Sevilla 2H1M – Bahagian 9: Plaza de España

Ini adalah sambungan dari Sevilla 2H1M – Bahagian 8: Kafe Jester. Selepas sarapan di Kafe Jester, kami memulakan langkah ke Plaza de España, Sevilla yang terletak dalam 15 min berjalan kaki dengan jarak lebih kurang satu kilometer.


Dalam perjalanan, kami terjumpa sebuah restoran yang meletakkan menu del dia di luar dinding restoran dan cuma berharga 7 euro! Ini adalah menu del dia paling murah pernah saya tengok selama saya di Sepanyol. 

Saya pernah cerita tentang menu del dia di post restoran di Granada dan restoran di Toledo. Boleh baca di post2 yang saya dah link kan.


Mari kita terjah apa dia makanan yang tertulis di restoran dengan menu del dia yang murah ni.  Menu ni ditulis dengan kapur: Menu del dìa, Primer plato (Hidangan pertama), Segundo plato (Hidangan kedua), pan (roti), bebida (minuman) dan postre (pencuci mulut) - 7 euros.

Miercoles - Hari Rabu (ni menu untuk hari sebelumnya) sebab masa kami ambil gambar ni hari Khamis. Maksudnya setiap hari menu dia berubah. 

Untuk Primer plato (cuma boleh pilih satu je dari senarai ini) - Ensalada mixta (salad campur), salmorejo (sup sejuk Andalusia), cola de toro (stew ekor lembu), pollo ajillo (ayam panggang bawang putih). Salmorejo, Stew ekor lembu dan ayam panggang bawang putih ini memang resepi tradisional Andalusia. 

Untuk Segundo plato (cuma boleh pilih satu je dari senarai ini) - Atún plancha (Tuna panggang), Ensaladilla (Salad), Acedias fritas (Ikan Acedia goreng) dan Lagartito Iberico ( Daging khinzir panggang kalau di Korea macam Samgyeopsal la). 

Jangan rasa geli ye sebab saya tulis menu yang ada khinzir tapi hanya sebagai pengetahuan am. Beginilah cara budaya Sepanyol makan tengahari biasanya menu del dia jauh lebih murah dari makan a la carte. Mula2 makan Primer plato dulu. 

Bila dah habis baru Segundo plato datang dan bila dah habis baru makan pencuci mulut. Jangan panik kalau makanan datang lambat sebab di sini memang servis dia tak berapa laju macam di Korea atau Jepun. Kena banyak bersabar. Tiada istilah palli palli..hehe.

Kita sambung perjalanan kembara kita ye?

Kami jalan2 lagi sebab jarak lebih kurang satu kilometer tapi dari post sebelumnya kan saya dah cerita yang bandar Sevilla ni sentiasa buat kami DETOUR..hahaha..itu jugaklah sebabnya kami tak terus pergi Plaza España. 

Di atas jalan raya kami ternampak satu tram melintas..hehe..kami ikut laluan dia sampailah ke depan Universiti Sevilla. Kami tak cuba naik tram ni sebab rasa tak yakin boleh ke nampak pemandangan Sevilla sebab badan tram ni penuh dengan iklan! Lagipun jarak perjalanan tram ni dekat sangat! Jarak keseluruhan cuma 1.4 km!


Kami tak lepaskan peluang ambil gambar depan Universiti Sevilla yang cantik. Kami mulanya hairan sebab hari Khamis tapi universiti sunyi sepi takde orang. 

Bila saya cek Pak Gugel rupanya satu Sepanyol cuti!! 12 Oktober adalah Hispanic day atau dalam bahasa Sepanyol dipanggil Fiesta Nacional de España atau Día de la Hispanidad. Patutlah ramai orang yang melawat Sevilla! 


Masa kami berdiri depan Universiti Sevilla, nampak satu kedai cenderamata seberang jalan besar mengadap universiti ni dah dibuka. Kami pun masuklah sebab kawan saya nak belikan pesanan kawan2 dia di Malaysia. 

