CentroCentro Madrid

CentroCentro Madrid adalah bangunan yang berdekatan dengan bulatan Plaza de Cibeles.

Plaza de Cibeles pula adalah bulatan betul-betul di hadapan CentroCentro (ada patung singa dan pemandunya) dimana peminat-peminat pasukan bolasepak RealMadrid akan berkumpul sekiranya RealMadrid muncul sebagai pemenang piala La Liga.

CentroCentroMadrid
CentroCentro Madrid

Plaza de Cibeles
Plaza de Cibeles

Saya pernah melawat ke CentroCentro sebelum ini dengan rakan sekelas bahasa Sepanyol di Embajadores pada tahun 2017. 

Walaubagaimanapun kami tak berpeluang pula nak naik sampai ke tingkat atas untuk melihat pemandangan sekitar Madrid kerana ada pengubahsuaian di tingkat tersebut. 

Kami hanya naik sampai tingkat 6 dan melihat pemandangan Madrid dari tingkap yang kecil. T_T. Tak puas!

Kali ini saya dapat naik ke atas bersama teman dari Malaysia yang baru datang ke Madrid bulan Julai tahun ini kerana bekerja di sini. 

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak cakap bahasa Melayu sebab selama ini saya sering berbual dengan teman-teman dari Indonesia dengan menggunakan telo yang bukan Melayu tapi bukan juga Indonesia. 

Rojak!! 😀

Walaupun kami cuba memahami antara satu sama lain tetapi kadang-kadang ada perkataan bahasa Indonesia yang saya tak faham dan ada juga perkataan bahasa Melayu yang teman-teman saya tak faham. 

Ada perkataan yang sama tapi makna jauh berbeza. Sebagai contoh; perkataan ‘gampang’. Bahasa Indonesia bermakna ‘mudah, senang’ tetapi dalam bahasa Melayu ada maksud lain yang tak berapa bagus iaitu ‘anak haram’.

Jauh dari topik pula bercerita pasal bahasa. Hehe..apa pun saya bersyukur dapat bergaul dengan diaspora Malaysia. Biasalah..kita kan selesa dengan bangsa sendiri. Ada ‘platform’ yang sama. 

Kembali kepada tajuk post – kami janji untuk jumpa sarapan pagi dan bertemu di Atocha. Saya cadangkan sarapan Churros di Churreria 1902. Untuk review Churros di Churreria 1902 saya akan tulis dengan lebih terperinci di post yang lain.

Meninas Madrid Gallery
Meninas Madrid Gallery

Selepas sarapan pagi, saya cadangkan kami melawat CentroCentro dan dalam perjalanan kami telah berjumpa dengan banyak hasil-hasil seni yang ditayangkan secara terbuka (Urban Exposition) sekitar Madrid oleh artis-artis Sepanyol. Urban Exposition ini dipanggil Meninas Madrid Gallery.

Kalau kita lihat patungnya sama bentuk tapi warna dan coraknya berbeza kerana setiap artis menzahirkan idea kreatif mereka sendiri. 

Buat pengetahuan semua, arca-arca Meninas ini berdasarkan idea dari lukisan Velázquez yang bernama Las Meninas dan lukisan ini boleh dilihat di Muzium Prado.

Tangga Cantik di Centro Centro Madrid


Apabila kami tiba di depan CentroCentro, kaunter tiket yang biasanya diluar sedang ditutup dan bersebelahannya ada pengubahsuaian. 

Jadi kami masuk melalui pintu disebelah kiri dan ada tangga yang cantik dengan hiasan dinding yang unik seperti di dalam rumah-rumah di Morocco (gambar di atas).

Kemudian beg kami kena cek oleh pengawal keselamatan macam dekat airport ‘Security and custom’ untuk cek kalau ada bom dan lain-lain. 

Bukan di sini saja tapi di semua bangunan kerajaan kena lalui benda yang sama di sini. Tak terkecuali di Stadium Santiago Bernabeu (Stadium RealMadrid).

