Hostal Pension Catedral Review

Macam yang dijanjikan sebelum ini, post kali ini adalah tentang hostel ataupun dipanggil hostal dalam bahasa sepanyol dimana kami tidur satu malam saja iaitu Hostal Pension Catedral. Kalau di Booking.com, nama hostal ini adalah Pension Catedral (España Sevilla) dan di TripAdvisor dipanggil Hostal Catedral.


Saya tempah di Booking.com dan lihat komen juga di TripAdvisor dan pacik gugel kalau2 ada masalah dengan hostel ni ke. Iyalah, selalunya indah rupa dari khabar. :) Kami dapat tarif untuk twin-bed, bilik air di luar (kongsi) untuk satu malam cuma 38 euro pada 11 Oktober 2017. Ada juga tempat2 lain yang lebih murah macam dormitory tapi sebab kami dah lama tak jumpa, celoteh mak kiah banyak dan nak ada ruang solat lagi, jadi kami perlukan ruang yang sikit privasi dan tak mau lah kacau pelancong lain. Harga ni kira ok lah bagi kami. 


Sebelum saya tempah Hostal Pension Catedral, saya telah menggunakan tip yang saya belajar dari pelakon Korea, Seo Hyo-rim tentang cara2 nak tempah hotel atau hostel di internet dalam rancangan Battle Trip | 배틀트립 – Ep.27 dan 30: Dubaitaly Tour di Youtube. Pastikan bila cari hotel, guna filter Free cancellation dan No prepayment. Di bawah ni contoh untuk April 2018.


Sebab kalau di Booking.com sentiasa ada saja `Deal` yang lebih murah bila semakin hampir ke tarikh untuk stay. Jadi itulah yang saya lakukan, sampaikan bila lagi 5 hari nak pergi baru saya confirm nak stay dengan Hostal Pension Catedral. Sebelum sampai tarikh tu saya ada juga tempah dalam 10 hostel yang lain dengan filter Free cancellation dan No prepayment

Baiklah, jom kita review Hostal Pension Catedral.

Kami pilih Hostal Pension Catedral sebab:
  • Dekat dengan Stesen Santa Justa

  • Dekat dengan jalan besar (tak perlu nak tarik beg jauh2 ke dalam jalan2 Sevilla yang tak rata)

  • Dekat dengan Masjid Sevilla yang nak kami lawati 10 min jalan kaki

  • Dekat dengan Real Alcazar dalam 11 minit jalan kaki

  • Dekat dengan Kafe Jester (5 minit) dan Pan y Più (7 minit) untuk sarapan

  • Murah, 1 malam twin-bed, shared bathroom cuma 38 euro.
Cara nak pergi ke Hostal Pension Catedral dari Stesen tren Santa Justa: Ambil bas warna merah no 21, bayar 1,40 euro dan berhenti dua stesen selepas hentian Santa Justa. Boleh baca di post sebelum ini - Sevilla 2H1M – Bahagian 2.


Turun di Hentian Menendez Pelayo seperti dalam gambar di atas. Kemudian ikut peta di bawah untuk masuk ke lorong yang kecil di sebelah kanan, kemudian ke satu lorong ke kanan seterusnya. 


Oleh kerana kami tiba di Hostal Pension Catedral dalam pukul 10 pagi, masih awal..jadi kami pun minta kebenaran untuk tinggalkan beg trolley. Kami cuma bawa satu beg trolley 20 inci dan kongsi satu beg ini untuk letak semua barang. Kami ni jenis pelancong yang malas nak bawa barang banyak2. Kalau boleh semua nak yang mini2 saiz je. Sebab cuaca sini masih panas sampai pertengahan oktober, jadi kami pakai macam di Malaysia.

Receptionist lady yang jaga kaunter tu sangat2 peramah! Dia boleh berbahasa Inggeris dan bukan native Spanish. Mungkin Amerika Latin. Mula2 dia promote bas hop-on hop-off tapi kami dah usha awal2 yang Sevilla ni memang kena jalan kaki baru dapat enjoy kawasan ni sepenuhnya. Lagipun, Sevilla tak berapa besar terutamanya kawasan old historical dia. 

Lagi satu, pastikan guna Google maps sepanjang perjalanan sebab jalan2 dia sangat kecil dan memang senang nak sesat barat di kawasan ni. Saya guna nombor Lyca, biasa ada promosi untuk satu bulan 10 euro 3Gb bagi pengguna baru. Cukuplah kalau nak travel setakat 2 minggu di Spain dan guna internet pun bila di luar. Di hostel guna wifi. Di Spain ni masih tak banyak kawasan yang wifi percuma. 

Kat mana nak beli sim card? Bila sampai di airport, ada orang2 yang jual sim card percuma, beli saja di situ. Lyca, Lebara, Orange, Vodafone..banyak jenis. Harga je lain2. Atau kalau bukan di airport, boleh beli di ´Locutorio´ macam kedai untuk surf internet.

Okay, jom tengok gambar2 dalam Hostal Pension Catedral.


Cantik kan? Dari luar tak berapa, warna merah bata macam tu je, bila masuk dalam cantik sangat! Tapi hostal ni takde lift, angkut la beg sendiri kalau berat2..hehe. Tapi sebab kami masa balik semula dalam pukul 3 petang untuk check-in, owner hostal ini ada..Orang Sepanyol yang hensem..Masha Allah. Dia tolong angkat beg kami ke tingkat dua, paling atas. Gracias! Muy amable.


Ini dalam bilik kami. Pintu dia macam susah nak buka dan ada bunyi macam seram gitu bila bukak..tapi semua ok2 je. Tak lah besar sangat tapi sesuai la bagi kami. Katil single untuk dua orang, ada washing basin, ok lah nak cuci2 muka dan ambik wudhu kalau malas nak pergi shared bathroom. Ada almari dan penyangkut baju. 

Lupa nak ambik gambar bathroom dia, walaupun shared tapi bersihhhh sangat2. Dalam bilik ni takde aircond, ada tingkap. Tapi sebab kami datang bulan Oktober, taklah panas dalam bilik ni. Kalau nak aircond kena bayar extra 3 euro kalau tak silap. Jadi kalau datang musim panas wajib bayar extra. Dekat Booking.com harga untuk aircond tak termasuk dalam bayaran. 


Ini pemandangan kawasan di tingkat kami. Setiap tingkat ada dua shared bathroom. Ok lah. Lagi satu, kami bangun awal untuk solat subuh dan mandi sebelum pukul 7 jadi takde siapa pun bangun lagi, tak lah berebut. Tourists yang hangover tak bangun lagi :)


Ini pula kawasan tangga dan lobby yang cantik. Kami tak lepas kan peluang untuk ambik selfie di sini. Jarang nak jumpa hostal yang bajet dan cantik macam ni. Di Cordoba pun cantik juga hostal kami. Tungguuuuu...

Insha Allah, hingga ke post seterusnya.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post