Turrón - Kuih Krismas Spain

Dua atau tiga bulan sebelum Krismas pasti akan ada Turrón mula dipamerkan di pasaraya. Turrón ni macam kuih raya tradisi bagi orang Spain waktu Krismas. Rupanya seakan-akan kuih bepang kacang di Malaysia.

Turron Mercadona

Kalau siapa-siapa yang pernah pergi Korea pasti akan terjumpa kuih bepang korea yang dijual di Insadong. Masa saya di sana, selalu ingat inilah bepang paling mewah.

Tapi rupanya di Spain, ada lagi bepang yang berganda-ganda mewahnya di sini. Berpuluh-puluh jenis banyaknya, sedap dan sesuai di bawa balik ke Malaysia sebagai cenderamata.

Oh ya..Krismas di Spain dipanggil - Navidad dan mereka meraikan Navidad ini pada 6 Januari iaitu hari Los Reyes Magos. Lambat sikit dari yang biasa.

Apa itu Turrón?


Turrón (bahasa Sepanyol) atau torrone (bahasa Itali) adalah sejenis manisan dari Eropah selatan. Ia biasanya dibuat daripada madu, gula, dan putih telur, dengan badam panggang atau kekacang.

Bentuk yang biasa adalah empat segi tapi sekarang boleh datang dalam macam2 versi, saiz, bahan dan harga.

Turron adalah manisan tradisi istimewa ketika Hari Krismas di Sepanyol dan Itali serta negara-negara yang dahulunya di bawah jajahan Empayar Sepanyol, seperti di Amerika Latin.

Turrón atau kuih bepang Spain ni lebih kurang macam nougat tapi lebih keras lagi dan lebih sedap dari kuih bepang di Malaysia.

Asal-usul Turrón


Nama Turrón ini berasal dari bahasa Latin iaitu torrere yang bermaksud 'di panggang'.

Manisan versi moden dari kacang badam dan madu ini berkemungkinan berasal dari resipi penduduk Arab dan berber di bahagian Sepanyol Islam (Andalusia) di abad ke-15 yang dikenali sebagai turun.

Jenis-Jenis Turrón


Secara amnya, ada dua jenis:

Turron Duro vs Blando

  • Blando - Lembut dan kenyal - daerah Jijona
  • Duro - Keras - daerah Alicante

Saya lebih gemar yang keras mungkin sebab dah terbiasa makan kuih bepang Malaysia. Yang lembut ni macam terselit celah gigi jadi 'after-effect' tu macam tak selesa sikit..Heheh.

Bahan-Bahan Turron


Asalnya ada empat bahan utama:

  • Kacang badam
  • Madu
  • Gula
  • Putih telur
Tapi sekarang dah keluar macam2 resepi. Lain daerah ada variasi masing2. Ada juga bahan-bahan yang tidak halal seperti alkohol dicampur untuk beberapa variasi turron.

Jadi harus hati2 ketika memilih. Saya cadangkan beli yang jenis kacang seperti kacang badam, kacang hazel ataupun kacang tanah.

Tahun lepas bila balik Malaysia saya hadiahkan kawan2 Turron kacang dan Turron coklat kacang. Mereka kata sedap..so, bolehlah kalau nak bawak balik Malaysia untuk hadiah dekat kenalan masing2.

Turrón v/s Nougat


Mulanya saya ingatkan Turron ni sama dengan Nougat. Nougat lebih banyak bahan-bahannya dan konsistensinya lebih lembut dan kenyal. Ada juga Nougat yang keras dan rangup.

Jenis-jenis Nougat pula boleh ada dalam warna putih, perang dan coklat. Tapi bila dah cuba kedua-duanya, perbezaan Turron dan Nougat ini tidak berapa ketara.

Very fine line between them!

Adakah Turrón Halal?


Persoalan paling penting! Ya, Turron secara tradisi adalah halal berdasarkan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatannya cuma empat jenis macam saya sebut di atas.

Kalau nak cari cop halal takde ye.

Walaubagaimanapun..

Sekarang, ada versi2 Turron yang menggunakan alkohol- pastikan lihat bahan2 seperti 'licor' atau 'alcohol'. Perlu berhati-hati.

Turron La Casa with Alcohol

Di mana nak beli Turron?

Turron Vicens at Carrefour
Kebanyakan pengunjung biasanya tertumpu di kawasan Sol di Madrid. Kalau takde masa nak pergi cari pasaraya macam Mercadona, Dia, Lidl dan sebagainya (sebab lebih murah), boleh beli Turron di sini (harga lebih mahal dan lebih berkualiti):

  • El Corte Ingles - kawasan makanan
  • Carrefour (gambar atas)
  • Vicens - Jenama Turron terkenal yang terletak berdekatan dengan Metro Opera seperti dalam peta di bawah.




Pilihan saya


Jenama Turron - DoR dari pasaraya Lidl boleh tengok di laman web ini. Rasanya boleh tahan sedap dan dari segi kualiti juga ok. Harga? Semestinya ekonomi. :)

Favorit saya kacang badam yang disalut dengan manisan berwarna putih dari telur putih dan madu. Kalau masa nak dekat2 Krismas biasa ada promosi untuk dua papan Turron jenama DoR cuma 2 Euro.

Walaupun begitu tak bolehlah nak banding dengan Turron dari jenama yang hebat2 macam Vicens sebab rasanya lebih berkualiti dan harganya lebih mahal.

Vicens Hazelnut Turron

Yang ini Turron dari jenama Vicens dengan bahan utama ialah kacang Hazel. Pada saya rasa lemak dia lebih sedap dari kacang badam.

Untuk satu papan bulat Turron Vicens 200g dari kacang Hazel ni lebih kurang 5.50 euro.

Turron Mercadona

Cuma tahun lepas semua Turron yang saya beli adalah dari Mercadona - jenama Hacendado (gambar atas) dan kawan2 kata sedap. Turron dari Mercadona saya beli yang Turron kacang coklat (gambar atas-kiri).

Boleh lihat cara pembuatan Turron kacang Hazel jenama Vicens dari video di bawah:



Sumber:

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post