Review Turkish Airline Kelas Ekonomi

Saya terpanggil nak buat review Turkish Airline kelas ekonomi Madrid-Kuala Lumpur sebab nak buat perbezaan fly sebelum dan selepas PKP/MCO di Malaysia. 


Ini pertama kali saya terbang dengan Turkish Airline dan sebenarnya jarang sekali buat review. 

Saya biasanya kalau pergi balik KL-Madrid sudah tentulah naik flight yang paling murah! Almaklum, macik tak keja so kena lah berjimat.

Biasanya, saya cari flight dekat SkyScanner untuk comparison dan lepas tu beli tiket dekat website airline yang berkenaan. 

Tak pernah beli dekat agent or website 3rd party sebelum ni. Malas nak gado kalau jadi apa2..huhu. 

Kalau ikutkan balik ni memang nak beli flight Qatar je..sebab biasanya saya fly dengan Etihad, Qatar atau Saudi Air kerana harga tiket mereka yang sangat kompetitif.

Maknanya murah le! :)

Saya pernah fly dengan Etihad, Qatar, Saudi Air, KLM, Lufthansa, MAS, Alitalia dan British Airline untuk penerbangan KL-Madrid atau Madrid-KL.

Tapi sebab suami memang suka la sangat fly dengan Turkish Airline....


So macik cuba la kali ni fly dengan Turkish Airline walaupun mahal sikit. Takpe, suami bayo. Terima kasih aje la. 

Selama ni saya balik Malaysia sendiri. Kali ni dia balik dengan saya selepas 6 tahun tak balik Malaysia. 

Alhamdulillah. Rahmat Allah di sebalik wabak Covid-19. Doa saya dimakbulkan Allah selepas hampir 7 tahun. 

Never give up praying to Allah. 

Alasan dia tanak naik flight dari sebelah middle east --> dia kata orang Arab sana racist dengan orang Morocco. Wallahualam. 

Alasan lain dia --> makanan dalam flight Turkish Airline terbaik!

Ok..jom kita confirmkan, betul ke idak. :)

Flight sebelum PKP - Covid-19 (Madrid-KL)


Flight kami dari Madrid Barajas Airport Terminal 1. Pada hari Selasa, 10 Mac 2020 pukul 12 pm. Sampai bandar Istanbul pukul 6.30 petang waktu tempatan. 

Madrid Barajas Airport Terminal 1
Madrid Barajas Airport Terminal 1

Harga tiket kami:

  • Suami: 494.38 euro
  • Saya: 638.38 euro

Kami dah pilih seat terlebih dahulu sebab tiket kami atas reservation number yang berlainan kerana suami balik lebih awal.

Dia cuma cuti seminggu je dan saya lebih kurang sebulan. 

Pilih seat seawal mungkin sebab senang pilih seat favorite. 

Jangan macam saya..masa balik dari KL ke Madrid sehari sebelum fly baru nak buat.

Tengok2 dia dah block leg KL-Istanbul. So saya hanya boleh pilih seat dari Istanbul-Madrid je. Adoi..

Website Turkish Airline ni sangat mudah dan user friendly. Senang nak buat apa2 modification dan cepat. Tak complicated.

Kami dapat baggage 30 kg setiap orang dan 8 kg untuk cabin bag. Banyak juga kerana kebanyakan flight bagi 23 kg untuk kelas ekonomi.


Masa hari nak fly, check-in laju je. 

Kami fly dari Terminal 1 di Barajas Airport. Takde apa yang menarik sangat kerana airport lama. 

Bila boarding pun takde masalah. Tak lambat. 

Suami suka duduk seat dekat tingkap, saya pula memang tak suka sebelah tingkap. Memang jodoh la kita kan? Hehehe.


Saya jenis suka pegi tandas nak stretch2 kaki sebab flight jarak jauh kan? Malas nak kejut2 orang lain kalau duduk sebelah tingkap ni.

Sebab kami fly dari Madrid dah tengah hari, so Turkish Airline bagi lunch dalam first leg ni. Jarak perjalanan cuma 5 jam. 

