritually.
Saya pegang dua prinsip ini. Sehinggakan ada seorang makcik di kampung saya kata saya tunggu datuk pinang saya kot. Saya senyum je. Kalau datuk pun apa salahnya kalau dia ada dua kriteria di atas.

Masalahnya Allah tak ketemukan saya orang yang ada ciri-ciri tu sehinggalah saya berumur 33 tahun!! Allah lah yang menyusun perjalanan hidup kita. Subhanallah.

Saya berkenalan melalui laman yang sudah tidak wujud lagi sekarang. Ketika berkenalan saya pastikan yang suami tidak meminta duit daripada saya walau sesenpun. Saya bukan jenis yang bercinta bagai nak rak ye!

Ketika berSkype, saya pastikan saya juga berbual dengan ahli keluarga beliau. Ini adalah untuk mengelakkan penipuan. Kalau seorang lelaki itu jujur maka dia tidak akan berdolak dalik.

Saya pastikan urusan nikah hanya di buat di Malaysia dan bukan di luar Malaysia walau susah bagaimanapun urusan dokumen tersebut. Ini untuk menjaga keselamatan saya juga.

Saya pastikan dia tinggal di rumah ibu bapa saya sebulan untuk melihat bagaimana akhlak dia terhadap ahli keluarga saya, mendapatkan restu keluarga dan sama ada dia menjaga solat atau tidak ketika berada di situ.

Ibu saya ada sedikit resistance hingga kini...setiap kali kami berSkype, beliau asyik bertanyakan soalan "Akak bahagia tak?" tetapi ayah saya kata, suami saya nampak seperti seorang yang bertanggungjawab. Hanya lelaki yang mengenal manikam...oops..rosak peribahasa.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pernikahan kami. Ada seorang sahabat terpaksa mengambil masa 3 bulan lamanya untuk menguruskan dokumen perkahwinan dengan lelaki bangsa asing tetapi kami hanya sebulan dan segalanya berjalan lancar.

Amacam...boleh tak buat macam tu supaya tak di 'scam'? Cara terbaik adalah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kerana Dia adalah pemilik hati hamba-hambaNya. Hanya Dia yang boleh merubah hati mereka.

Isu ketiga

Okay...apabila ada orang Maghribi tiba-tiba berminat untuk mencari pasangan wanita Malaysia setelah menjadikan perkahwinan kami sebagai satu model positif, tiba-tiba saya rasa ada tekanan di situ.

Kalau selepas kahwin dia kata wanita Malaysia tu teruk, susah pulak nanti.

Lelaki Maghribi itu telah bercerai sebelum ini dengan pasangan wanita Maghribi juga. Disebabkan oleh kisah hitam ini dia telah melabelkan bahawa semua wanita Maghribi itu teruk.

Dari segi ekonomi beliau kira berada tetapi saya tidak tahu perangai lelaki tersebut. Adakah dia yang teruk atau bekas isteri dia yang teruk? Adakah dia mempraktikkan Islam secara istiqamah?

Suami saya kata orang-orang Maghribi memandang wanita-wanita Malaysia dan Indonesia sebagai lemah lembut dan berakhlak mulia kerana mereka mendengar banyak berita-berita yang baik tentang Malaysia dan Indonesia ketika menunaikan haji di Mekah. Jemaah Malaysia sangat teratur, sopan, banyak bersabar..tidak seperti jemaah orang Arab yang kasar dan sebagainya.

TETAPI..yang sangat kelakar, suami saya kata saya sedikit kasar dan tidak lemah lembut seperti yang dia bayangkan! Hahah..

Saya kata setiap orang itu unik dan kita tak boleh anggap semua orang sama dan lebih-lebih lagi mendengar khabar yang indah dari rupa sebenar. ^^

Satu lagi, suami kata mahar wanita Maghribi terlalu mahal! Tetapi saya rasa orang Malaysia pun mahal jugak sebab kalau tidak masakan ada pasangan yang hendak berkahwin boleh bergaduh hanya disebabkan oleh isu duit hantaran kahwin, kan?

Saya kata kat suami, yang dia cuma perlu bayar mas kahwin untuk orang Johor RM22.50 tetapi suami saya telah memberikan juga duit hantaran. Alhamdulillah.

