Solo Trip ke Istanbul - April 2025 - Part 1

Ini bukanlah solo trip pertama saya tapi cuma solo trip ke Istanbul yang pertama buat saya. Alhamdulillah. Saya memang suka sangat solo trip sebab suka buat pelan-pelan dan ikut itinerari sendiri.


Kali ini saya beli tiket satu hala untuk pulang ke Madrid dengan Turkish Airlines dari Kuala Lumpur. 

Kenapa saya pilih Turkish Airlines?

  • Harga kompetitif ~RM1,800 sehala
  • Bagasi 30 kilo
  • Ada offer Touristanbul - dapat jalan-jalan tengok Istanbul

Pada mulanya, saya beli tiket untuk tarikh 14 April pada pukul 8.30 pagi. Semata-mata untuk ikut TourIstanbul yang ada. 

Tak lama, Turkish Airlines email kata penerbangan telah ditunda ke 10.30 pagi dan Tour Istanbul saya dah tak ada lagi. 

Tapi mereka bagi saya pilihan, sama ada setuju untuk fly pada pukul 10.30 pagi atau saya tukar tiket ke tarikh yang saya mahu. Free of charge.

Alhamdulillah, saya ambil pilihan kedua.

Sebab, saya fikir, kalau saya fly pada pukul 10.30 pagi, saya akan menyusahkan ramai orang. 

Jadi, saya tukar ke tarikh 13 April dan fly pada pukul 11.45 malam.

Booking Hotel

Disebabkan saya tak dapat mana-mana offer sama ada Touristanbul atau Stopover, jadi saya kena book hotel.

Hotel yang saya book di Booking.com ialah Sultanahmet Nu Hotel lebih kurang RM200 semalam tanpa sarapan.

Review untuk hotel akan saya buat di post yang lain. Inshaa Allah.

Pasang Niat untuk Solat

Untuk transit trip saya yang lepas iaitu pada tahun 2020, saya tak sempat untuk melawat Masjid Biru kerana masa transit cuma 8 jam.

Jadi kali ini, saya pasang niat untuk solat sama ada di Masjid Biru atau Hagia Sofia. Kalau dapat yang lain, itu adalah BONUS!

Low my expectation. Ini sangat penting untuk tidak kecewa di kemudian hari. 

Lagipun solo trip ini pun transit juga tapi transit yang lebih panjang. iaitu 32 jam. Manalah sempat nak merayau banyak sangat tempat. Jetlag pun kena ambil kira.

Ok, kita sambung di lain post. 

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post