Jalan Jalan Madrid 2 hari - Bahagian 1

Alhamdulillah, baru2 ni ada seorang kawan baik dari Malaysia datang ke Madrid sendirian. Saya ambil kesempatan untuk memesan barang2 keperluan macam ikan bilis, cili kering, maggi...ahaha..kadang2 ada rasa rindu nak makan maggi jugak.


Atas jasa baik kawan ni dapatlah saya makan mi maggi Tomyam-BIG..Alhamdulillah. Jazahallahu khair. Ada dua bag di atas tu; satu yang hitam tu barang2 saya..banyak! Hehe 1o kilo je..Kami jemput kawan di Lapangan Terbang Barajas Terminal 1 dengan tren. Gambar atas adalah stesen metro bawah tanah. Tiket tren dari Barajas ke Nuevos Ministerios sebanyak 4,50 euro dan ke rumah saya tambah lagi 1,70 euro.

Cuma dua hari sahaja dia di Madrid, saya suruh kawan tinggal di rumah saya walaupun rumah saya kecil saja. Kalau ada sesiapa nak singgah rumah saya di Madrid, ada satu bilik single kosong. Maksimum dua orang la..tapi sorang kena tidur atas lantai.

Jemput datang...tapi...kena cukai bawakan barang dari Malaysia untuk saya. Kekeke....Boleh kan?

Saya tak dapat nak guide lagi sebab sakit lutut..dah tua, hehe. Korang boleh explore Madrid sendiri, senang je. Trust me! ^^

Bulan Oktober jadi pilihan sebab tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Pakai baju macam di Malaysia tapi tak panas dan berpeluh. Tapi Oktober kadang2 kerap hujan di Madrid dan musim luruh masih belum betul2 'peak' jadi masih banyak pokok2 yang hijau.

Musim luruh pada awal Oktober di Madrid tak berapa ketara sebab cuaca Mediterranean, kering dan panas melampau ketika musim panas. Banyak pokok2 kering dulu sebelum sempat bertukar warna..ada yang separa kering dan separa tukar warna.


Hmmm..apa yang menarik Madrid ni?



Bagi saya ada dua sebab je untuk lawat Madrid ni:
Pertama..Peminat bola Real Madrid Club - ada Stadium Santiago Bernabeu di sini
Kedua..sebab saya ada di Madrid..hehe..

Kat sini saya nak tulis tentang tempat2 yang kawan saya sempat lawat selama satu hari setengah di Madrid.

Kawan saya sampai di Lapangan Terbang Barajas Terminal 1 pukul 8.50 pagi pada 9 Oktober. Bila sampai rumah saya dah pukul 11 pagi. Sarapan dan keluar rumah pukul 12.30 tengahari.


Kami beli tiket Cercanias Renfe Bonotren -10 trip dengan harga 10 euro. Tiket Bonotren ni boleh dikongsi berdua tapi saya malas nak berbagi dua jadi sorang beli satu tiket sendiri.

Lagi satu, tiket ni cuma boleh di guna untuk tren Cercanias dalam kawasan trek A1. Kalau nak naik Metro kena beli tiket metro. Sebab rumah saya dekat dengan trek Cercanias jadi beli tiket Bonotren lagi jimat. Trek A1 ni cuma 'cover' kawasan bandar Madrid - 'central Madrid'.

Contohnya:

Dari rumah saya ke Atocha cuma satu station - 1.70 euro.

Kalau dengan tiket Bonotren cuma 1 euro.

Tapi kalau korang tinggal di 'central Madrid' lebih baik beli 10-trip tiket Metro dalam 13 euro untuk 2 hari. Kalau  satu hari je, kongsi lah tiket tu berdua. 


Ok..dah lepas beli tiket, kami pilih terus ke Sol, dua station dari rumah saya. Cercanias ni macam KTM tapi lagi bagus servis dia dari pemerhatian saya. Cuma kadang2 ada demonstrasi - huelga yang mana pekerja2 Cercanias mogok dan kekerapan tren pada hari tersebut jadi kurang. Tapi mogok dia aman..sebenarnya saya tak pernah pun nampak diorang mogok, tau2 je ada tampal kat dinding station notis kata hari tu huelga.

Bila dah sampai stesen Sol, dekat sini ada TIC (Tourism Information Center) Kiosk. Boleh la ambil pelan Madrid. Kecik je 'central Madrid' ni. Satu hari kalau jalan dah boleh khatam kalau tak masuk mana2 muzium atau galeri la. Setakat untuk ambik gambar boleh kawtim satu hari.

Sape2 yang tour Eropah dengan kereta, saya rasa lalu saja lah Madrid ni, ambik gambar depan Stadium Santiago Bernabeu satu keping atau dua, atau kalau nak masuk kena bayar 20 euro untuk 'tour Bernabeu'. Lepas tu boleh terus pegi kawasan Andalusia di selatan - Cordoba, Granada, Seville atau bandar besar macam Barcelona di utara.

Punya lah tak nak promosi Madrid. Kekeke..

Untuk 'post' Sol boleh baca sini..tapi dalam Bahasa Inggeris. Saya menulis ikut mood. Rasa hari ni nak tulis dalam Bahasa Malaysia pulak. Sori ye..

Inilah namanye sindrom dah lama tak cakap Bahasa Malaysia..keke..boleh cakap dengan pokok2 dalam pasu je bila kat rumah.

Kami ambil gambar di Sol dengan beruang dan pokok stroberi. Inilah 'hotspot' di Sol, kemudian  di Plaza Sol dalam 5 minit ambik gambar terus pegi Plaza Mayor. Tak lepas peluang juga ambik gambar mamat Sepanyol dengan tanda '0 Kilometer'.

Untuk post Plaza Mayor boleh baca sini.


