Los Artesanos 1902-Review Churros di Madrid

Sepanyol memang terkenal sangat-sangat dengan churrosnya dan rata-rata kedai kopi (cafeteria) atau ‘bar’ menyediakan churros untuk sarapan pagi sebagai pilihan.

Kebiasaannya orang sini makan roti keras seperti baguette yang dipanggil barra untuk sarapan pagi.

Banyak sangat kedai churros di Madrid ni atau dipanggil Churreria dalam bahasa Sepanyol. Walaubagaimanapun, kedai yang paling terkenal adalah San Gines.

Ini kerana sejarahnya yang lebih seratus tahun dan juga disenaraikan dalam pilihan tempat-tempat makanan di Sepanyol dalam banyak buku-buku pelancongan dan juga syor-syor dari laman web di internet.

Logo Churreria Los Artesanos 1902


Baru-baru ini saya dan Farah, teman dari Malaysia sarapan pagi di Churreria Los Artesanos 1902. Saya belum pernah cuba makan churros dari Churreria Los Artesanos 1902.

Sebelum ini hanya di San Gines dan Valor.

Lebih banyak di San Gines kerana kawan-kawan yang datang melancong ke Madrid hanya ada masa yang terhad dan nak tak nak kena cuba yang paling popular.

Sejarah Churreria Los Artesanos 1902


Kedai churros ini adalah yang paling tua di Sepanyol sejak tahun 1902 dan setakat ini generasi kelima mereka yang menguruskan perniagaan ini.

Boleh lihat gambar-gambar sejarah kedai ini di laman web mereka di sini: Los Artesanos 1902.

Ruang dalam Churreria Los Artesanos 1902


Kami masuk ke Churreria Los Artesanos 1902 nak dekat pukul 10 pagi. Masa tu dah ramai orang tapi takdelah sampai berbaris di luar.

Kami sampai terus diberikan menu oleh pelayan di hadapan pintu masuk. Di sini, pesanan akan diambil dahulu dan bayaran terus dibuat di kaunter.

Kemudian sekeping resit akan diberikan kepada kita dan resit ini kita harus serahkan kepada ‘waiter’ setelah kita cari tempat duduk.

Tak pun, dalam kes kami, kerana belum berapa sibuk waktu tu, siap ada beberapa ‘waiter’ yang tanya kami terus tapi saya bagitahu nak pilih tempat duduk yang mana kemudian baru serahkan resit.

AWAS, 🙂

‘waiter’ akan bercakap dalam bahasa Sepanyol laju macam tren dan kalau tak faham, angguk kepala saja daa…:)

Pesanan kami:

1 cafe con leche

1 cawan coklat untuk dip

2 ‘portion’ churros – 8 batang churros


Harga: 7 euros

Untuk perhatian, di sini kalau kita pesan air, mereka akan bagi air mineral dalam botol dan kena bayar. Kalau kita nak air yang tidak kena bayar, boleh pesan air paip je.

Ye..jangan terperanjat. Air paip di sini selamat untuk diminum.

Kalau nak air ni, kena pesan macam ni:

Dame un vaso de agua del grifo, por favor – Boleh beri saya satu gelas air dari paip?

Bagaimana pergi ke Churreria Los Artesanos 1902?


Peta Churreria Los Artesanos 1902

Senang saja. Dari peta di atas cuma 4 minit jalan kaki dari Metro Sol / Plaza Puerta del Sol. Dari peta juga boleh lihat Churreria San Gines yang popular tu.

Cuma seberang jalan je. Dekat sangat. Untuk pengetahuan kedai ini dibuka seawal pukul 7 pagi dan dibuka sehingga pukul 12 malam.

San Gines v/s Valor v/s 1902?

Setelah cuba kesemuanya, pendapat saya churros ni lebih kurang sama kat mana-mana churreria (kedai churros) tapi yang paling saya suka adalah di Valor kerana kualiti coklatnya.

Harga lebih kurang sama saja. Antara 4 euro ke 4.50 euro untuk satu cawan coklat dan 4 batang churros.

Pastikan makan churros pada waktu pagi sebab kalau dah petang macam tu churros ada kemungkinan sangat berminyak. Kena makan ‘fresh’ dari dapur. Sebab minyak yang digunakan pada waktu pagi belum berapa kotor. Faham kan?

San Gines dan Valor ada tempat duduk di luar kedai yang mana kita boleh tengok orang lalu lalang dan kalau cuaca tak sejuk sangat seronok makan churros sambil ‘people-viewing’. 🙂

Churreria Los Artesanos 1902 di Calle de San Martin


Tapi di Churreria Los Artesanos 1902, ada jalan besar di sebelahnya yang tak membenarkan ruang luar digunakan untuk letak meja dan kerusi bagi pelanggan mereka.

Walaupun begitu mereka ada satu bahagian lagi di tingkat atas (seperti dalam gambar di atas).

Pilihan Saya:


  1. Valor
  2. San Gines
  3. 1902

AWAS, 🙂

Semua tempat di atas sangat-sangat popular maka ramai sangat lah ‘tourist’! Jadi kadang-kadang ‘waiter’ ni mungkin sibuk atau rasa ‘nervous’ ke maka mereka jarang senyum atau tak berapa nak ‘friendly’ sebab mereka tak tahu cakap bahasa Inggeris. Jadi jangan la rasa ‘offended’ k?

Satu benda yang saya suka di Churreria Los Artesanos 1902 adalah….mereka ada pilihan menu yang banyakkkkk sangat selain churros. Tidak seperti di San Gines dan Valor.

Bila mereka bagi menu kat kami, rasa pening sebab banyak sangat pilihan! Tapi sebab memang datang nak makan churros jadi itu sajalah yang kami makan.

Boleh tengok menu mereka di sini – Menu Churreria Los Artesanos 1902  dan laman web utama – Churreria Los Artesanos 1902.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post