Lamanya tak menukil di blog yang bersawang ni. Masih mencari momentum walaupun sudah hampir satu pertiga tahun 2019 kita lalui. Saya berniat untuk menulis tentang bahasa Sepanyol dan lebih spesifik perkataan-perkataan dari bahasa Sepanyol yang saya jumpa di mana-mana sekitar kehidupan kami di Madrid.
Sebelum itu, baru-baru ini berlaku sesuatu yang sangat menyedihkan di New Zealand. Tak pernah terbayang dek akal fikiran terjadinya perbuatan yang sangat kejam terhadap komuniti Islam di sana pada hari Jumaat yang mulia.
Adik saya Whatsapp sebelum waktu fajar di Madrid. Kami baru bangun tidur terus dapat berita yang mengejutkan ni. 'We are totally floored'. Saya pun terus buka TV mana tahu kalau-kalau ada liputan di sini.
Apa yang lebih mengejutkan, suami beritahu saya supaya jangan terlalu berharap untuk tengok berita sebegini di kaca TV Sepanyol. Saya hairan la sebab kan ni major story kot..
Tapi memang betul..mereka cuma siarkan kurang dari dua minit tentang isu berdarah ni. Hmm..Racist? Saya tak pula rasakan sangat kehangatan isu perkauman di sini. Mungkin saya yang tak ambil pusing sangat.
Apa pun..Isu seperti di Christchurch boleh berlaku di mana-mana. Segalanya ada hikmah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. Amin.
Selepas pengenalan yang panjang berjela ni, mari kembali ke tajuk asal.
1H1P = 1 hari 1 perkataan bahasa Sepanyol. :)
Perkataan bahasa Sepanyol hari ini adalah Bizcocho.
Bizcocho = Biskut / Kek Span / Pastri
Bizcocho - cara sebutnya
Biz = (huruf 'z' disebut seperti huruf tsa Ø« dalam bahasa Arab)
Co = ko
Cho = cho
Biskut ni seakan-akan kuih bahulu atau baulu. Kalau siapa-siapa pernah cuba makan Tiramisu (pencuci mulut dari Itali), biskut yang digunakan untuk membuat Tiramisu adalah Bizcocho.
Perkataan Bizcocho ini mempunyai banyak mana dan maknanya juga mengikut negara yang menggunakan bahasa Sepanyol (Hispanic countries).
Di Sepanyol - bizcocho adalah kek span atau biskut yang panjang seperti jari seperti di atas dan kalau kita nak bandingkan ia hampir seperti kuih baulu.
Di Uruguay - bizcocho adalah pastri seperti Croissant.
Di Chile, Dominican Republic atau Bolivia - bizcocho sama seperti di Sepanyol dan adunan dohnya adalah manis.
Di Ecuador - adunan doh bizcocho sama ada manis atau masin (savoury).
Mengelirukan?
Jangan risau. Seperti saya, fokus hanya penggunaan di negara Hispanic mana yang kita duduki. Walaupun ramai orang dari negara Amerika Latin yang tinggal di Madrid ni, mereka juga kadangkala bingung jugak dengan perkataan yang sama tapi bermaksud berlainan. Seperti bahasa Melayu/Malaysia dengan bahasa Indonesia juga, kan?
Sampai jumpa lagi. Ciao.

Tags:
Bahasa Sepanyol