Pulang ke Madrid selepas PKP di Malaysia Mac-Julai 2020

Alhamdulillah...kami akhirnya dapat pulang ke Madrid selepas PKP di Malaysia lebih dari empat bulan.


Cerita kami stranded kat Malaysia lebih dari 4 bulan sebenarnya macam ni..

Pada 10 Mac 2020, kami ke Malaysia sebab adik saya yang bongsu melangsungkan perkahwinannya pada 13 Mac 2020.


Ini juga adalah percutian yang saya secara peribadi sangat nanti-nantikan.

Percutian ini adalah kunjungan kali kedua suami setelah lebih dari enam tahun tidak pulang ke Malaysia. 

Tahun 2013, dia datang ke Malaysia lebih kurang sebulan je untuk majlis pernikahan kami.

Mulanya, suami cuma dapat bercuti dari 10 Mac - 18 Mac 2020 dan saya pula ambil peluang untuk bersama keluarga di Johor selama sebulan sebab dah 2 tahun tak balik Malaysia.

Tapi perancangan Allah lebih besar.

Kami 'bercuti panjang' di Malaysia kerana Covid-19. 

Suami pula..dari plan nak cuti seminggu je jadi 4 bulan! Masha Allah.

Ada banyak sangat cerita suka dan duka sepanjang PKP / MCO di Malaysia bagi kami. 

Apa pun kami terima dengan hati terbuka dan bersangka baik 'husnu zan' dengan perancangan Allah. 

Ø­ُسْÙ†ُ الظَّÙ†ِّ

Anggaplah apa pun yang Allah rancangkan buat kita semua adalah yang TERBAIK. 

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)


Pada 18 Mac sepatutnya suami balik ke Madrid tapi di Malaysia masa tu adalah tarikh bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau MCO (Movement Control Order). 

Kami jadi risau bila saya lihat tiket kami kena kensel pada 17 Mac oleh Turkish Airline. 

Inilah permulaan episode nightmare 'kensel dan rebook' tiket kami yang berulang2 membuatkan kami frustrated. 

Dipendekkan cerita lepas dah berapa kali kensel dan rebook..

Terakhir kami rebook adalah untuk flight pada 21 Julai 2020, hari Selasa. 

Oleh kerana tiket kami pihak Turkish Airline yang kensel, jadi kami boleh pilih tarikh bila2 nak balik ke Madrid asalkan Turkish Airline ada flight la pada hari yang dipilih tu. 

Kenapa kami tak balik lepas Raya Haji je? Alang2 lama kat Malaysia..terus sambut Raya Haji ye tak? 

Tapi suami kata dia dah tepu..nak balik Madrid makan roti. Hahahah..

Pulang ke Madrid


21 Julai,

kami ditemani oleh ibu dan ayah, adik2 dan isteri2 mereka ke Senai Airport. Sebelum tu kami makan tengahari dulu di restoran #7Beradik.


Saya rindu nak makan nasi ayam kat situ walaupun menu nasi ayam penyet dia yang femes sebenarnya. 

Suami kata dia nak nasi lemak sebelum balik Madrid..malangnya nasi dia tak berapa sedap pulak. Nasi ayam saya lagi besh katanya.


Lepas say goodbyes dengan mereka kami naik flight AirAsia ke KLIA2 pukul 6.10 petang.


Satu penyesalan yang tak sudah adalah.....

Kenapa lah kami tak dinner dulu kat KLIA2?

Kenapa menyesal?

Sebabnya...

Takde satu kedai pun bukak kat KLIA!!

Adoi...kebuloq lah.


Dari KLIA2 kami naik ERL..tambang cuma RM2 je ke KLIA. Tren gerak setiap setengah jam. Pukul 8 malam kami gerak dari KLIA ke KLIA2 dalam 2 minit je.

Dalam tren, dengar lagu baru Yuna - Stay Where You Are. Adoi..sedih la pula. Kami tak dapat nak stay where we are. 

We have to go.

Check-in di KLIA


Masa sampai di KLIA, pukul 8.10 malam. 

Flight kami pukul 11.10 malam. 


Line beratur nak check-in dah berjela panjang. Sempat ke ni?

Hadoi..memang bagus la kami tak makan dinner kat KLIA2 tadi. Subhanallah. 

Kami beratur dalam barisan adalah dalam 50 minit jugak. Tapi...nak tunggu check in punya lah lama. Suami saya foreigner jadi takde masalah. 

Dia memang sepatutnya keluar dari Malaysia. 

Macam halau pulak ye?..hehe.

Tapi saya ni Malaysian. Kene ikut PKP rules.

Soalan pertama staff Turkish Airline tanya kat saya masa nak check-in bagasi: 

"Puan, kenapa puan nak pergi Madrid? Kerja ke?"

Saya tunjuk kad PR saya. 

"Saya tinggal di Madrid. Ini suami saya."

Dia tanya,

"Suami puan kerja kat sana ke?"

"Ye.."

Suami pun tunjuklah kad PR dia. Staff tu terimalah reason kami.

Lepas tu..staff tu pergi tanya boss dia pulak..pung pang pung pang..ada dalam 15 minit dia nak confirmkan yang saya ni boleh keluar Malaysia ke tak.

Staff tu kata dia kena ambik gambar kad PR saya dengan handphone dia sebab saya tak fotostat kad tu. Tak tahu pulak dia nak simpan bahan bukti.

Ye lah..musim Covid-19 ni memang rakyat Malaysia tak boleh keluar dari Malaysia tanpa alasan yang kukuh. 

Sebenarnya flight 21 Julai ni adalah flight kedua Turkish Airline dari Malaysia selepas lebih dari 4 bulan tak terbang.  

