Salam Ukhuwwah dari Singapura

Alhamdulillah, setelah selesai mid-term exam, baru rasa lega sikit untuk meneruskan penulisan dalam blog. 

Kalau tidak otak hakakkk serabut hehe. Bulan lepas dalam awal bulan Mac kami menerima kunjungan dari salah seorang pembaca blog ini. 

Salam ukhuwwah dari Singapura hingga ke Madrid telah dihulurkan dan macam tak percaya yang ada juga pembaca yang sudah khatam baca blog ini walaupun masih beberapa tahun jagung :) dan tidaklah sering saya menulis seperti dalam blog Korea dahulu.

Dalam kamus bahasa arab Ukhuwwah (الأُخُوَّة ) berarti persaudaraan. Dahulu saya sering keliru antara masud ukhuwwah dan silaturrahim. 

Sekarang tidak lagi setelah belajar bahasa Arab, saya telah dapat memadam kekeliruan itu. Alhamdulillah, semuanya atas keizinan Allah untuk saya mempelajari bahasa Al-Quran ini. 


Pada mulanya saya berbalas email dengan pembaca blog ini, lama kelamaan terus berWhatsApp untuk memudahkan bicara. 

Tak sampai sebulan kemudian mereka suami isteri tiba di Lapangan Terbang Barajas, Terminal 4 (Gambar atas) dan Alhamdulillah kami bertemu di sana buat pertama kali. 

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak yang sedang mengambil kursus pertukaran pelajar di sebuah universiti di Segovia, tidak jauh dari Madrid. Dalam 1 jam 30 minit naik bas atau kereta. Boleh baca pengalaman saya melawat Segovia di sini.


Apa yang saya sungguh terharu adalah kemurahan hati pasangan ini menghadiahkan kami barang2 seperti buku, makanan dari Malaysia yang kami rindui dan juga kuih muih raya. Masha Allah. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka serta merahmati mereka sekeluarga. Amin. 

Sepanjang saya berkenalan dengan pasangan ini, mereka tak jemu2 bersedekah dan ini sesuatu yang perlu saya pelajari. 

Saya teringat cerita tentang bagaimana Saidatina Aishah RA bersedekah walaupun padanya hanya ada sebiji kurma. Adakah kita boleh begitu juga suatu hari nanti? 

Terkadang saya lihat terlalu banyak yang kita miliki tetapi terlalu sedikit yang kita ingin lepaskan. Senantiasa nafsu menginginkan ketamakan melampau2 untuk memiliki dan terus memiliki walhal sudah lebih dari mencukupi. Astaghfirullah. 

Dari 'Adi bin Hatim r.a. kata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"‏ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ ‏"

Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma. Sumber: Hadith Bukhari

Ini adalah antara tempat2 yang saya sempat lawati bersama pasangan ini di Madrid. Oleh kerana saya suri rumah sepenuh masa, dapatlah saya bawa mereka berjalan2 sekitar Madrid. Suami cuma dapat melapangkan waktu pada hari Jumaat selepas solat kerana kekangan kerja. 


Saya cuma sempat bawa mereka melawat sekitar Madrid untuk dua hari sahaja. Kami banyak berjalan kaki dan hari kedua saja baru kami ambil metro sebab Masjid M30 yang kami ingin lawati jauh sedikit dari tengah bandar. Hari pertama santai2 sahaja. Kami melawat Plaza Mayor, shopping, makan churros di San Gines kemudian shoppping lagi di Primark. Sebelum pulang ke rumah kami singgah di sebuah restoran Lebanese yang berdekatan dengan Primark, minum teh Maghribi sambil menunggu pesanan makanan untuk dibawa pulang. 


Hari kedua iaitu hari Jumaat, kami jalan sekitar Plaza Cibeles, Centro Centro (dulu CityHall tapi diberi penjenamaan baru), Bank of Spain dan Metropolis Granvia. Sayangnya bangunan Centro Centro sedang dibaikpulih. 

Kalau tidak, pasti lebih cantik gambar pemandangan di sini. Kami meluangkan masa membeli sedikit cenderamata di kawasan Gran Via. Ada beberapa kedai cenderamata sepanjang jalan ini. Di sini ada dijual gula2 Madrid (gambar di bawah) atau dalam bahasa Sepanyol - Caramelo (sebut karamelo). 