Sori..saya sebenarnya percaya bahawa pernikahan itu simple je sebenarnya. Cukup syarat sah nikah dah selesai. Kenapa nak ribut-ribut dengan hantaran kahwin yang tinggi? Lepas kahwin takkan nak bayar pinjaman bank untuk kenduri kot? OMG...APTB. Kahwin ikut kemampuan, kalau dapat kenduri cuma roti canai..bagi je la roti canai. Tak payah nak gegar vaganza sangat lah..hehe.

Perkahwinan bukan hanya kenduri yang vava voom..renung-renungkanlah.

Buat pengetahuan umum...Mazhab orang Islam di Maghribi adalah Mazhab Maliki dan mereka juga membaca Al Quran menggunakan qiraat Warsh, berlainan dengan di Malaysia, kita menggunakan Mazhab Syafie dan bacaan Al Quran dengan qiraat Hafs.

Saya bukanlah alimah yang boleh menerangkan isu-isu mazhab tetapi memang ada perbezaannya. Lain kali saya cerita kalau ada kesempatan. Bi iznillah.

Isu keempat

Sahabat saya menasihatkan saya ketika saya nak berlepas ke Madrid dari KLIA! Masa tu memang cuaklah juga. Nanti kena pukul ke dengan suami pak Arab ni? Kasar sangat ke pak Arab ni?

Tak habis-habis saya berdoa dalam hati supaya suami tidak seperti yang dibayangkan.

Alhamdulillah. Suami tidak seperti itu.

Ini kerana ada bermacam-macam sebab. Suami saya bukan dari golongan Arab Timur Tengah. Dia kata Arab dari Afrika Utara lain. Suami saya juga dibesarkan di Madrid, jadi beliau telah didedahkan dengan budaya Eropah sejak dari kecil. Ada baik dan buruk juga di situ. Yang pasti, cara dia berfikir dan personaliti dia memang berbeza.

Tapi kalau saya boleh katakan disini, bukan nak berbangga ye...Nauzubillah. Suami saya seorang yang RIJAL...Alhamdulillah.

Dia boleh terima pendapat saya yang suka membebel ni kerana dia berfikiran terbuka walaupun suami saya ni tidaklah sekolah tinggi mana tapi Allah bagi dia hikmah. Masha Allah.

Oleh itu, bahawa orang Arab itu kasar dan suka memukul isteri itu adalah mitos. Tidak semua begitu. Malah di Malaysia pun ada saja lelaki yang suka mendera isteri mereka. Sama saja. Rambut, kulit dan rupa je lain tapi manusia ni sama saja perangainya di mana-mana.

Apa yang adik saya katakan itu pun membuatkan suami saya ketawa ROFL. Orang Arab tak suka gosok gigi, suka kumur-kumur dengan Listerine je. Hahah...orang Arab Jordan je la kot.

Sebab itu kita tak boleh 'generalize'kan semua orang mengikut bangsa, negara, kaum dan sebagainya.

Semua orang unik, dengan latar belakang yang berbeza, perangai, rupa yang berbeza, perjalanan hidup yang berbeza. Setiap pasangan yang berkahwin juga mempunyai pengalaman yang berbeza.

Tidak semua sama acuan macam robot. Malah robot pun ada nombor siri untuk membezakan mereka. ^^

Aduhai...panjang lebar sangat lah pulak post kali ini. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang kurang baik serta segala kesilapan adalah dari hamba Allah yang tidak sempurna ini.

Wassalam.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

30 Comments

  1. suka baca tulisan u.selalu baca jer,harini saja nk komen.
    semoga bahagia berkekalan selamanya..insya allah.

    salam perkenalan dari kl.hehe.