Saya yakin dapat fly pun sebab dekat website Turkish airline, mereka dah fly ke Madrid 4 kali seminggu dari Istanbul. 

Adik yang jaga line check-in kata, first flight Turkish Airline sebelum ni delay 1 jam sebab tak sempat nak check-in semua orang. 

Lepas saya dah check-in bagasi semua, jumpa adik saya kejap sebab suami kata nak minum air kelapa sebelum balik Madrid. 


Air kelapa di #7Beradik masa lunch tadi rasa macam air kelapa dalam kotak..hehe.

Adik saya sanggup cari dekat2 area rumah dia dan rezeki kami dapat jugak minum air kelapa yang 'pure'. 

Adik datang sorang dan tak bawak anak2 dia.

Isteri dia bagi kami coklat kitkat buat hilang lapar sebelum makan dalam flight. Alhamdulillah.

Masa di Immigration di KLIA..sekali lagi kena tanya. Saya teman suami untuk jawab persoalan kenapa dia tak balik ke Madrid selepas 90 hari tanpa visa di Malaysia.

Kami dah cuak jugak le..ye lah, overstay kan?

Akhirnya..

Suami hanya kena isi borang tunjuk sebab kenapa overstay. Saya pulak kena isi borang tunjuk sebab kenapa nak keluar dari Malaysia.

Aduhai Covid-19. :)

Lepas custom, kami solat dulu dekat surau yang dekat dengan AeroTrain tu. Keluar je dari surau ada staff KLIA suruh kami cepat boarding sebab dah FINAL CALL. 

Kami dok terpinga2 tunggu kat situ nak naik Aero train..rupanya Aero train tu out of service. 


Terkejar2 juga kami ikut staff tu keluar cari shuttle bus. Lepas turun dari shuttle bus tu, jauh jugak nak menapak ke Gate. Kami sampai je, terus boarding dan dalam 20 minit terus fly.

Oh ye..kami kebuloq kan? 

Lunch pukul 3 petang tadi. Dalam flight dah pukul 1 pagi. 

Dalam hati dah tak sabar sangat nak makan makanan Turki! 

Tapi.............................

Semua kerana kao....Covid-19!


Makanan semua dihidangkan dalam kotak / paper bag dan seram2 sejuk je makanan tu sebab baru keluar dari peti ais daaaa.

Nasib la kami suka roti dan sandwich. 

Tapi macam orang Jawa cakap...

Ora kolu mangan

hahaha.. Tak sanggup nak makan maksudnya. 

Apa pun..Alhamdulillah.

Dalam flight kami ada 'social distancing' sebab kapal terbang besar. Ok lah...dapatlah kami tido lebih selesa. 

Saya pulak siap2 makan Panadol Extend untuk joint pain sebab saya memang sakit sangat lutut kalau duduk lama2 dalam flight. Suami pun ambik sebiji. 

Alhamdulillah. Nyenyak kami tido. 

Kami transit di Airport Istanbul, airport terbesar di dunia. Ada baik buruknya bila TERBesar nih.

Sepatutnya kami punya transit cuma 1 jam setengah tapi pilot flight kami ni bijak. Dia mendarat sejam awal. Sebab airport terbesar ni perlukan kita untuk berjalan kaki banyak. 

Semuanya jauh. 


Kami sampai Istanbul pukul 4.20 pagi. Punya jauh nak pergi ke immigration untuk transit. Dalam 10 minit jalan kaki. Sengal jugak lutut ni..hehe.

Berkejar2 kami nak pergi toilet, nak pergi transit, nak pergi solat Subuh dan nak pergi beli capuccino dan roti Simit di Cay Saati yang kami rindu sangat2.

Alhamdulillah. Sempat juga. 

Bila naik flight ke Madrid..lagi sedih.

Takde penjarakan sosial langsung!! Duduk rapat2 sebab kapal terbang kecik. Lepas tu makanan pun sama saja. Masih cold sandwich dan air kotak. 

Apapun Alhamdulillah. 

Sebelum tiba di Spain


Dalam flight, kami diberikan sekeping kertas - Public Health Form. 

Sebelum saya fly, saya ada tengok juga apa requirement yang diperlukan oleh Airport Barajas di Madrid bagi traveller foreigner.

Boleh baca lebih lanjut di laman rasmi Foreign Ministry mereka - Exteriores



Saya install satu app di handphone - Spain Travel Health dari website https://www.spth.gob.es/.

Dekat app tu kita isi semua info diri dan juga flight, lepas tu dia akan bagi satu QR code. Bila sampai di Barajas kami kena tunjukkan QR code tu. 

Tapi..bila kami sampai di Airport Barajas, takde sapa pun yang tunjuk QR code tu. Sebaliknya semua isi borang Public Health Form.

Nasib baik saya dah isi siap2 dalam flight sebab saya rasa better prepared.

Jadi masa kat Barajas, experience kami smooth je. Takde masalah. 

Saya hanya tunjuk Passport dan kad PR di Immigration.

Lepas tu ada dua nurse tunggu kat luar immigration tu, sorang ambil suhu, sorang ambil borang tu. 

Mereka ada juga monitor yang besar untuk check suhu badan. Kita cuma jalan perlahan2 untuk kamera tu capture suhu badan.


Oh ye..saya mendarat di Terminal 1 di Airport Barajas. Airport ni airport lama. Mungkin kalau di Terminal 4 lain pula pengalamannya kerana airport tu airport baru. Lebih advance kot.

Akhirnya kami sampai di rumah dalam pukul 11:45 pagi. Alhamdulillah.

Hogar dulce hogar!

 Yang bermaksud.. home sweet home. 


Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post