Syiling yang indah dalam CentroCentro Madrid
Syiling yang indah dalam CentroCentro Madrid

Hari CentroCentro dibuka untuk dilawati adalah dari hari Selasa hingga hari Ahad. Hari Isnin ditutup.

Waktu melawat dari pukul 10.30 pagi hingga 2 petang untuk sesi pertama dan dari 4 petang ke 7.30 malam untuk sesi kedua.

Ya, mereka rehat waktu tengahari panjang. Mana pekerja yang tinggal dekat boleh balik rumah makan tengahari dan sambung balik kerja.

Waktu masuk dan harga tiket di CentroCentro Madrid
Waktu masuk dan harga tiket di CentroCentro Madrid

Harga Tiket dan Waktu Masuk

Hari CentroCentro dibuka untuk dilawati adalah dari hari Selasa hingga hari Ahad. Hari Isnin ditutup.

Waktu melawat dari pukul 10.30 pagi hingga 2 petang untuk sesi pertama dan dari 4 petang ke 7.30 malam untuk sesi kedua.

Ya, mereka rehat waktu tengahari panjang. Mana pekerja yang tinggal dekat boleh balik rumah makan tengahari dan sambung balik kerja.

Kemudian kami kena beratur di dalam untuk membeli tiket ke tingkat atas untuk melihat pemandangan sekitar Madrid. Harga tiket:

Orang dewasa – 3 euro.

7-14 tahun , warga tua lebih 65 tahun, OKU bersama teman, orang yang ada kad pengganggur (PARO) – 1.50 euro.

Kanak-kanak bawah 6 tahun diberikan percuma.

MASUK PERCUMA – untuk semua pada 2 Mei, 15 Mei dan 9 November.

Laman Web: Centrocentro.org

Bersama Farah di CentroCentro Madrid
Bersama Farah di CentroCentro Madrid

Untuk naik ke tingkat atas ada lif hingga ke tingkat 6e. Kemudian disitu kami kena menunggu giliran dan pengesahan tiket. Setiap orang diberikan masa lebih kurang 30 minit untuk mengambil gambar.

AWAS,

dari tingkat 6E kami kena naik lagi empat tingkat sama ada dengan tangga atau dengan lif. Oleh kerana kami masih sihat dan muda (tak la muda sangatttt..hehe) kami pun naik lah tangga sebab ramai orang, nak tunggu lif tak de lah…

Penat jugak naik tangga empat tingkat macam naik rumah saya yang takde lif kat tingkat empat atau mungkin rasa macam lebih sikit kot CentroCentro ni.

Alhamdulillah cuaca masih baik walaupun dijangkakan akan hujan waktu petang dan sinar mentari masih ada untuk ambil gambar.

Rooftop view Madrid dari CentroCentro
Rooftop view Madrid dari CentroCentro

Secara peribadi, saya rasa naik ke tingkat atas CentroCentro untuk melihat pemandangan Madrid ini berbaloi walaupun kena bayar tapi kena pergi bila cuaca baik.

Kalau tak nak bayar boleh naik pada tarikh yang disebutkan sebelum ini ataupun…di El Corte Ingles bersebelahan dengan Metro Callao boleh naik sampai tingkat paling atas dan percuma sebab situ pusat beli-belah jadi tak perlu bayar.

Pejabat pos di jalan Paseo del Prado
Pejabat pos di jalan Paseo del Prado

Jangan lupa untuk pergi ke bangunan Pejabat Pos yang dipanggil Correos di sini hanya bersebelahan dengan bangunan CentroCentro ni.

Mana tahu kalau nak beli setem atau menghantar poskad untuk diri sendiri sebagai kenangan! 🙂

Dan bangunan pejabat pos ini terletak di jalan Paseo del Prado, jalan yang sama untuk Muzium Prado dan banyak lagi tempat-tempat menarik di Madrid sepanjang jalan ini!

Baiklah..sehingga di lain post. Ciao.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post