Ini adalah sambungan dari post Sevilla 2H1M – Bahagian 5: Royal Alcázar. Selepas tiba di Hostal Pension Catedral untuk check-in, tuan punya hostal abang Sepanyol yang hensem Masha Allah tolong angkat kan bag kami.
Dia boleh berbahasa Inggeris dengan fasih tapi saya ambil kesempatan untuk praktis bahasa Sepanyol juga. Inilah peluang untuk praktis, bila lagi. Broken pun broken la. To err is human, kan? Tapi lepas tu perbaikilah diri.
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.
“Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat”. - HR Tirmidzi 2499, Shahih at-Targhib 3139
Kami ambil masa ni untuk membersihkan diri, solat jamak-qasar Zohor dan Asar, makan sedikit bekalan air kotak dan biskut oatmeal yang memberi tenaga dan apa lagi...siesta la kejap.
Ikut stail orang Sepanyol daa..tak lah jugak sebab memang kami sirius penat sangat2! pukul 4.30 pagi dah bangun..5.30 pagi dah kena keluar rumah dari Madrid ambik tren dari Atocha. Mana tak letih!
Siesta ni sebenarnya macam tidur sekejap lepas makan tengahari. Tapi biasanya kami tidur masa musim panas kerana siang dia panjang dan waktu malamnya pendek.
Macam mana nak elak pun kena ambil juga siesta ni sebab waktu malamnya memang tak cukup tidur. Kalau kena masa Ramadhan pada musim panas, pukul 10pm waktu Maghrib, pukul 3 pagi dah masuk waktu subuh...bayangkan?
Alhamdulillah tahun ini tak berapa panjang waktu berpuasa. Hari pertama waktu subuh 05:08 pagi dan waktu Maghrib 21:24 malam, kalau jatuh pada 15 May 2018, Insha Allah. Tak lama lagi dah. Semoga kita semua dapat menemui Ramadhan pada tahun ini. آمين
Me echo la siesta todas las tardes en verano - Saya siesta setiap waktu petang pada musim panas.
Speaking Sepanyol kejap..hehe.
Okay lah..lepas kami dah puas rehatkan diri dalam pukul 7 petang kami pun bersiap untuk keluar lagi. Masa kami di Sevilla 11 Oktober 2017 ni, suhu maksimum 35 celcius dan memang panas sangatlah cuaca Mediterranean ni Subhanallah.
Cuma kami kurang berpeluh tapi tetap kena minum banyak air. Jadi kami singgah dulu ke pasaraya Día yang berdekatan dengan Kafe Pan y Piu untuk beli air mineral 1.5l dan kawan saya dia nak cuba rasa air Coke yang dibuat di Sepanyol.
Dia kata rasa air Coke disetiap negara berlainan. Wallahualam. Saya memang dah lama tinggalkan air berkarbornat yang manis kecuali sparkling water bila nak keluarkan angin dari badan lepas makan tengahari. Harga air dan Coke macam gambar atas-kanan-bawah. Murah ke?
Dari Hostal Pension Catedral ke pasaraya Día cuma 7 minit jalan kaki. Dari pasaraya Día ke Metropol Parasol juga dalam 7 minit.
Kami menggunakan laluan yang bertitik biru seperti dalam peta di atas, melalui jalan utama yang sangat berdekatan dengan Masjid Sevilla. Kami pergi ke Masjid Sevilla selepas melawat Metropol Parasol.
Oh ya..kenapa kami nak lihat Metropol Parasol? Di sini, ia dipanggil sebagai Setas de Sevilla. Seta bermaksud cendawan dan bila kami tiba di Metropol Parasol, tak dapat kami nak nilai keunikan arca ini.
Memang ada sedikit rupa cendawan juga kalau fikir2. Unik kan? Strukturnya diperbuat daripada kayu oleh seorang arkitek Jerman bernama Jürgen Mayer. Boleh baca lebih lanjut di Wikipedia.
Niat kami cuma nak melihat kawasan persekitarannya tanpa menaikinya sebab kalau naik kena bayar 3 euro. Ok je harga tu cuma kami tak punya masa dan dari ruang legar macam dalam gambar atas ni pun dah cukup cantik. Apa lagi kalau naik atas macam gambar dari Flickr ni.
Kalau ada banyak masa, naik lah atas. Memang berbaloi tengok pemandangan Sevilla. Subhanallah.