Dah nak dekat 10 tahun tinggal kat Spain tapi ni lah pertama kali pergi Barcelona. Huhu..takpe, tak penting. Duniawi ni lambat2 pun tak pe. Put your priorities first and you will be fine. Motto hidup akak memang macam ni.
Tak kisahlah nak ikut ke tanak. Nafsi-nafsi orang kata.
Macam tajuk post ni, kawan akak plan nak datang Madrid masa raya April 2023 jadi akak amik peluang ni untuk makan angin ke Barcelona dengan dia.
Almaklum, laki akak ni dia tak nak benarkan akak jalan sesorang. Walaupun dia memang almaklum juga perangai bini dia yang suka sangat jalan sesorang.
Dan bila dah ada teman, laki akak bagi greenlight akak apalagik..laju je la buat research. Research la sangat kan? Kalau lah KESUNGGUHAN buat research jalan-jalan ni macam nak buat research Phd, mungkin dah lama akak jadi doktor palsapah ni. Kuikuikui.
Oklah, melalut ni adalah penting untuk kesihatan mental. Pulak dah. Hehe..
Dah, dah..ni dia itinerary dan bajet akak dan kawan pi Barcelona - 24 dan 25 April, 2023.
Semua harga dalam Euro ( € ) dan untuk seorang.
24 April, 2023 (Isnin)
Train Cercanias ke Atocha Station - 1,70€
Train AVE dari Atocha Station ke Barcelona Sants Station - 15€ (train paling awal 6.30 pagi)
Tiket Hola BCN - 48 jam - 14,76 € (discount 10% beli online)
Free Tour Gothic District Barcelona - 10€ (tip untuk tour guide)
Hostal Fina - 1 malam - 98,01€ (49€ pax)
Charter Supermarket - 4€ (air dan roti)
Camp Nou
La Joya del Norte - 36€ ( 18€ per pax)
Primark - 7€ (t-shirt Barcelona)
Casa del Libro - 14€
Barceloneta Beach
25 April, 2023 (Selasa)
Museu Nacional d'Art de Catalunya (MNAC) - Montjuïc
Fridge Magnet - 1€
La Pedrera-Casa Milà - Gaudi
Cafeteria Afecte Breakfast - 5€
La Sagrada Famila
Hospital Sant Pau
Carrefour La Rambla - 15€
Arco de Triunfo de Barcelona
Islamic Center Barcelona
Burger House - 10€
Park Guell
Mercat de Santa Caterina
Xurreria Laietana - Churros 3,80€
Barcelona Station to Atocha - AVLO - 7,50€ (train paling akhir 9 malam)
Atocha station to Home 1,70€
Total 195,46€
Lebih kurang hangus semua dalam 200€ untuk 2 Hari 1 Malam
Kos paling besar adalah hotel.
Cuaca di Barcelona ketika bercuti
Minimum 14 celcius
Maximum 20 celcius
Kami pakai baju macam di Malaysia cuma saya bawa satu selendang pashmina sebab pagi-pagi keluar pukul 7.30 sejuk jugak tapi bila dah masuk pukul 9 macam tu panas.
Asbab kami banyak jalan kaki jugak dan biasala matahari di Spain ni terik.
Apapun tak semua bernasib baik macam kami. Alhamdulillah. Pastikan cek dulu cuaca sebelum pergi mana tahu hujan ke banjir ke. Wallahu a'lam.
Ciao. Hasta la proxima. (Sampai di lain masa)