Lunch kami.

Satu yang saya suka flight Turkish Airline ni, tandas dia macam luas sikit. Lepas tu ada cologne dan lotion green tea yang saya suka. Besh bau dia. Tapi ni preference masing2 la.

Flight siang dia tak bagi selimut kecuali atas permintaan je. Kami cuma dapat ear-phone untuk flight entertainment. 


Flight entertainment sama lah lebih kurang macam airline lain, cuma ada entertainment dalam bahasa Turki dan drama swasta Turki bagi sapa2 yang suka tengok drama diaorang.


Kami ada lebih kurang 7 jam 30 minit transit di Istanbul dan kami gunakan kesempatan ni untuk tengok bandar Istanbul walaupun a bit rushing. Boleh baca dalam post - Transit 7 Jam di Istanbul ni. 

Masa second leg Istanbul-KL pula kami fly pukul 1.35 pagi. Kami sempat minum kopi dan makan Simit dulu di Simit Sarayi dekat Istanbul Airport sebelum boarding. 

Sebab penat terkejar2 nak tengok Istanbul dan kami pun dah dinner di Maranda Doner jadi kami cuma nak tidur je. 

Tapi tak lama kemudian ada dinner lagi dan SEDAP......

Bagi saya sedap la sebab saya memang suka makanan mediterranean. :)


Kami dapat selimut setiap seorang dan vanity pouch Mandarina Duck yang cantik! Saya bagi suami punya kat mak saya. Punyalah suka dia. 

Dalam 2 jam sebelum sampai Malaysia, kami dihidangkan sarapan. SEDAP jugak..hehe.

Sedap sangat sampai lupa nak ambik gambar. Hehe..

Alhamdulillah kami selamat sampai kat Malaysia tapi..luggage kami - beg sederhana dan beg cabin pecah..Allahu. Nak mintak baru la tu..hehe. 

Kesimpulannya, pengalaman naik Turkish Airline sebelum COVID-19 sangat puas hati.

Flight selepas PKP - Covid-19 (KL-Madrid) 


Flight pulang kami dari KL ke Madrid ditunda oleh Turkish Airline sebanyak 8 kali!!

Kami ke HQ Turkish Airline pada 18 Mac, hari pertama PKP dijalankan di Malaysia. Takde pilihan. 

Kerana kami pergi ke KLIA pada 17 Mac waktu pagi, staf KLIA kata pejabat Turkish Airline di KLIA buka pukul 4 petang. 

Bila kembali ke KLIA, kami tak dibenarkan masuk sebab staf Turkish Airline kata semua pembatalan tiket kerana COVID-19 kena melalui HQ di KL. 

Masa tu dah pukul 5 petang. Kalau kami pegi KL pun takde maknanya. 

Stop kejap minum Cafe Latte kat McD di KLIA dan kami termenung. Hmmm...saya punya flight tak pe lah sebab lagi sebulan. Lambat lagi.

Suami punya? 19 Mac dah kena balik Madrid ni. Esoknya tu. Kalau tak....?? 

Tunggu....Cerita lebih lanjut kat bawah. :) Saspen je kan? Hehehe..

So, kami decide pergi jugak HQ kat KL walaupun PKP telah efektif pada 18 Mac.


Best sangat drive masuk KL sebab tak jem langsung!!

Saya nak cari parking kat basement Menara Prestige tapi pak guard kata cuma staff bangunan je boleh masuk sebab PKP. Orang awam tak boleh parking. 

Last2 parking kat belakang Avenue K. 2 jam RM5.

Menapak la kami ke Menara Prestige. KLCC masa tu dah kena rantai dengan polis. Orang awam tak boleh masuk.

Bila sampai Menara Prestige, receptionist kata Turkish Airline tak de orang. Tutup. Alamakssss. Apa ni?

Tiba2 ada seorang lelaki lalu belakang kitorang bawak knapsack Turkish Airline dan tag smart card dia masuk dalam bangunan. 

