Solo Trip ke Istanbul - April 2025 - Part 2

Hari yang ditunggu telah tiba. Macam biasa, bila nak solo trip ni mesti ada rasa 'nebes' walau dh berapa banyak kali daaaaa solo trip..hehe.


Packing bag last minute, jenuh nak muatkan 30kg. 



Cuaca Dan Coat

Sebelum pergi saya ada tengok cuaca di Istanbul untuk 14 April, maksimum 10 Celsius. Bagi saya, kalau bawah 15 celcius, untuk orang Malaysia ni sejuk.


Jadi, baik bawa satu coat. Saya beli coat bundle je. 15 ringgit dekat Shopee. Pakai dua hari dekat Istanbul. Lepas tu saya tinggalkan dekat tandas Airport Istanbul sebab berbulu teruk.

Lagipun dalam Airport dah panas, tak perlu coat ni.

Makan Malam Dan Kopi


Adik saya yang ada di Bangi hantar saya ke KLIA. Sebelum pergi, kami makan malam dulu di  Cartel, Bangi. Restoran makanan western, tapi saya pilih nasi goreng. Nanti kan saya nak tinggal lama di West, lebih baiklah saya makan sesuatu dari East. Hehe..


Makan pukul 7pm, fly pkl 11.45pm, wajib makan nasi untuk saya kalau tidak nanti lapar sebab makanan dalam flight diaorang serve selepas 1 ke 2 jam di udara.

Oh lupa, tengah hari saya minum Americano dari Zus dan saya pilih jenis Boss, pahit la. Tanpa gula.

Menjawab la..mata terbuntang. Haha..

Takkkkk, sebab saya tak lut kopi. Kalau penat, ngorok juga. Haha. Ngorok ni bahasa jawa untuk tidur.

Check-In


Ada orang komplen kata Turkish airlines ni selalu delay. Risau juga. 


Tapi saya macam biasa 3 jam sebelum mesti dah ada di KLIA untuk penerbangan antarabangsa.

Bila timbang beg, tengok2 berat 32.5 kilo. Pegawai kata kena keluarkan 2 kilo. T_T. Punggah la keluar ketupat segera untuk raya haji, coklat, gummy haribo, ikan kering, udang kering, dan ikan bilis. Sedeyy teramat.

Apa nak buat..pompuan. 100 kilo luggage pun bakalan ngak muat. Haha.

Immigration 


Orait, cek in dah siap. Alhamdulillah. Sebab saya dah cek in awal guna Turkish Airlines App, jadi saya tak perlu boarding pass physical. Cukup tunjuk boarding pass yang ada di telefon. 

Lepas bye-bye adik saya dan anak2 buah, saya terus ke immigration dan ternampak satu mesin yang pelik. Saya lupa yang ada mesin baru QR code untuk immigration.

Sempat sebenarnya nak install app - MyBorderPass QR tapi penyakit M menyerang. Lalu mesin biasa aja deh. Lain kali aja deh. Gitu le. Haha.


KLIA aerotrain masih tak berfungsi. Jadi kena naik bas untuk pergi ke gate C15 untuk Turkish Airlines di KLIA. Hmm..sudah berapa tahun daa. 

Solat


Sebelum pergi, saya solat jamak qasar - jamak takhir (isyak dulu baru maghrib) di surau yang berdekatan dengan gate C15. 

Surau ni ada dekat tingkat atas. Tak nampak kat mana lif, jadi saya naik je la tangga. Keriuk keriuk juga bunyi lutut. Almaklum kita bukan segar bugar seperti 20-an. Hehe.

Alhamdulillah sudah solat dan mari kita naik kapal!

Kapal terbang Turkish Airlines


Oh ye, sebab saya ambil tiket tanpa seat yang berbayar, jadi saya diberikan seat secara automatik bila check in dari app. 

Macam biasa saya memang suka duduk di bahagian aisle, bukan tingkap. Senang nak pergi ke tandas. Alhamdulillah, mereka bagi saya aisle seat.


Makanan dihidangkan lepas lebih kurang 1 jam di udara.

Mereka bagi pilihan ayam rendang + nasi atau pasta. Oleh kerana saya dah makan nasi goreng di Cartel, jadi saya makan pasta. Alhamdulillah, enak sungguh.

Ada satu juice yang saya suka sangat - Sour Cherry, brand Dimes. Saya memang suka benda masam. Jadi Ayran ni memang la saya gemar. Bila cuba dalam flight jus ni, terus saya minta ni je. 

Dekat dengan Ã‡emberlitaÅŸ Tram Station di Istanbul, ada satu supermarket - Show. 

