Masalah terbesar surirumah zaman NOW..wow wow wow..cantik je topik kita hari ni. Sebab topik ni sangat dekat dengan jiwaku ini. Cheewaah.
Normal la..hidup mesti la ada masalah. Kalau takde masalah tu maknanya dia dah khatam hidup ni rasanya. Sesenang mana pun hidup tu mesti ada masalah punyalah! Jamin sendirian berhad.
Ok done lawak kering. Jom serius.
Kita ni sekarang tak macam zaman mak pak kita dan tidak juga di zaman masa kita kecik-kecik dulu. Saya dah 40 plus. Jadi memang tak sama lah pendek kata!
Generasi saya and generasi anak-anak jaman NOW memang ketara. Semua ni kita kena salahkan Steve JOBs ye. Sapa suruh dia buat I pong...oops.. maaf-maaf.
Ledakan internetlah yang menjadi punca sebenarnya. Oooo..masih lagi salahkan faktor luaran ye acik Zarina?
Daklah gitu tapi kenalah jugak cari punca dan sebab kan?
Jom kita cek senarai masalah surirumah tak kiralah ada anak ke tak de anak. Janji nama surirumah. Pasti ada terpalit salah satu masalah ni.
Masalah dan cabaran
1. Kurang pengiktirafan dan penghargaan
Suri rumah terutamana kena menjaga anak, urus rumah tangga dan sokong ahli keluarga walau tak bergaji tetapi sumbangan mereka tetap dipandang rendah atau diabaikan oleh masyarakat.
2. Kebergantungan kewangan
Rata-rata suri rumah mungkin bergantung hampir 100% keperluan kewangan mereka kepada pasangan mereka dan itu menyebabkan kekurangan autonomi dan keselamatan kewangan.
3. Peluang kerjaya yang terhad
Bila dah jadi suri rumah biasanya bila dah ada anak-anak nak kena kerja lagi memang mencabar. Walau saya tak mengalami kesusahan ni tapi tengok kawan2 memang mencabar.
Kalau dah pernah kerja lepas tu berhenti sebab nak jaga anak dan balik semula ke alam pekerjaan tu pun satu hal. Tak senang.
4. Mengimbangi pelbagai peranan
Suri rumah ni apa kerja yang dia tak buat?
Dialah beranak, dialah yang jaga dan urus anak, dia lah tukang cuci, tukang sapu, tukang masak, guru tak bertauliah, pakar kewangan keluarga, cikgu disiplin dan macam-macam lah.
Tukang segala tukang. Tukang gaji tak berbayar? Hmmm..
Semua memang mencabar mental, fizikal dan emosi.
Surirumah kena banyak belajar bermacam2 jenis ilmu sebab nak buat semua benda2 yang macam saya sebut tu kena ada ilmu.
5. Kekurangan masa peribadi dan penjagaan diri
Urus rumah tangga dan jaga ahli keluarga memang 24 jam pun tak cukup sebab tu kena ada Me-time untuk suri rumah kalau tak memang boleh 'burn out'.
Kena ada hobi untuk diri sendiri.
6. Pengasingan sosial
Kurang berkawan. Kawan-kawan dah buat hal sendiri. Yang dah berkahwin sibuk dengan keluarga, member2 yang bujang pulak tak nak dah nak kacau member yang dah berumah tangga.
Sepi, lonely, sunyi mulalah cari outlet lain untuk buang kesepian. Masa ni yang bahaya. Kena tahu pilih mana outlet yang bagus.
7. Pengagihan tugas rumah tangga yang tidak sama rata
Beban kerja rumah memang tak sama. Laki tahunya bila bini tu surirumah duduk kat rumah lepak je depan TV.
Surirumah lah kerja yang tak ada cuti tak ada peluang untuk mengopi lepak2 dengan member. Kalau bekerja lain lah cerita, boleh tinggalkan sekejap dunia menguruskan rumah bila masuk opis.
