Gaya hidup minimalis

Baru2 ini saya mendengar tausiyah Dr Maza (Dr. Mohd Asri Zainal Abidin) tentang Istikharah di Youtube (dalam video di bawah) dan hati saya tersentuh ketika beliau sebut tentang - apa yang kita lalui, pelajari, pembacaan, pengalaman membentuk dimensi pemikiran kita. Sangat2 betul apa yang beliau katakan.


Saya perasan begitu juga apabila saya muhasabah diri dan pengalaman yang saya telah lalui dalam hidup saya. 

Antara prinsip kehidupan saya yang saya sedar tak sedar melakukannya adalah gaya hidup minimalis. Tahun 2007 adalah ´pivotal point´ saya memulakan kehidupan ini dan tahun 2009 saya telah mengambil pilihan untuk memulakan kehidupan ´debt-free´. 

Tahun 2007 - saya mula backpacking sendiri di Jepun. 

Tahun 2009 - saya mula backpacking sendiri di Korea Selatan.

Saya tak ingat bila tapi salah seorang kenalan Malaysian yang saya kenali di Korea Selatan memberikan saya satu pautan laman web: https://www.theminimalists.com/

Bila saya luangkan sedikit masa untuk meneroka isi kandungan laman web ini, saya tiba2 bermonolog dalam diri - "Aku sebijik macam ini!". 

Suka sangat2 bila tengok rumah2 tradisional orang Jepun yang sentiasa lapang dan luas tanpa banyak barang. Kalau boleh nak buang semua benda dalam rumah dan biarkan kosong macam tu. 

Cuma tinggal hamparan Tatami mat (macam gambar di bawah) bersama saya dan golek2 dari hujung dinding ke dinding yang lain macam Naru Kotoishi dalam anime Barakamon

Veranda by Mrhayata

Suatu hari pernah saya kata kat mak, kalau saya ada rumah suatu hari nanti saya tanak beli sofa. Semua tetamu kena duduk atas lantai je..Haha.. Mak saya tanya, dia pun ke? Yer, dia pun kena duduk atas lantai. Alahai kejamnye anak.

Tapi oleh kerana pilihan hidup saya adalah gaya hidup minimalis, tak nampaklah lagi bayangan sofa tu. Maka sampai sekarang tak pernah terfikir untuk berhutang untuk sebuah rumah sendiri. Bila adik saya kata sampai bila nak sewa rumah? Hmm..saya kata kenapa tidak?

Tak pernah terfikir untuk tinggalkan harta pusaka kat orang lain. Kalau adapun apa yang tinggal dalam EPF/KWSP yang tak boleh sentuh sebelum umur pencen tiba. Itupun kalau panjang umur.

Teringat kata2 sahabat Rasulullah SAW;  Abu Bakar yang menyedekahkan segala hartanya untuk Islam dan cuma meninggalkan Allah dan Rasulnya untuk keluarganya. 

Sewaktu perang Tabuk beliau telah membawa 4000 dirham iaitu semua hartanya yang tinggal. Lalu ditanya oleh Rasulullah “Apakah yang ditinggalkan untuk keluarga mu.” Lalu beliau menjawab, “Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya”. - Petikan dari blog ini dan boleh baca selebihnya.

Adakah saya boleh begitu? Adakah saya akan kena sumpah oleh ahli keluarga kerana tidak ada sesen pun untuk mereka bila saya sudah tiada? Tanak lah lihat keluarga saya gaduh2 macam dalam drama Melayu kerana harta pusaka. Sedihhhhh...

Kalau nak bagi, bagilah sebelum masuk dalam 7 kaki bawah tanah. Dunia ini ladang untuk ditanam sebanyak2nya, bagi juga sebanyak2nya kepada yang memerlukan dan hasilnya kita tuai di akhirat nanti.

Tapi kita ni manusia, lumrahnya suka kepada benda yang nampak hasil depan mata untuk ukur kejayaan seseorang. Kalau yang ghaib macam pahala dan dosa tak nampak, susah nak percaya kalau tak beriman. Wallahualam.

Gaya hidup minimalis bukan bermakna tak berada, tak kaya, tak mengembara banyak negara tapi hidup dengan apa yang perlu saja dan selebihnya bagi kepada yang lebih memerlukan. Wallahualam.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ , أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ

“Hiduplah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau pengembara.” (HR. Bukhari)
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post