Di Plaza Mayor kami ambil gambar sekejap dan singgah ambil pelan madrid di Tourist Information Center yang besar di situ.

Lepas tu terus singgah ke pasar yang 'posh' nama dia San Miguel Mercado. Malangnya masa masuk situ tengah sesak sebab masa makan tengahari.


Dekat sini, sape2 yang nak cuba makan tapas atau paella ada kedai yang memang masak seafood saja. Seperti kedai ni tapi tiada status halal.

Saya tak menggalakkan syubhah tapi Allah bagi kita akal untuk fikir dan ilmu untuk di cari. Fikir2 kan lah...^^ Bila ragu2 lebih baik ditinggalkan.

Ini saja yang saya boleh jawab bila orang tanya..ini halal ke tak?


Lepas tu kami merayau2 di jalan besar menuju ke Royal Palace. Di jalan ni kami berjumpa dengan saudara dari Malaysia. Mereka pekerja Petronas dan ada dua minggu seminar di Burgos. Kat sini juga kami cari cenderamata.

Kawan saya beli sweater - Madrid has no Rules - 15 euro dan dua baju kanak2, sehelai 5 euro.


Lepas tu kami singgah di Royal Palace, ambil gambaq sat..dan kemudian duduk di taman berhadapan dengan teater. Kat sini kami makan buah Nektarin. Kami beli di kedai buah dekat rumah saya. 1 kilo cuma 1 euro tapi sebab buah ni buah musim panas bila dah masuk musim luruh ni kualiti dia tak lah berapa baik.


Kami berdua tengah diet..haha..jadi kami cuma makan buah saja. Saya beli 4 biji dalam 84 sen euro..beli air mineral 1.5 liter dalam 60 sen euro dan kawan saya buat air detox dia - 2 biji lemon, 2 sudu kecil madu dan air panas 500 ml. Itu saja bekalan kami. Survival sangat!!


Tapi kami 'break the rules' kami pergi Valor lepas tu untuk makan churros dan coklat. Kami kongsi dua orang 1 cawan coklat dan 4 batang churros untuk 4.70 euro (sebelah kiri gambar atas). Kami minta air kosong dua gelas, percuma je sebab air paip (agua del grifo). Gambar di bawah churros di San Gines yang kami pergi hari esoknya. Kebanyakan kafe di Sepanyol ada jual churros.

Air paip di Madrid boleh di minum. Insha Allah bersih.

Lepas makan churros, kawan saya dah mula rasa jet-lag. Perjalanan dari Kuala Lumpur campur transit di Jeddah sampai Madrid dalam 20 jam. Awal2 masa ke Sol, masih bertenaga..lama2 bateri makin kurang cas..hihi. Biasa la tu..Kami baru jalan2 dalam 4 jam macam tu.

Disebabkan kawan saya cuma bawa dua pasang pakaian, saya suruh dia shopping...sebab bila shopping badan tak rasa penat. Betul kan? Terapi membeli-belah. Hehe..berjam2 pun tak rasa penat. Psaiko..

Kami masuk Bershka dan Zara tapi kawan saya lebih suka baju yang dia nampak di Bershka. Kemudian kami pergi cari jersey Real Madrid Club sebab esok kami akan masuk Stadium Santiago Bernabeu. Jadi kawan saya nak masuk dengan aura Real Madrid..gitu..hehe.

Malangnya saya tak minat bola, jadi takde perasaan..hehe. Masuk ke, tak masuk ke stadium tu sama saja. Kalau jumpa Ronaldo depan2 lain lah cerita..borak2 minum cafe con leche dengan dia ke. Tunggu seru dengan Ronaldo kot baru minat bola ni..haha.

Di Madrid ni ada empat kelab bola sepak, bila suami saya kata Madrid lawan hari ni. Maksudnya Real Madrid lah tu. Tiga lagi kelab Atletico Madrid dipanggil Atleti, Rayo Vallecano  dan Getafe.

Saya suka Atleti. Kata tak tengok bola..haha...sokong underdog je.

Dalam tak minat tu tau jugak..haha..mana tak nye tak tahu, Sepanyol ni rasanya kalau tengok dari mata kasar..ekonomi dia boleh kata bolasepak. La Liga. Hari2 kena layan tengok bola ni bila ada seorang peminat tegar bola yang bernama lelaki di rumah. Layan siri komentar bola Sepanyol sebijik macam tengok telenovela..haha..banyak saspen dan ulang tayang fakta yang sama seminggu tak habis.

Ok..balik cerita beli jersey Real Madrid. Kawan saya akhirnya beli training jacket dan topi warna ungu dalam 11o euro macam tu. Masa bayar saya suruh dia minta Tax Free..untuk pengetahuan kalau beli barang lebih dari 90 euro dan kedai tu ada tanda Tax Free, boleh minta dia printkan receipt dan kita kena isi nama, alamat dan tandatangan.

Tak Free ni...ooopss...Tax Free ni boleh claim dekat lapangan terbang negara Eropah yang terakhir kita pergi sebelum balik ke Malaysia.

Kawan saya beli 110 euro dapat claim 16 euro..banyak jugak tu. Tu baru satu kali shopping.

Lepas tu memang dah tak larat tahap gaban..jadi kami pun balik. Baru pukul 6 petang waktu tu. Balik2 tengok makanan dah sudah siap dimasak oleh chef di rumah iaitu Tajine Ayam - masakan Morocco. Alhamdulillah.

Sekian saja untuk hari ini. Bahagian 2 insha Allah menyusul kemudian.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

2 Comments

  1. Assalamualaikum sis.
    Terima kasih atas info pasal Madrid.
    InsyaAllah saya dalam perancangan nak ke sana raya nanti.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post