Bermula Lagi

Bismillah. Alhamdulillah. Lepas lebih dua tahun bersawang blog ni baru ada rasa nak menulis lagi.


Lebih dua tahun pandemik melanda dunia, kisah kami stranded 5 bulan di Malaysia kerana PKP dan diri sendiri dah mengalami demam Covid-19 dua kali.

Pertama, Ogos 2020 dan kali kedua pada April 2022.

Banyak sekali episod suka duka berlaku dalam masa hibernasi blog ni tapi yang duka biarlah semua itu hamba luahkan pada Sang Pencipta Rabbana Yang Maha Mendengar keluhan hambaNya.

Kita pandang ke depan je. Selagi ada nafas selagi itu Allah bagi peluang beramal.

Fighting!

Kenapa tidak?

Sementelah satu dunia berjuang memerangi bukan saja penyakit fizikal malah penyakit mental dan diri juga hampir hilang nyawa kerana episod duka; saya kalihkan perhatian duka lara dari diri untuk: 

  1. mengajar anak-anak kecil di sini membaca Al-Qur'an
  2. belajar menghasilkan video dan mengajar bahasa Melayu komunikasi di channel Youtube ILearnMalay.

Alhamdulillah banyak yang saya dapat belajar dari proses-proses di atas. Allah gantikan kesedihan dengan sesuatu yang lebih berharga.

Tak ternilai. Alhamdulillah.

Apa misi menulis kali ni?

Menulis apa saja pengalaman yang baik untuk semua dari proses-proses pengalaman di atas.

Meninggalkan jejak digital dan lebih baik kalau dapat jadi amal jariah. Bi iznillah (dengan izin Allah).

Menyematkan memori dan kata-kata semangat untuk tatapan dan peninggalan bagi keluarga dan keturunan Wak Jani (Ayah) dan Cik Mami (Ibu) di kemudian hari. 

Hingga ketemu. Bi iznillah.

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post