    ReplyDelete
  2. Salam ukhti Fad,
    Terima kasih sudi baca blog yang tak seberapa nak update ni. ^^
    Selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  3. ukhtie zarina,
    kak naza selalu baca your blog.... seronok membacanya...
    sudikah kiranya bawa kakak sekeluarga berjalan2 di spain suatu hari nanti?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Naza,
    Terima kasih sudi baca blog saya.
    Kalau ada rezeki dan kelapangan boleh saja.
    Insha Allah. Jemput datang ke Madrid. ^^

    ReplyDelete
  5. Salam
    Sama lah kita kawin org maghribi .citer n prngalamn pun sama hehe ..😆

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam,

    Terima kasih sudi menatap blog ni dan salam perkenalan. :)

    ReplyDelete
  7. Rasa tenang siket hati bila baca. Biasanya asyik dgr yg negatif je. Sy skrg dalam tempoh pkenalan dgn lelaki arab dari dammam saudi. Pkenalan x sampai sebulan tapi dia dah berhajat nk melamar insyaAllah hujung bulan march ni. Takut jugak bila dgr lelaki arab sgt kasar dan kuat pukul. Andai benar dia jodoh, smoga allah permudahkan segalanya insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Salam Siti,
    Saya banyak mendengar ceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Radio IKIM. Banyak membantu untuk memperbaiki diri dan rumahtangga. Alhamdulillah.

    Saya cadangkan Siti dengar ceramah beliau juga di sini https://www.youtube.com/user/radioikim sebagai salah satu sumber ilmu untuk melengkapkan diri sebelum melangkah ke kehidupan berumahtangga.
    Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat Siti. Amin.

    ReplyDelete
  9. Salam..sye skrg dlam tempoh perkenalan dgn lelaki maghribi jugak...dia nampak serious utk ke peringkat seterus nya cuma saya masih ragu2..dan betul ke kita perlu keluarkan invitation letter utk dia dtg ke malaysia?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Lily,
    Tentang invitation letter, Lily kena tanya dekat Kedutaan Maghribi di Kuala Lumpur,
    Telefon
    +60-3-2161-0701
    +60-3-2161-0705
    +60-3-2161-0708

    Kalau Malaysian nak melawat ke Maghribi, kita kena ada visa
    tapi kalau Moroccan nak melawat ke Malaysia, yang ini saya kurang pasti kalau ada perubahan dalam prosedur kemasukan pelawat dari Maghribi.

    Seingat saya pada tahun 2013, suami saya cuma masuk pakai passport Maghribi dan kena ada return ticket pulang ke Maghribi.

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan sis,

    Saya nk tanya, sis tinggal di mana.

    Saya akan bernikah dengan lelaki Morocco pada bulan ogos,jadi sy merancang hendak ke embassy pd 31/7 bagi urusan Berkenaan document , jadi nak di pendekkan cerita pihak embassy ada mencadangkan cari dua saksi lelaki Morocco untuk sign di embassy bagi mendapatkan surat kebenaran berkahwin. Lagi mudah.

    Jadi jika tiada halangan saya ingin meminta bantuan suami sis atau kenalan jika ada untuk saya hubungi untuk saksi sign di embassy Morocco untuk mendapatkan surat Berkenaan berkahwin dari embassy untuk urusan JAIS

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam,

    Kami tinggal di Madrid, Spain.
    Seingat akak, semua document sebelah lelaki, suami akak buat di Morocco.
    Maaf Nadhirah, kami tiada sesiapa rakan Moroccan yang kami kenal di Malaysia.
    Semoga Allah permudahkan urusan pernikahan Nadhirah dan bakal suami. Ameen Ya Rabb.

    ReplyDelete
  13. Takpa la akak, cuma kalau2 ada follower akak yg boleh bantu saya sila hubungi saya di email sitinadhirahabakar@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Salam Nadhirah,
    Akak terpaksa keluarkan nombor telefon kamu sebagai langkah keselamatan. Nanti kamu kena spam pulak..tapi email kamu akak tak keluarkan. Insha Allah. Semoga Allah memudahkan urusan kamu. Ameen.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum zarina,
    Salam perkenalan, saya rohaya , asal gelang patah , Johor. Saya pun berkahwin dgn pak Arab dari Algeria, Alhamdulillah masuk tahun ke 8 dan dikurniai 3 org cahaya mata, 2 girl 1 boy. Seronok baca coretan versi ina isu melayu kahwin arab. Apa yg awak tulis betul , istikharah dan paling utama restu ibubapa amat penting . Komunikasi, persefahaman dan toleransi perlu bagi menjamin kelangsungan dan keharmonian rumahtangga. Salam ukhwah dari saya , salah seorg wanitamelayu kahwin arab.😉😉😉

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam,
    Masha Allah..Semoga Rohaya dan keluarga sentiasa dirahmati Allah. Amin.
    Pasangan yang harmoni sentiasa berkerja dalam satu pasukan. Complete each other. Insha Allah.

