Minyak Biji Labu - Pumpkin Seed Oil

Baru-baru ini kami lalu depan sebuah Herbolario - Herbalist. Kedai yang menjual barang-barang herba dan organik dan yang berkaitan dengan kesihatan di Sepanyol disebut Herbolario. Farmasi lain ye. Farmasi = Farmacia. Dari dinding kaca Herbolario ni, kami nampak sebotol minyak biji labu / Pumpkin Seed Oil. 


Kami terus teruja nak cuba la. Yelah..bila umur semakin meningkat, badan mulalah keriuk sana keriuk sini. Bila nampak makanan kesihatan yang belum pernah kami cuba dan ada kebaikan untuk badan kami, apa lagi...kami pun jadi 'guinea pig' lah..ehehe..eksperimen atas diri sendiri.


Sumber: Elferial 

Tapi sebelum makan minyak biji labu ni kami selidik dulu kebaikan dan sama ada wujud keburukannya juga. Takut takut ada kesan sampingan yang membahayakan nanti, nayaaaaa makcik..

Minyak Biji Labu ye..bukan Minyak Dagu...huhuhu...

Satu botol Minyak biji labu Organik 250 ml ni berharga 9 Euro atau lebih kurang RM42 (kadar Mac 2019). Ok ok je la harga. Iye lah..macam makanan tambahan juga. Kalau kat Malaysia tak pasti ada jual ke tak tapi saya tengok ada laman web dari Syria yang boleh hantar melalui pos. Harganya pastilah lebih mahal.

Bagaimana pula dengan rasanya?

Rasanya seperti biji labu yang kita makan sebagai snek. Ada sedikit rasa pahit tapi tidak terlalu jelas. Warna minyaknya lebih gelap dari minyak zaitun extra virgin.



Kandungan
  • Tinggi magnesium dan mineral lain
  • Tinggi antioksidan 
  • Penuh dengan lemak yang berfaedah
  • Kawal tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sistem imun
  • Boleh meningkatkan kualiti sperma
Kebaikan Minyak Biji Labu

Untuk Kulit
  • Antioksidan memperbaiki tona kulit
  • Membantu pertumbuhan sel
  • Melindungi daripada Pencemaran
  • Mengekalkan Pengeluaran Sebum
Untuk Rambut
  • Merangsang Pertumbuhan Rambut
Untuk Kesihatan Umum
  • Mengurangkan Kolesterol
  • Meningkatkan Fungsi Pundi Kencing
  • Melawan kemurungan pergaduhan
  • Mengurangkan kesan Osteoporosis tulang
  • Memperbaiki Kesihatan Prostat (Lelaki)
  • Memperbaiki kekurangan upaya dalam pembelajaran
Amaran: Minyak biji labu ini adalah khusus dan eksklusif sebagai makanan tambahan. Oleh itu, semua maklumat yang berkaitan dengan kesihatan di laman web ini hanya dianggap sebagai maklumat. Rujuk kepada doktor anda untuk maklumat lanjut sebelum mengambilnya.

Sumber: Pumpkinseedoil.cc
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post