Apakah ini....???


Receptionist bagi kami senarai nombor telefon (dalam gambar). Bila kami call, terus dapat masuk ke customer service dia. Baik staf tu. Cepat je dia buat kerja dan rebook tiket kami berdua. 

Ini episod pertama kami rebook tiket. Episod lain bakal menyusul...dalam post akan datang - Pengalaman PKP di Malaysia Mac-Julai 2020. 

Tunggu...

Asyik kena tunggu je la...hehe.

Sori.... sebab post ni pasal review Turkish Airline Kelas Ekonomi..ni dah melalut ke pengalaman PKP dah kenapa? Hahah... 

Oklah..lepas dah 8 kali rebook. 

Akhirnya kami dapat balik pada 21 Julai 2020 hari Selasa.

Ok..masa nak balik ni memang stress la. Sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sebab pulang ke Madrid masa musim COVID-19.

Saya dah cek dengan staf Malaysian Embassy di Madrid. Dia kata kalau ada kad PR (Permanent Resident) boleh keluar dari Malaysia. 

Spain takde restriction. Saya dah tanya Spain Embassy. Dia pun kata kalau ada kad PR boleh masuk Spain.

Kat situ macik dah lega.

Tak pasal2 sangkut kat KLIA camno nak buek nanti..


Kami beratur sangat panjang la hai untuk check-in. Dekat satu jam beratur. Sengal2 jugak lutut ni ha..hehe.

Layanan masa check-in semua ok. Cuma lambat sangat sebab COVID-19 la. Banyak dokumen nak cek bagai. 

Dah la takde kedai bukak kat KLIA. 😭


Anyway, kami boarding lagi 20 minit nak fly.

Ada perubahan bila dalam flight semasa COVID-19 ni:

  • Social distancing
  • Pakai mask setiap masa
  • Makanan
  • Hygiene kit 
  • Luggage

Kapal terbang ni besar. Jadi ada 'social distancing' dalam flight leg KL-Istanbul.

Leg Istanbul-Madrid takde 'social distancing'. Kita duduk rapat2. Paranoid jugak dibuatnya.

Kalau fly dengan Turkish Airline sebelum PKP kami dapat vanity pouch yang cantik dari Mandarina Duck tapi kali ini kami dapat pakej yang lebih sesuai untuk isu COVID-19.

Hygiene Kit. Ada 2 keping mask, 2 wet tissue dan sebotol hand sanitizer. Pramugari/a akan sentiasa pastikan penumpang pakai mask setiap masa. 

Ada sekali tu saya tengah tidur. Agaknya mask saya senget kot dan tak tutup hidung. Pramugari kejutkan saya suruh letak mask elok2.

Lihat lah..makanan yang kami dapat dalam flight Turkish Airline. Tadaaa...


Jauh berbeza sangat dengan fly sebelum PKP. Kan?

Alhamdulillah. Nasib baik la kami suka sandwich sejuk cam gini. 😂 Takpe lah. Ada makanan lagi baik dari takde makanan. Bersyukurlah. 

Untuk luggage / bagasi pula, penumpang tak boleh bawak hand luggage lebih dari 4kg. Maknanya tak boleh bawak cabin bag.

Bag yang dibenarkan sama ada handbag, backpack dan laptop bag.

Itupun masa nak check-in, staf kat airport akan timbang bag yang kita akan bawa naik cabin. Untuk pastikan yang takde banyak aktiviti/pergerakan dalam flight kot.

Had yang biasa untuk cabin bag 8kg. So, baki 4 kg lagi tu kita boleh check-in. Maksudnya, instead of 30kg, kita dapat maksimum 34kg setiap orang.

Rasanya..ini je lah seingat saya perbezaannya bila fly masa COVID-19 ni. 

Oklah..kalau nak baca pengalaman kami pulang dari KL ke Madrid yang lebih detail boleh baca lebih lanjut di post - Pulang Ke Madrid Selepas PKP di Malaysia Mac - Julai 2020.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post