Selama saya di Madrid ini, saya sudah bertemu dengan tiga kenalan yang mengamalkan cara pemakanan vegetarian.
Dahulu, saya ada menulis satu post tentang rakan berbangsa Korea yang melawat saya pada bulan Mac 2016 dan kami makan tengahari di sebuah restoran vegetarian di Madrid.
Kemudian pada pertengahan tahun 2017, kawan sekelas saya dalam kelas bahasa Sepanyol yang berbangsa India, berasal dari Bangalore juga mengamalkan diet vegetarian atas sebab kesihatan.
Kawan saya menjemput saya makan tengahari dirumahnya baru2 ini dan walaupun masakannya tiada daging atau makanan laut tapi masakannya memang first class! ما شاء الله
Kawan saya membela dua ekor kucing betina yang sangat2 comel tapi tak berapa mesra kerana mereka pernah didera ketika mereka berstatus kucing liar.
Selepas umur mereka lebih kurang setahun baru kawan saya ambil mereka sebagai kucing angkat. Sampai sekarang mereka masih takut2 nak dekat dengan tetamu yang pertama kali datang ke rumah kawan saya ni.
Comel kan kucing2 ni? Mereka suka 'sun-bathing' hahah...sebab dalam rumah sejuk. Pandai mereka cari spot yang ada matahari.
Capati bersama Channa Chaat
Nasi basmathi yang digaul bersama yogurt..Sangat sedap!
Kawan saya masak nasi basmathi bersama bawang dan kacang buncis dan Channa chaat (kacang kuda bersama sos tomato). Mula2 kami makan Channa chaat bersama roti capati dan kemudian kami makan nasi pula.
Kawan saya mencadangkan saya gaul nasi dengan yogurt yang tak ada perisa. Pada mulanya saya fikir mungkin rasa dia pelik, tapi setelah digaul bersama Channa chaat, nasi ni jadi lebih lazat. Terperanjat juga..tu yang makan bertambah2. تبارك الله
Kawan saya hadiahkan beberapa paket rempah serbuk dari Bangalore. :) Hmmm..kena cuba jugak ni sebab dah terjatuh hati pada Channa Chaat. Heart pyong pyong..Hehe.
Tahun ini pula, 2018 saya bertemu dengan rakan Muslimah dari Singapura yang juga mengamalkan diet vegetarian sudah lebih lima tahun.
Sebenarnya, ini pertama kali saya bertemu dengan seorang Muslimah yang mengamalkan diet vegetarian di Madrid dan juga pertama kali dalam hidup saya.
Saya seorang yang berfikiran terbuka asal saja tidak melanggar syariat Islam bagi saya tidak salah mengamalkan diet yang sihat dan tidak menyakiti fizikal yang ada hak dalam diri seorang Muslim.
Cumanya, saya ingin tahu apakah sebab yang menyebabkan dia mula ambil diet vegetarian. Dari pengalaman dia, dia trauma tengok binatang2 diperlakukan dengan kasar sebelum disembelih dan ragu2 dengan status daging halal di Singapura.
Adakah betul2 halal atau tidak dan sebagainya. Dia pernah melihat dokumentari tentang binatang yang dipelihara untuk tujuan komersial dan diperlakukan dengan kejam oleh mereka yang mempunyai ladang2 ternakan.
Bila saya dengar kisah dia, saya terus teringat tentang kawan Korea saya. Dia juga mempunyai kisah yang hampir sama dengan kawan Singapura saya ni. Mereka kasihan dengan binatang yang diperlakukan dengan kejam.
Kawan Singapura saya ni pun mulanya rasa bimbang juga kalau2 saya menolak pelawaan dia untuk sarapan di restoran vegetarian di Madrid.
Tapi saya tak terfikir pun yang dia seorang vegetarian. Bagi saya kalau makanan tu sudah dalam ciri2 halal dan toyibah, saya makan je. Takde pun rasa rugi tak makan daging ke apa ke kalau makan di restoran vegetarian.
Kami sarapan di restoran Tiyoweh. Cantik dekorasinya dan terletak sangat dekat dengan kafe Matilda kegemaran saya. Kedua2nya juga tidak jauh dari bangunan Caixa Forum.
Saya makan dua keping roti oatmeal bersama madu dan tahini serta minum kopi susu soya. Saya suka roti dia. Kawan saya pula makan roti oatmeal bersama tomato puree dan minyak zaitun serta air teh susu masala. Sedap...saya suka roti bersama tahini. Rasa macam peanut butter pun ada.
Kemudian kami berjalan ke Taman Retiro dan saya nampak sebatang pokok sudah berbunga penuh! Gambar ini diambil pada 17 Februari 2018.
Bila balik rumah, saya teruja untuk mencari apakah hukum mengamalkan diet vegetarian sebagai seorang Muslim. Saya tak jumpa apa2 video dalam bahasa Melayu di Youtube tapi saya jumpa video Dr Zakir Naik - beliau berpendapat tidak salah tetapi jawapan beliau lebih kepada cara untuk menangani soalan: Kenapa Islam benarkan makan daging? Boleh lihat video beliau dibawah ini.