Ramadhan 1439H di Madrid

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa di bulan yang penuh rahmat dari Allah, Ramadhan 1439H. 

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk menyempurnakan amalan sehingga ke penghujung Ramadhan dan mendapat keampunan dari Allah Al-Gafur الغفور . Amin.

Alhamdulillah final exam ARB302 dah tamat. Bolehlah rileks kejap fokus kepada amal ibadah yang lain. Masa saya berjalan ke arah Islamic Center untuk menduduki peperiksaan, saya nampak banyak sangat bunga pink!! 

Subhanallah, musim bunga 2nd round. Cantik2 sangat, rasa nak belai2 bunga ni tepi jalan tapi nanti orang pikir saya tiga suku pula..hehe. 


Cerita kali ini adalah pengalaman kali pertama saya berbuka puasa di masjid di Madrid. Kali ini saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama jemaah wanita di Masjid Estrecho atau lebih dikenali sebagai Madrid Central Mosque yang berada di Calle Anastasio Herrero, 5, 28020 Madrid. 

Boleh baca post yang saya buat tentang Madrid Central Mosque di sini. 

Setiap kali bulan puasa memang akan ada iftar yang disediakan untuk jemaah lelaki tetapi bagi jemaah wanita cuma diantara kami sahaja dan kebiasaannya hanya pada hari Ahad kerana dibuat selepas kelas mengaji dan kelas fiqah. 

Kami membawa makanan masing2 seperti kuih, kurma, buah dan jus manakala  untuk menu utama, kami mengumpul sedikit wang dari kumpulan jemaah. 


Menu utama adalah makanan Syria kerana ketua kelas berasal dari Syria dan dia telah menempah makanan dari restoran Syria yang berdekatan. Bagus juga sebab saya memang tak pernah cuba lagi makanan Syria. 

Memang saya ni cuma hantu makanan Korea dan Jepun sejak dari dulu jadi jarang nak cuba makanan dari Timur Tengah. 


Kebetulan, saudari Muslimah yang duduk bersebelahan dengan saya adalah dari Syria. Dia sudah tinggal di Madrid lebih kurang tiga tahun tapi masih belum fasih berbahasa Sepanyol. 

Saya kata kat dia yang saya belajar bahasa Arab. Awal2 terus dia tanya? Fus-ha? Yer..saya kata Fus-ha.

Untuk sesiapa yang tak tahu apa itu fus-ha فصحى baik saya terangkan di sini. Ia adalah Bahasa Arab Piawai Moden ataupun boleh kita kata bahasa standard. Ia digunakan di TV seperti berita dalam suratkhabar dan juga dalam sesi2 formal. Bahasa Arab Klasik lain pula ceritanya dan bahasa Arab harian lagi lah lain! 

Yang mana saya patut belajar? Belajarlah fus-ha فصحى kerana semua 22 negara Arab Insha Allah faham apa yang kita bicarakan kalau kita gunakan fus-ha فصحى tapi sekali depa balas bahasa pasar, mau pening kepala kita nak memahaminya!! Heheh..

Alhamdulillah saudari yang duduk sebelah saya tu cakap perlahan2 dan menggunakan fus-ha فصحى dengan saya tapi...Masha Allah, laju kemain. Soalan2 yang dia ajukan seperti biasa kita2 orang Melayu juga, dah kawin ke belum, ada anak ke tak, umur berapa, dari mana, tinggal kat mana. 

Tapi satu soalan dia yang pelik adalah - "Suami awak ni dah kahwin ke sebelum berkahwin dengan awak?" Terkedu kejap saya dibuatnya...hehe, iyalah, orang Arab kan kahwin ramai. Bapak mertua saya kahwin 4 ok..sekian. Hehe..

Sempat saya tanya kat dia, apa makanan Syria yang femes? Dia kata Kibbeh. Bila gugel, rupa dia sebijik macam falafel. 

Kan saya dah kata ilmu makanan Timur Tengah saya sangat kureng..so bila dia dengar saya kata falafel, terus dia berkeras kata bukan! Boleh tengok resepi Kibbeh di sini

Oklah, mari lihat menu buka puasa kami. 


Ini adalah minuman yogurt seperti ayran; iaitu campuran laban (susu masam), daun pudina, garam dan timun. 

Saya sangat suka, sebab rasa sangat segar. Ia sedikit masin atau savory dan sangat menyegarkan badan ketika berbuka puasa.  


Kemudian manisan seperti tamar dan chebakia. Chebakia adalah kuih tradisi Morocco yang dimakan ketika berbuka puasa bersama sup Harira. 

Kuih ini suami saya yang bagi. Dia kata isteri kawan dia bagi untuk berbuka tapi sebab saya dah bawa untuk berbuka di masjid jadi dikongsi saja untuk semua. 

Rata2 suka dengan chebakia versi ini sebab kurang manis. Kalau dibeli di kedai memang rasa sangattttttttttttt manis. Boleh tengok resepi chebakia di sini


Kemudian ayam panggang dan nasi. Nasi ini juga menjadi favorit ramai kerana kalau takde lauk apa pon makan begitu saja pun sangat sedap. Masha Allah. Semua makanan ketika kami berpuasa sangat2 sedap. Tabarakallah. 

Tapi yang betul2 favorit saya sampai makan tiga kali round adalah...jeng jeng jeng..Sup lentils!! (Gambar atas). Scene stealer..hehe. 

Saya memang suka makan benda masam2 ni. Terus saya tanya nama makanan ni dekat kawan Syria sebelah saya tu. Dia terangkan cara nak buat dalam bahasa Arab tapi satu pun saya tak register, terus gugel tunjuk kat dia..

Ini ke? Ye katanya شوربة عدس (shorbat adas). Adas adalah lentils. Boleh tengok resepi Shorbat Adas di sini


Gambar ihsan - WikiHow.

Lepas iftar, makan kurma sebiji dan minum air, kami bergegas untuk solat Maghrib dahulu kemudian baru sambung makan. 

Lepas tu saya dan suami pulang ke rumah, kami tidak solat tarawih di masjid kerana rumah agak jauh dari masjid. Oleh kerana waktu Maghrib dalam 9.30pm, jadi lepas iftar dan solat semua, kami sampai ke rumah lebih kurang jam 12 malam. 

Suami solat tarawih di surau berdekatan rumah saja. Kalau bulan puasa pada musim sejuk (Disember dan Januari), waktu Maghrib pukul lebih kurang 5.50 petang dan Isha´ pukul 7.30 malam, so banyak masa untuk solat tarawih di masjid. Insha Allah, suatu hari nanti. 

Wassalam.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

2 Comments

  1. I have learn several just right stuff here. Certainly worth bookmarking
    for revisiting. I wonder how a lot effort you set
    to create this type of excellent informative web site.

    ReplyDelete
  2. I just love the taste of muslim biryani...
    Can you share the key ingredients of it

    ReplyDelete
Previous Post Next Post