Ini adalah sambungan dari Sevilla 2H1M – Bahagian 3 dan kali ini saya akan cerita tentang La Giralda. Kalau lalu di depan Menara La Giralda ini memang saling tak tumpah dengan menara masjid.
Memang ini adalah menara masjid masa zaman Moorish, dinasti Almohad. Tapi satu pertiga bahagian atas tu adalah tambahan dari kerajaan Sepanyol, selepas bandar Sevilla dirampas dari orang Islam pada tahun 1248.
Arkitek yang bertanggungjawab membina menara La Giralda ini adalah Ahmad ben Basa pada tahun 1184. Pada tahun 1356 berlaku gempa bumi di Sevilla antara skala 6.0-7.1 dan hampir keseluruhan bangunan masjid runtuh kecuali menara La Giralda.
Masha Allah, Allah benarkan menara ini kukuh sebagai bukti dan sehingga kini sudah 834 tahun menara ini berdiri.
Di Morocco atau Maghribi kita boleh jumpa menara yang sama di Masjid Koutoubia, Marrakech. Ini adalah kerana menara La Giralda dibuat dengan menggunakan ciri2 dari menara yang sama di Masjid Koutoubia. Satu lagi menara yang mempunyai ciri yang sama adalah Menara Hassan di Rabat.
Tapi..di Madrid, ada satu gereja iaitu gereja San Pedro el Real yang mempunyai rupa menara yang hampir sama dengan La Giralda juga. Dalam bulan Disember, 2017; guru bahasa Sepanyol saya bawa kami melawat tempat2 sekitar Madrid yang jarang pelancong2 lawati.
Bila lalu di hadapan gereja di Madrid ni, guru saya kata gereja ini ada ciri2 menara Islam. Bila saya baca di Wikipedia, ini penerangannya:
....although the Bell-tower has Mudéjar qualities, and resembles a minaret; - San Pedro el Real
Mudéjar (Spanish: [muˈðexar, muˈðehar], Portuguese: [muˈðɛʒaɾ], Catalan: Mudèjar [muˈðɛʒər], Arabic: مدجن trans. Mudajjan, "tamed; domesticated"[1]) is the name given to Moors or Muslims of Al-Andalus who remained in Iberia after the Christian Reconquista but were not converted to Christianity. - Mudéjar.
Seronok juga bila guru bawa jalan2 kawasan less touristy tapi itulah hati pedih bila mendengar kejatuhan dinasti Islam. Oh ye, Madrid asalnye adalah Mayrit (sebut Majrit). Boleh baca lebih lanjut di sini tentang nama Madrid dan disini.
Kalau ada di Madrid, sila lawat Muzium San Isidro untuk tahu asal usul Madrid. Masuk percuma. Sedar tak sedar empat jam juga kami jalan kaki. Lepas balik rumah baru rasa impak maksima di lutut..keke.
Sedar tak sedar jugak dah jauh saya melencong dari tajuk utama. Niat asal nak cerita pasal La Giralda ni dah masuk cite Madrid dah kenapa? Hahaha..bila macik terlebih peramah camni la jadinya.
Baiklah, selepas sarapan, saya terus buka google maps untuk La Giralda. Dari Kafe Pan y Piu cuma jalan kaki 7 minit dan seperti biasa lebih dari 7 minit sebab ambil gambar dan banyak berhenti bila nampak bangunan yang cantik2 atau orang2 Sevilla yang lawa2..eh, tak! Heheh..
Sekarang ni kami dah jalan kaki lebih kurang 1.1km ye. Penting pakai kasut yang sesuai untuk jalan kaki di Sevilla ni.
Sebelum sampai ke La Giralda kami terserempak dengan Muzium tarian flamenco ni. Antara aktiviti menarik di Sevilla ini adalah menonton persembahan flamenco secara live.
Walaupun saya tak lah minat tarian2 ni tapi bila dah sampai sini ada lah jugak usha2 harga persembahan flamenco ni. Hmm..tak lah berapa murah dan yang paling murah pun, bila kami sampai dah sold-out.
Di muzium ini tak silap saya harga persembahan flamenco dia paling murah dan tanpa makanan atau minuman.
Show: 20 Euros
Museum: 10 Euros
Show + Museum: 24 Euros
Museum: 10 Euros
Show + Museum: 24 Euros
Boleh booking online di sini: Flamenco tickets
Saya sarankan booking paling kurang satu minggu sebelum pergi. Tapi kalau tak dapat, ada juga di tempat lain sekitar Sevilla dan ramai pakcik2 atau jejaka2 Sepanyol yang jual pakej flamenco mereka di hadapan Real Alcazar atau sekitar plaza di hadapan La Giralda cuma pakej mereka lebih mahal.
Ok..kami dah nampak bayang La Giralda di balik celah2 kedai2 cenderamata di lorong kecil menuju ke Plaza Virgen de Los Reyes. Masha Allah, cantik sangat! Kami cuma ambil gambar saja depan menara La Giralda dan tak bercadang untuk panjat menara ni.
Tiket nak masuk 8 euro untuk menara dan juga gereja. Kami skip ni dan aim untuk Real Alcazar yang lebih menarik dan luas untuk dilawati.
Di kawasan sekitar La Giralda ni banyak kereta kuda dan sebelum nampak kuda2 ni dari jauh dah boleh bau kehadiran kompos najis dia, mulanya saya tak tau ada kereta kuda kat sini, jadi rasa pelik dengan bau yang menusuk hidung ni.
Bila dah nampak kuda2 ni, baiklah..maafkanlah mereka. Orang2 Sepanyol pun tak larat nak bersihkan kompos2 kuda2 ni. Jadi bila jalan kaki kena sentiasa berhati2 k. Harga untuk naik kereta kuda ni kalau bukan hari festival dalam 45 euro untuk maksimum satu kumpulan 4 orang untuk satu jam.
Sebelum masuk ke dalam Real Alcazar kami pusing2 untuk cari cenderamata Sevilla. Kawan saya belikan pesanan teman2 Malaysia dia dan saya cuma nak cari fridge magnet, satu je untuk peti ais rumah. Hehe..saya beli satu je buat kenangan.
Sebenarnya dekat kawasan ni tak lah murah sangat cenderamata ni. Hari esoknya, kami jumpa kedai2 cenderamata yang lebih murah di hadapan Universiti Sevilla. Kawan saya banyak borong kat situ. Saya dah siap semalamnya..hehe.
Tengah pusing2 tu tiba2 terjumpa satu kedai jual teh infusion - teh campuran bunga2, buahan dan herba. Kawan saya seronok sangat sebab dia memang suka teh dan kedai ni ada jual macam2 jenis yang tak terpikir kami infusion dia ni.
Bila baca satu placard campuran teh ni ketawa kuat kami sebab ada satu teh tu dia campur dengan canabis aka marijuana...hahah.
Di Granada ada juga kedai teh infusion macam ni dan sebab suami saya suka teh juga jadi saya belikan la untuk dia. Tuan kedai kata ada promosi untuk teh 150 gm dia jual 15 euro. Tapi kami nak kongsi dua beg untuk dua jenis teh berbeza.
Dia kata boleh adjust la berat dia 40gm dan 25 gm sebab kami beli teh esencias de sevilla dan lagi satu teh putih yang lebih mahal. jadi kawan saya dapat 65 gm dua beg teh dan saya pun juga macam tu.
Bila balik rumah di Madrid, rupanya suami saya tak suka teh yang wangi2 macam ni, dia suka rooibos tea. Saya minum sorang je la jawabnye...
To be continued..Insha Allah