Ini adalah gula2 yang memang ´typical of Madrid´. Saya tak lupa mengsyorkan pada kakak ini untuk dibawa pulang sebagai cenderamata. Bukan apa..saya teringat sangat kat gula2 ini sebab inilah gula2 yang suami hadiahkan pada saya pada awal2 perkenalan kami. 

Sentimental gitu..hahaha. Rasa dia..hmm..sedikit macam gula2 Hacks perisa epal cengkih tapi versi Madrid dan lebih luxury gitu rasa dia. Ada lagi ke gula2 Hacks ni? Mungkin generasi saya je kot yang pernah cuba.


Kemudian kami bergerak ke Primark lagi sebab mereka mahu tukar beberapa helai pakaian yang sudah dibeli semalam di Primark. Barang2 di Primark boleh ditukar atau minta ´refund´ dalam masa 30 hari kalau masih ada resit dan label masih belum dipotong. 

Selepas dalam 1 atau 2 jam di Primark, kami bergerak ke Masjid M30 untuk solat Jumaat. Cuaca dah mula mendung. Oh lupa..masa mereka datang melawat Sepanyol ni musim hujan hampir kebanyakan hari di sini. 

Oleh kerana cuaca yang tidak menentu masa kini, saya tak dapat nak mengagak bila kedatangan musim bunga atau musim bunga mekar lagi. Kitalah juga yang merosakkan alam ini, kita jugalah yang menanggung akibatnya. 

Solat Jumaat kali ini khutbah dibaca dalam dua bahasa. Bahasa Arab dan bahasa Sepanyol oleh kerana tak semua jemaah boleh faham bahasa Arab tapi saya masih suka dengar khutbah dalam bahasa Arab. 

Sungguh nikmat di telinga ini bila sudah boleh memahami lebih dari separuh bacaan khutbah tersebut. Bolehkah saya katakan lazat? Hmmm...:)


Di dalam masjid, ada sebuah restoran di tingkat B-2. Kami tak lepaskan peluang untuk mecuba hidangan di sini. Suami saya cuma dapat hadir selepas solat Jumaat dan kami semua makan tengahari bersama. بارك الله فيهم kepada pasangan ini yang telah belanja kami makan. 

Makanan tengahari di sini adalah seperti kebiasaan budaya Sepanyol iaitu menu del dia. Lupa pula nak ambil harga dia..tak silap dalam 12 atau 13 euro untuk seorang. Untuk primero plato saya ambil sayur bayam dan suami ambil salad. 

Untuk segundo plato saya ambil kuskus dan suami ambil kabsah. Untuk postre, saya ambil kopi dan suami teh Maghribi. Apa itu menu del dia, boleh baca disini. 


Selepas itu kami berjalan dalam 15 minit ke arah Plaza de Toros de Las Ventas atau biasa kami sebut Las Ventas saja sebab panjang sangat nama dia..hehe. Masa kami berjalan ke arah stadium ini, kami terpaksa berhenti sebab hujan panas. 

Sempat lagi tengok pelangi. Subhanallah. Stadium ini sangat cantik dan kalau takde masa nak melawat, ambil gambar dari luar saja pun boleh macam kami lakukan.

Kat sini pun ada stesen metro betul2 depan stadium ini - Metro Ventas.  Ini adalah stadium untuk pertandingan lembu. 

Sepanyol masih lagi mengamalkan pertandingan ini walaupun sangat2 kontroversi topik ini kerana banyak demonstrasi dilakukan untuk menghalang kesinambungan budaya ini di sini. 

Kalau setakat nak melawat stadium ini pun boleh tanpa melihat pertandingan pada hari2 yang tiada perlawanan. Boleh lihat disini.

Oh ya..hari Jumaat malam sabtu di Madrid ada rusuhan di Lavapies tapi kami memang tak tahu apa2 sebab masa tu berada di kawasan Masjid M30 dan bila hari Sabtu baru baca berita dan dapat tahu tentang rusuhan ini. 

Kakak kata waktu malam tu macam dengar bising2 kat bawah hotel mereka tapi tak tahu apa yang berlaku. Kawasan mereka tinggal ni dekat juga dengan Lavapies, 5 minit je jalan kaki. 

Alhamdulillah tidak ada apa2 yang buruk berlaku masa mereka disini. Pada pendapat saya, Madrid secara amnya selamat kalau nak jalan sorang2 tapi kalau boleh elakkan berjalan seorang diri di tempat yang tidak ramai orang dan di lorong2 yang gelap.

Baiklah, setakat ini dahulu. Ciao.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post