Jalan Jalan Madrid 2 hari – Bahagian 2

Ini sambungan dari post lepas - Jalan Jalan Madrid 2 hari – Bahagian 1.


Hari kedua kawan saya di Madrid, kami keluar dari rumah dalam pukul 10 pagi. Oleh kerana ada masalah membeli tiket tren melalui internet dengan menggunakan kad kreditnya, maka kami terpaksa membeli di kaunter di Stesen Atocha.

Pelik, kerana kawan saya dah suruh bank dia 'authorize' kan kad untuk penggunaan di luar negara. Mungkin dia lupa untuk suruh pegawai tu 'activate'kan untuk penggunaan pembelian internet agaknya. Kedua2 kad pulak tu. *aptb!*

Pastikan buat perkara di atas sebelum melancong keluar negara seminggu awal untuk elakkan kejadian yang tak diingini. Jangan buat 'last minute'. Nanti naya..hehe.

Lagi satu, saya tak suruh kawan saya tukar wang tunai banyak sangat. Lebih baik guna kredit kad untuk pembayaran hotel, kenderaan dan 'shopping'. Wang tunai hanya guna jika perlu kerana di sini banyak penyeluk saku. Saya dah nampak depan mata tiga kali dan saya sendiri sekali hampir nak kena seluk. 

Pastikan beg sentiasa di depan, ye?

Sebenarnya, dari Malaysia saya dah suruh kawan beli awal sebab di sini, kalau beli tiket bas, tren atau kapal terbang awal akan dapat harga yang lebih murah. 


Dua minggu sebelum datang harga tiket sehala Madrid-Cordoba, pukul 6.20 pagi hanya 45 euro tapi bila kami beli di kaunter sehari sebelum, harga tiket dah naik jadi 50 euro. Waktu awal pagi adalah yang paling murah. Gambar atas sebagai contoh untuk senarai harga. 

Ketika di kaunter, kami terpaksa menunggu hampir satu jam kerana terlalu ramai orang. Maklum, hari isnin. Mesin tiket di luar pun seperti ada masalah. Tiada siapa dapat membeli tiket dengan mesin. Puas kami cuba beberapa kali juga. Akhirnya, terpaksa juga ambil nombor dan beratur.

Alhamdulillah, saya dapat praktis lagi bahasa Sepanyol di sini. Ada seorang nenek minta saya bantu untuk beli tiket dan saya juga tolong kawan saya. Jangan takut untuk membuat kesilapan! Mereka pun faham, saya bukan 'native speaker'. Pastilah ada tatabahasa yang kelam kelibut..haha.

Oh ye..kalau lihat senarai tren Renfe dalam gambar, ada macam2 jenis. AVE city, AVE, ALVIA, ALTARIA...lalala..tak larat nak terangkan, boleh baca sini (bahasa Inggeris). Sila khatamkan. :)

Pendapat saya, ada sikit2 je beza masa perjalanan. Mereka yang nak berjimat ambil yang murah saja, kan? Siapa pernah ambil 'bullet train' di Jepun atau Korea, sama saja perasaan naik tren ni..hehe.

Selepas berjaya membeli tiket, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Muzium Prado. 

Objektif utama hari ini cuma nak melawat Stadium Santiago Bernabeu. Peminat Real Madrid wajib pergi seperti kawan saya. Tempat2 lain kami cuma lalu setakat untuk ambil gambar sebagai kenangan. Kawan saya pun tak berapa suka muzium.


Kami jalan kaki dari Stesen Atocha ke Muzium Prado dalam sepuluh minit je.  Nak dekat satu kilometer jugak tu..:O..hehe..tapi tak perasan sebab banyak bangunan cantik2 dan kami berhenti ambil gambar.


Lihat la..ramai sangat orang beratur beli tiket nak masuk Muzium Prado. Setiap kali saya lalu depan muzium ni, memang ramai orang, tak kira musim apa.  15 euro seorang. Tahun lepas cuma 14 euro. Hmmmm....Lebih baik beli lalu internet dan jimat masa.

Kalau nak jimat masa dan duit, ada masa FREE untuk masuk Muzium Prado, iaitu dari pukul 6 petang hingga 8 malam, boleh tengok sini untuk pastikan masa2 yang FREE ni dan bila muzium ni tutup.

Tiba2 rasa rindu pula muzium2 dan galeri di London. Banyak FREE...:) Saya suka. 


Kemudian, kami daki bukit sikit macam dalam gambar atas ada gereja besar tu menuju ke Taman Retiro. Sebenarnya bukan dalam pelan tapi nak ambil gambar musim luruh kena la pergi juga. Taman ni sangat2 besar. Saya suka taman ni lebih dari Taman Hyde di London. Retiro sangat cantik!

Kami rehat sebentar di sini sambil makan buah Nectarine yang kami beli pagi tadi. Carian di Google keluar 'Peach' bila cari Nectarine tapi kulit luar Peach macam baldu dan Nectarine licin..rasa dia ada sikit beza kalau siapa2 peminat Nectarine seperti saya. Baca sini untuk lihat perbezaan mereka.