Kedai ini yang paling murah kami jumpa. Mungkin kerana berhadapan dengan universiti. Saya tak beli sebab dah capai limit, satu fridge magnet je. Hehe.


Sejarah Plaza de España, Sevilla


Baiklah, mari sambung cerita Plaza de España. Serba sedikit sejarah tentang Plaza de España di Sevilla adalah begini. Ia terletak di dalam Taman María Luisa dan dibina pada tahun 1928 untuk Ibero-American Exposition of 1929. 

Ini adalah Ekspo bertaraf dunia yang melibatkan banyak negara dari Amerika Selatan dan yang pernah dijajah oleh Sepanyol. 


Kami masuk dari jalan belakang, pintu yang dinamakan Puerta de Aragon. Terus teringat filem Lord of the Rings..Aragon! 

Aragon juga adalah satu kawasan yang terletak di timur laut Sepanyol dan merangkumi wilayah Zaragoza, Huesca dan Teruel dan di wilayah2 ini banyak sangat bangunan2 Moorish-influenced Mudéjar architecture.


Di tingkat atas Plaza de España pula ada Military Historical Museum of Seville tapi kami tak cukup masa. Jalan2 sekitar Plaza de España ni pun macik dah tak larat! 

Pada mulanya saya ingat bangunan ini sudah beratus2 tahun bila tengok seni bina dan reka bentuknya. 

Ia menggunakan seni bina Renaissance dan juga Moorish. Sangat sangat cantik! Memang wajib lawat tempat ni kalau datang ke Sevilla. Ini juga membuatkan saya ada sedikit menyesal sebab 2H1M untuk Sevilla memang tidak cukup. 3H2M baru ok sikit sebab tak tergesa2. 


Di Sepanyol ni banyak sangat nama tempat yang dinamakan Plaza de España. Madrid dan Barcelona juga ada tempat bernama Plaza de España. 

Di Madrid, cuma satu taman yang kecil dimana terletaknya patung Miguel Cervantes; penulis Sepanyol yang sangat terkenal dengan hasil tulisan Don Quixote. Saya tak pernah baca lagi buku cerita ni. Kena baca jugak kalau nak tahu serba sedikit budaya Sepanyol. 


Apa yang kita boleh lakukan di Plaza de España, Sevilla?


Pastikan tangkap gambar dan video sebanyak2nya! Ada bahagian dataran yang mempunyai hiasan2 dari jubin yang sangat cantik. Kami ambil beberapa saja untuk kenangan sebab tak larat nak tengok semua. 

Ada bahagian di tingkat atas pun kami tak sempat nak naik sebab kami mengejar masa untuk makan tengahari dan kejar bas ke Cordoba pukul 3 petang. 


Kat sini juga ada pertunjukan tarian flamenco percuma tapi masa kami sampai tu artis baru saja habis membuat persembahan. Dia pun dah siap2 bungkus daa..tak dapatlah kami tengok. Alahai..takde rezeki.


Siapa2 nak buat gambar2 perkahwinan ke, berbulan madu ke pun bagus juga. Takkan menyesal. Hihi..tapi datang la dalam bulan yang tak panas sebab kawasan Andalusia ni sangat2 panas dan kering pada musim panas!!


Sehingga ke post seterusnya. إن شاء الله
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

2 Comments

  1. Salam,
    Insha Allah plan nak travel ke Andalusia this Nov. Plannya nak self drive lah. Ok tak driving dkt sana? Cuak jugak la sbb sebelah kiri kan.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Saya personally tak pernah drive di sini tapi dari pengalaman kawan2 yang pernah sewa kereta kat sini, mula2 je rasa pelik lepas tu biasa je. Cuma kat Spain ni kereta sewa banyak yang manual. Pastikan pilih kereta betul2 kalau nak bawa yang automatik.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post