Ucapan Salam Dalam Bahasa Sepanyol

Untuk post kali ini saya nak cerita tentang ucapan salam atau saludos dalam bahasa Sepanyol yang orang Sepanyol selalu ucap di antara mereka sama ada kenal atau tidak kenal atau rapat atau sebaliknya atau dalam suasana rasmi atau tidak.

Kami di Madrid tinggal di 'piso' atau boleh kata seperti rumah 'flat' kalau di Malaysia tetapi di sini 'piso' adalah lebih besar saiznya dari 'apartamento' yang saya sangkakan adalah 'apartment' seperti di Malaysia. Pelik kan?

'Piso' kami ada tiga bilik dan satu bilik air, separa lengkap di tingkat empat tanpa kemudahan lif sebanyak 400 euro sebulan. Setiap hari turun naik panjat tangga ganti 'workout'. Kira okay la harga dia..sebab kami tinggal berdua saja dan cuma dua stesen je dari Sol.

Setiap kali kalau saya turun ke bawah untuk beli barang dapur, kadang2 ada terserempak jiran tetangga. Ada orang Sepanyol, orang Arab, orang Cina, orang Amerika Latin dan macam2 lagi.

Mereka pasti akan ucap salam macam di bawah ni:


  1. Hola, Buenos dias - Hello/Hi, Selamat Pagi

  2. Hola, Buenas - Hello/Hi, Selamat tengahari / petang

  3. Hola, Que tal? - Hello/Hi, Apa khabar?

  4. Hola hija, Que tal? - Hello/Hi anak perempuan, Apa khabar?

Ini antara ucapan yang mereka selalu ucapkan kalau terserempak dengan saya.


Waktu bila nak ucap salam ni?


Biasanya kalau waktu pagi sebelum jam 2 petang, saya akan ucap Hola, Buenos dias.

Untuk ucapan Hola, Buenas sebenarnya adalah Hola, Buenas tardes tetapi selama saya di sini, kebanyakan mereka hanya ucap Hola, Buenas kecuali dalam keadaan rasmi macam di pejabat atau di pejabat pos dan sebagainya.

Kalau saya pergi ke kedai yang saya selalu pergi, saya cuma ucap Hola, Buenos dias sebelum jam 2 petang, Hola, Buenas selepas jam 2 petang atau Hola, Que tal?

Kalau kedai tu macam hari2 saya pergi atau kerap saya pergi, saya akan ucapkan Hola, Que tal? atau Hola, Buenos dias, Que tal? Semua sekali dalam satu nafas..hehe..eh tak lah sampai macam gitu sekali :)

Sebab saya dah banyak kali jumpa dengan mereka dan biasanya, lepas ucap Hola, Que tal? mesti dia akan tanya macam2 soalan lagi seolah2 macam ahli keluarga. Sembang cik Kiah bermula.

Ucapan Hola hija, Que tal? ini pula adalah bila saya terserempak dengan orang-orang tua macam atuk atau nenek ke, mesti diorang akan ucap kat saya macam ni.

Pertama kali saya dengar ni rasa terharu teramat sangat. Iya lah..sapa lah kita di bumi asing ni. Bila ada orang sebut macam tu..oh anak perempuan ku, apa khabar hari ni? Kalau siapa tak rasa terharu tu hmmm..tak tahulah...hehehe..

Sebenarnya bila nak terjemahkan Hola hija, Que tal? rasa pelik sangat sebab lepas terjemah 'feel' yang sama tu tak dapat dirasai.

Sebagai contoh, bila suami panggil saya 'mi cielo' - bila dengar dan faham dalam konteks bahasa Sepanyol, rasa 'cair' juga..tapi bila terjemah jadi 'langitku'...hmmm...rasa tak pelik?


Kenapa ucap selamat pagi sebelum jam 2 petang?


Sebenarnya ini hanyalah waktu anggaran. Sebab ucapan selamat pagi hanyalah diucap sebelum waktu makan tengahari dan selamat tengahari pula adalah selepas makan tengahari.

Di Sepanyol, waktu makan tengahari dan malam pada pendapat saya sangat tak sesuai dengan waktu makan saya. Di sini waktu makan bermula lambat dari kebiasaannya.

Makan tengahari biasanya mula jam 2 petang (tetapi sejak kebelakangan ini banyak restoran yang mula awal macam jam satu tapi lebih awal dari itu sangat kurang.

Kita boleh je masuk kedai jam 12 ke tapi biasanya memang kita sorang2 je lah dalam tu..orang lain semua makan lagi lewat..hihi.

Tapi makan malam tidak begitu, sekurang2nya bermula jam 9 malam. Bayangkan lah keadaan isi perut saya, macam ribut taufan dah bunyi dia..bukan cengkerik lagi..hehe.



Lagi satu, kalau makan di luar restoran macam kat gambar atas ni biasanya bil keseluruhan lebih mahal sedikit dari makan di dalam restoran. Contoh di atas adalah Plaza Mayor, makan di tempat duduk yang bawah payung tu.


Bila pula ucap selamat malam?


Selama saya di sini, saya tak pernah sekali pun dengar ucapan ini kecuali di dalam drama Sepanyol ketika mereka nak tidur ataupun dah habis semua aktiviti waktu malam dan mereka nak pulang ke rumah.



Jangan terperanjat ye, stesen metro di sini tutup jam 2 pagi..:O Metro ye bukan Cercanias. Cercanias tutup pukul 12 malam. Stesen Villaverde Alto ada Cercanias (logo belah kiri) dan ada Metro (logo belah kanan).


Sergi orang Barcelona dan dia ajar macam mana nak ucap salam kat orang Sepanyol.

Hasta luego!
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post