Kemudian kami berjalan ke Alcala - satu pagar besar. Takde gambar pulak. Lepas tu ke Plaza Cibeles tempat di mana Real Madrid meraikan kemenangan mereka selepas selesai musim La Liga bersama2 peminat. (Gambar di akhir post).


Dari Retiro ke Alcala ke Plaza Cibeles...jauh juga. Macik fenatttt!! Hehe...Kali ni kami pergi cuba churros di San Gines pula. Gambar di post lepas. 

Saya lebih suka coklat di Valor tapi churros saya suka di San Gines. Coklat Valor lebih pekat coklat sejati..hahah..tapi San Gines..macam milo pekat. Churros di San Gines seperti Churros yang kita bayangkang...tapi di Valor macam cakoi..haha..di panggil 'porras'.

Di San Gines ada juga 'porras' ni tapi kena minta la kalau nak versi ni. Churros di Spain ni jangan fikir yang tabur gula dan cinnamon tu ye. Kalau nak macam tu buat sendiri. Saya serius ni. 

Dalam bulan Februari masa kawan Korea saya datang, dia makan churros di San Gines, dia bayangkan churros macam yang di Korea. Dia suruh saya tanyakan pelayan di situ tapi mereka kata tak ada. Akhirnya mereka bagi satu peket kecik gula dan cinnamon dalam botol, kawan saya tabur sendiri. Hahahah...

Harga di San Gines - 1 cawan coklat, 6 batang churros - 4 euro

Harga di Valor - 1 cawan coklat, 4 batang churros - 4.70 euro

Ahhh...70 sen tu mungkin kerana coklat Valor lebih ummph..hehe.


Kami jumpa sepasang pengantin mengambil gambar di lorong San Gines. Romantis!! Rosalinda mi amor gitu..:)


Alhamdulillah, lepas tu kami ambil tren ke Nuevos Ministerios dan jalan kaki sikit ke Stadium Santiago Bernabeu. Masa ni dah pukul 3 petang. 

Walaupun saya bukan peminat bola, saya rasa Stadium Santiago Bernabeu ni dari luar cantik. Dari dalam...hmmm..saya rasa sama je mana2 stadium. Oopps..jangan marah macik ye peminat Real Madrid. 



Ok..maka kami pun belilah tiket nak masuk tour stadium. Seorang 20 euro. Nak masuk tu kena lalu security macam kat airport. Kena bukak tali pinggang and kena scan bag. 

Masa ni macik dah sakit lutut..haha. Akibat main snowboarding banyak sangat di Korea dulu. Nasib badan...banyak jatuh dari main sebenarnya haha..tapi boleh la intermediate slope..nak jugak tu!  :)

Jadi, kawan saya je la yang teruja nak ambik gambar. Saya banyak lalu saja..haha. Bayar 20 euro dah kenapa? Hahah..takpelah, kalau tak masuk tak tahu apa ada dalam kan? 

Tour ni saya rasa berbaloi untuk peminat Real Madrid tapi macam saya, saya rasa biasa2 saja. 

Kami jalan dalam stadium lebih kurang satu jam juga. Besar dan banyak tingkat. 

Kemudian kami bergerak ke Madrid Islamic Center yang kami panggil Masjid M30 sebab dia bersebelahan dengan M30 Expressway. 


Dalam 20 minit naik metro dan jalan kaki sedikit. Ada dua masjid yang besar di Madrid. Satu lagi di Estrecho tapi fasiliti di sana tak berapa bagus sangat berbanding yang M3o. Maka saya pilih M30 untuk kawan saya lawati.


Tempat terakhir kami adalah Hard Rock Cafe, Madrid. Berdekatan dengan stesen Metro Colon. Niat kawan nak beli jaket Hard Rock Cafe, Madrid tetapi saya kata saya dah lihat senarai barang2 yang dijual di laman Hard Rock tiada jaket tapi kawan saya nak pergi juga, pergi saja lah. Bila sampai sana memang tiada maka hanya beli magnet dan lanyard pin. 

Hmm..kenapa orang Malaysia suka pergi Hard Rock Cafe? 

Gambar di atas, kiri - Hard Rock Cafe, Madrid

Gambar di atas kanan, bawah kanan - Perpustakaan Negara

Gambar di bawah, kiri - Plaza Cibeles dan City Hall, Madrid

Dengan ini berakhirlah Jalan-jalan 2 hari di Madrid. Kami tiba di rumah dalam pukul 9 malam dan kami 'flat'..hehhe. Adios. 


Esok paginya pukul 5.30 pagi kami keluar untuk ambil tren paling awal dari rumah saya ke stesen Atocha. Kawan saya menuju ke Cordoba pula. Anyeong chingu! 

Alhamdulillah.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post