    ReplyDelete
  17. ingin wanita magribiApril 28, 2018 at 12:14 PM

    Ade calon wanita dr Magribi cr calon msia tak?

    ReplyDelete
  18. Setakat ini tidak ada pula yang ingin cari calon suami dari malaysia. :)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kak zarina,
    coretan ini sangat bermakna dan menafikan segala keraguan saya dan pasti untuk meneruskan hubungan. saya sangat muda baru 18 dan pasangan dari saudi berasal mesir berumur 20, hampir 7 bulan dan alhamdulillah diberi peluang bertemu memandangkan dia pelajar utm dan saya dari pasir gudang. dalam ramai yang cuba mendekati saya, mamat arab ni jugalah yang sangat serasi. sesungguhnya, keluarga saya tidak mengetahui kerana saya tahu mereka agak sukar untuk menerimanya namun saya putuskan untuk berusaha dalam melancarkan segala urusan. bertemu hanya dua bulan sekali adalah sangat menyakitkan, tapi memang saya yakin hanya dia. tak lama lagi saya menyambung pelajaran begitu juga dia, makin berjauhan dalam malaysia pun perit walaupun sedar jarak akan sejauh beribu batu. jauh lagi perjalanan kami dan banyak persediaan perlu dipenuhi.
    Harap kak zarina bole bagi nasihat banyak untuk cerita saya ni.....

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum sis zarina, teringin sangat nak bertanya lebih mengenai pengalaman berkahwin dengan oak arab ni since saya sendiri telha berkahwin dengan pak arab juga... Hehe... Bole tak contact sy thru email nanti? Sy cari email untuk nak contact sis tapi tak jumpa. Huhu

    ReplyDelete
  21. Waalaikumussalam,
    Boleh email saya di zarinaelkabdani@gmail.com

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam,
    Semoga Allah memudahkan kamu berdua bersatu kerana mencari keredhaan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  23. Salam Rohaya.
    Saya juga berkahwin dengan lelaki Algeria.
    Tahun ini sudah 18 tahun usia perkahwinan kami.
    Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman bersama. Boleh contct saya di Rahmah.yusof@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Rahmah Binti YusofJune 20, 2018 at 4:34 AM

    Salam Rohaya
    Saya juga berkahwin dengan lelaki Algeria. Boleh hubungi saya di Rahmah.yusof@gmail.com.
    Mungkin kita boleh tubuhkan group . Insya Allah.

    ReplyDelete
  25. Bagus. Saya baru berkenalan dengan pak arab. Dari bangsa arab maghribi juga. Terimakasih info anda sahabat.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum. Saya Muhammad Abdul Aziz.

    Saya nak tanya, apakah prosedur untuk berkahwin dengan orang luar? Sebab saya sebenarnya ada jatuh hati pada seorang gadis Iraq dan ingin menikahinya. Kalau boleh, saya nak tahu apakah prosedurnya sebagai persiapan.

    Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.. suami sy pn org arab.. sy x ble post apa2 kat sini.. kalau dpt cik akak ble tak whatsapp sy.. atau siapa2 yg berkawin ngan org arb, ble chat sy.. sbb sy nak kan pngalaman.. mntak tlg sgt2 0198696698

    ReplyDelete
  28. Contact kite ble tak 0198696698

    ReplyDelete
  29. can you contact me I would to know about this.I want to get your phone number

    ReplyDelete
  30. Hai akak

    1)Bole Saya tahu apakah prosuder perkahwinan di malaysia utk wrga asing

    2) akak sekarang stay dekt mna ehh...di malaysia atau di negara suami

    3) Saya Ada kenal seseorang dri algeria..Dan Saya nak Tanya Ade ke kerja di malaysia utk org algeria


    ReplyDelete
Previous Post Next Post