Dekat sini saya beli jus sour cherry Dimes ni. Satu kotak kecil berharga 14 lira. Saya minum di airport dekat food court Airport Istanbul - Departure hall sebab saya datang 4 jam awal.

Travel Kits Turkish Airlines


Jom tengok apa ada dalam kit ni!

  • berus gigi dan ubat gigi
  • ear plug
  • sleeping mask
  • socks
  • slipper


Untuk flight malam mereka ada bagi selimut tapi saya tak guna sebab dalam flight panas. Oh lupa, dari KLIA ke Istanbul kami naik Boeing 777 tak silap. Seat dia 3-3-3.

Tandas Turkish Airlines.


Untuk flight sepanjang 10 jam 20 minit dari KLIA ke Istanbul, saya hanya pergi ke tandas sebanyak SATU kali! Amazing sangat2.


Biasanya, 4-5 kali juga saya bangun. Tapi kali ni mengantuk sangat, banyak tidur dan layan satu je movie - Grand Budapest Hotel.

Bersih tandasnya tapi masih geli geleman, menyesal lupa bawa wet wipes Dettol untuk sanitize tempat duduk  tandas. By the way, saya suka lotion dalam tandas ni, bau green tea.

Mendarat di Istanbul


Alhamdulillah, mendarat tepat jam 05:20 waktu tempatan di IST - Istanbul Airport tapi hazab nak sampai ke immigration diaorang, jauh yakmat. 


Oleh kerana waktu solat subuh tamat pada pukul 06:13 jadi saya terpaksa jalan macam lipas kudung, satu nak ke toilet memerut pagi2 sbb mmg dah rutin harian.

Alhamdulillah, surau ada betul2 sebelum immigration. Selesai solat, beratur untuk immigration, sangat cepat dan .....

beg luggage saya hampir diambil orang lain! 

Sebab saya lambat 1 jam. Semua beg orang lain dah ambil kecuali beg saya terkontang-kanting di situ. 

Alhamdulillah tak jadi apa-apa.

Simpan luggage di Istanbul Airport.


Sebab saya transit lebih 24 jam iaitu 32 jam, jadi saya kena simpan beg dekat locker Istanbul Airport.

Ada tempat untuk simpanan beg yang ada pegawai jaga atau boleh pergi ke locker, yang kita bayar sendiri.

Saya dah riki-riki sebelum fly ke Istanbul, macam mana nak pergi ke locker / tempat simpanan beg ni.


Sebaik keluar dari Arrival Hall, terus belok kanan sampai hujung dan akan nampak tempat simpanan beg.

Saya terjumpa ada satu grup perempuan dari Malaysia dalam 20-an gitu travel sama-sama dan diaorang nak simpan beg kat situ. 

Diaorang kata better bayar guna Lira dan dalam tunai berbanding guna matawang lain atau guna kad sebab guna Lira dalam bentuk tunai lebih murah.

Saya kata saya nak tengok kalau2 locker dekat Departure Hall lebih murah.


Saya naik atas, nasib lif dekat depan tempat simpanan beg tu je - dari arrival Hall, pintu 13. Dekat departure Hall, locker ada di pintu 1 dan 6. Saya pergi ke pintu 6 sebab itu yang paling dekat dan...lihatlah!

Beg saya tak muat! 

Dahla saiz XL kena bayar 500 Lira untuk sehari pulak tu. Aigoo.

Takpelah, saya turun bawah semula ke Arrival Hall. 

Saya kena keluarkan duit tunai dari ATM sebab memang saya tak bawak langsung Lira dari Malaysia. 

Lepas baca forum DIY Travel Turkey di FB, ramai kata Ziraat Bankasi Bank tak ada caj kalau keluarkan tunai.

Namun, cuma boleh withdraw maximum 2000 lira. Ok, takpelah. Cukup la kot untuk transit 32 jam saya ni. Inshaa Allah. Takut nak pegang tunai banyak sangat. Banyak pickpocket woo.

Beg saya super XXL, namun pegawai tu caj beg saya cuma 400 Lira je sehari, Alhamdulillah.

Total lebur - 800 Lira untuk simpan beg dua hari. 

Kenapa saya tak bawak je beg tu naik Airport transfer ke Hotel di Istanbul?


Airport transfer - 50 euro ~ 250 ringgit

Saya nak naik metro + tram ke Istanbul ~ 85 Lira (dari IST airport ke Ã‡emberlitaÅŸ Tram station)
800 lira + 85 lira ~ 103 ringgit

Lebih ekonomi cara saya. Kalau ada bajet lebih boleh je naik Airport transfer. Namun, ini solo trip cara saya.

Ok, sambung next post. Panjang sangat dah. 
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post