Kalau dapat jenis lelaki biawak hidup memang la terbeban suri rumah.
8. Cabaran kesihatan mental
Mental koyak orang kata. Ini bahaya sebab bila koyak, orang sekeliling yang akan kena tempiasnya. Kalau ada anak-anak, diaorang pun akan mental.
Ok, dah dengar macam2 masalah dan cabaran surirumah zaman NOW.
Cara penyelesaian
1. Minta bantuan yang pertama pada Allah
Boleh minta bantuan pada manusia tapi manusia ni bukan suka dengar masalah orang lain tapi Allah lain. Allah suka bila hambaNya mengadu padaNya.
Nangis aje pada Allah.
Mengadu domba je pada Allah.
Dia tahu isi hatimu.
Dia tahu keperitan hidupmu.
Mengadulah padaNya.
Jangan sesekali sandar kebergantungan pada manusia hatta pada orang2 yang kita sayang macam suami, anak-anak. Semua pinjaman itu akan pergi.
Yang kekal abadi hanya Allah.
Dia
2. Tinggalkan media sosial sebanyak mungkin
Sebab rata-rata apa yang ada dalam media sosial ni akan buat kita 'compare' kehidupan kita dengan orang lain.
"Eh, kenapa hidup aku tak macam dia?"
"Kenapa suami aku tak macam dia?"
"Kenapa aku tak kaya, tak senang, tak pi melancong merata macam dia?"
Stop!
Percayalah..bila tinggalkan media sosial, aman mental kamu.
Habis tu hilanglah kawan, hilanglah social life?
Tenang...kan solusi pertama ada. Mengadu pada Allah..kan acik dah ingatkan tadi.
Percayalah, kawan sejati dia akan berada dalam lingkungan kita walau dah lama kita tak kontek dia. Dia akan faham, kawan-kawan dia ni dah ada life yang lain. Tak macam dulu.
Acik cuma pilih Whatsapp je. Sapa kawan sejatiku dia akan mesej. Yang ghosting acik tu, acik anggap dia aman dan tenang aje dengan kehidupan dia.
Muka buku je yang acik masih tak dapat nak delete akaun dia. Itu pun bahaya, sekali scroll sejam tu minimum. Lagilah gram dan mak tok tu...bahaya bahaya!
3. Kalau nak mengadu pada manusia jugak, kena pilih orang yang boleh jaga rahsia
Jangan cerita hal rumah tangga semberono. Dekat semua orang nak cerita. Orang cuma suka nak gosip nak jadi batu api.
Jarang sekali yang ikhlas nak dengar dan nak bagi solusi.
Avoid at all cost negative people. Aman damai hidupmu. Percaya deh.
Avoid kawan-kawan yang ajak buang duit, buang masa tanpa arah tujuan. Masamu berharga deh.
4. Cari hobi
Macam acik bila tak ada anak, acik bela sekoq kucing nama dia Chata. Alhamdulillah dia lah penghibur duka dan lara. Suami pun ya jugak. Tapi biasala dia menambah duka dan lara lebih sikit dari si Chata. Miahahah..
So, hobi acik adalah buat video ajar bahasa Melayu di Channel Youtube ILearnMalay. Boleh berejam duk depan laptop buat video ni dan buat semua ni dalam lebih kurang seminggu tuk hasilkan satu video.
- cari idea tajuk video
- cek info betul ke tak
- buat skrip
- buat slides dan pilih design
- rekod suara
- edit video
- proof video tu kalau ada silap mana
- upload to youtube
- balas komen
- buat promo kelas bahasa melayu
- update blog
- dan macam-macam lah
5.Belajar ilmu fardhu ain
- Boleh dengar ceramah kat Youtube.
- Boleh masuk kelas online kat FB
- Boleh pi surau / masjid talaqqi
- Boleh dengar Mp3
- Boleh amik diploma dan sebagainya kat Univ