Halloween di Madrid

Halloween di Madrid - Perayaan dan hukum dalam Islam.


Apabila tinggal di Madrid ni macam2 pendedahan budaya berbeza atau ‘culture shock’ yang saya hadapi.

Di sini secara umum pegangan agama mereka adalah Katolik dan kebanyakan cuti2 umum bersangkut paut dengan aktiviti keagamaan.

Labu Halloween di Pasaraya Mercadona, Madrid
Labu Halloween di Pasaraya Mercadona, Madrid

Hari ini 1 November dan di Sepanyol adalah Dia de Santos atau dalam bahasa Inggeris  – All Saint’s day. Cuti umum di sini. Satu Sepanyol cuti.

Secara tak langsung Halloween juga diraikan disini sementelah hari Halloween jatuh pada 30 Oktober.

Semalam masa pergi beli roti Baguette – dua papan sebab hari ni (1 November) Mercadona tak bukak sebab cuti umum; saya nampak ramai anak-anak muda Sepanyol dalam linkungan bawah 17 tahun menconteng muka mereka dengan mekap sempena hari Halloween.

Contoh Mekap ketika hari Halloween
Contoh Mekap ketika hari Halloween

Dalam hati terfikir, kalau anak-anak umat Islam di sini bagaimana ya?

Adakah mereka menyambut hari Halloween?

Adakah mereka ambil kisah tentang hukum menyambut hari Halloween dalam Islam?

Maksud Halloween

Halloween adalah perayaan pada 30 Oktober setiap tahun yang disambut bagi memperingati orang yang telah mati.

Halloween juga antara lain disebut dengan Hallowe’en dan juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve. Macam di Sepanyol disebut Dia de Santos. Dia = Day, Santos = Saints.

Asal perkataan Halloween adalah dari perkataan Hallowe’en yang merupakan ‘short form’ dari All Hallow’s Eve (malam sebelum hari All Hallow).

Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November  dikenal sebagai All Hallows’ Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Cara Sambutan Halloween Zaman Sekarang

Halloween zaman sekarang ni orang putih atau mat saleh atau negara bukan Islam sambut pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam.

Kanak-Kanak dan Halloween
Kanak-Kanak dan Halloween

Macam semalam lah di sekitar kawasan rumah saya dari anak kecil hinggalah muda remaja ramai yang berpakaian mengikut citarasa masing-masing.

Aneh pun iya juga tapi takde pulak mereka ketuk pintu rumah satu2  dan mintak gula-gula atau coklat dengan berkata “Trick or treat!”.

Hukum Menyambut Hari Halloween

Hukum menyambut Halloween dalam Islam adalah haram.

Sebabnya dari sudut sejarah, Halloween ini adalah syiar untuk sebahagian penganut agama Kristian demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Pada mata kasar nampak macam takde masalahnya menyambut Halloween tapi kita harus berhati-hati dalam Islam kerana ia dapat menyesatkan akidah kerana didalamnya (sambutan Halloween) ada unsur-unsur yang disebut dalam bahasa Arab – Tasyabbuh – menyerupai.

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.

Riwayat Abu Daud (4031)

Untuk penerangan lebih lanjut hukum menyambut hari Halloween boleh baca rujukan halaman Mufti Wilayah Persekutuan di sini dan dari Wikipedia.

Semoga bermanfaat.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post