Solo Trip ke Istanbul - April 2025 - Part 6

Saya perasan post Solo Trip ke Istanbul yang terakhir ambil masa satu bulan lebih untuk dimuat naik. Saya rasa saya taklah sibuk mana. Hahah.. Tapi masih tak ada masa nak menulis setiap hari. 

Penyakit M sangat tebal!


Tujuan tulis post pun cuma untuk tinggalkan kenangan dan pengalaman diri sendiri. Bila-bila rindu lihat gambar-gambar kembara dari tahun 2013, saya boleh lihat kembali di blog ni.

Baiklah, sambungan dari Part 5.

Lepas check in Sultanahmet Nu hotel, mandi dan solat, saya tertidur sampai pukul 12 malam! Letih sangat.

Bangun je dari tidur saya terus rasa kecewa sebab tak dapat nak solat Maghrib atau Isya' sama ada di Masjid Biru atau Hagia Sophia.

Waktu solat Subuh di Istanbul, masa saya pergi 15 April lebih kurang pukul 4.45 pagi macam tu.

Sejujurnya, saya ni jenis penakut walaupun badan macam gajah..haha. Saya tak mau ambik risiko pergi ke masjid sendiri waktu pagi Subuh macam ni.

Tapi..tapi, tapi saya tak ada pilihan.

Sebab pukul 8 pagi dah nak kena gerak pi airport sedangkan goal saya untuk transit satu hari ke Istanbul ni adalah untuk solat dalam salah satu masjid - Sultanahmet atau Hagia Sophia.

Nak tak nak saya kena solat subuh juga.

Memandangkan saya dah lawat Masjid Biru atau Masjid Sultanahmet, maka saya ambik keputusan untuk solat subuh di Hagia Sophia. 

Solat Subuh di Hagia Sophia

Pukul 3.15 macam tu saya siap-siap turun ke lobby dan tanya receptionist.

"Kalau saya keluar ke masjid sekarang, selamat tak? Saya seorang je"

Mestilah saya tanya dia dalam bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu. Hehe.

Dia jawab "Selamat, tak ada masalah"

Tapi saya masih ragu-ragu "Betul ke selamat?"

Akhirnya, receptionist tu bagi dekat saya nama dan nombor telefon dia. Kalau ada apa-apa hal, contact dia. 

Tapi sebelum tu, dia tanya saya "Awak ada internet tak?"

Saya jawab, "Ada, saya ada beli e-sim" Alhamdulillah. 

Ok, berbekalkan Bismillah, tawakkal kepada Allah dan nombor telefon dia, saya pun keluar. 

Makkkk ...sejuknya!


Saya tak 'dress to occasion' mat salleh cakap. Haha..tak sangka bulan April, Istanbul masih sejuk dan saya tak ada 'long john' atau heattech. 

Rasanya masih boleh tahan lagi kalau saya jalan cepat-cepat.

Saya pilih lalu jalan besar sebab hari masih gelap.


Sampai-sampai di Stesen Tram Camberlitas, ada orang lelaki tengah punggah barang keluar dari lori. Mungkin minuman atau makanan untuk restoran macam tu.

Saya jalan pelan-pelan sambil ambil gambar. Sunyi dan entah kenapa saya rasa best sangat sebab saya memang tak suka 'crowd'.

Nampak sangat jenis introvert ni. Hahah.


Tetiba, terserempak dengan orang lelaki mabuk jalan terhoyong-hayang. Tergezut macik!

Teringat kejap suasana di Seoul, Korea Selatan yang lebih teruk. Ramai sangat orang mabuk. Merata waktu2 sebelum fajar ni.

Tapi di kawasan Sultanahmet ni cuma sorang ni je yang saya jumpa dan sekarang saya faham kenapa receptionist hotel saya tu kata selamat je kalau nak keluar ke masjid.


Sebab............ banyak sangat kereta Tourist police buat rondaan.


Alhamdulillah.

Biarlah gambar berbicara.


Lepas ambil gambar semua, dalam pukul 4.10 pagi saya pergi tanya pak guard; "Pukul berapa boleh masuk Hagia Sophia untuk solat?"

Dia kata; "Kena tunggu dalam 30 minit lagi"


Kena tunggu dekat kawasan ni untuk masuk solat (gambar di atas).

Masa ni saya dah tak tahan, sejuk sangat. Menari-nari daku di depan Hagia Sophia. Hehe.

Nampak ada beberapa orang lelaki dan seorang wanita menunggu untuk solat. 


Saya fikirkan wanitu tu orang Turki. Rupanya dari Russia, pelancong macam saya juga.

Dalam 30 minit juga saya menari menahan sejuk..hehe baru pak guard bukak pagar. 


Untuk makluman, untuk masuk muzium Hagia Sophia kena pergi ke arah kanan dan berbayar.

Untuk solat, ke arah kiri dan percuma untuk orang Islam. 

Walaubagaimanapun, di bahagian solat tak dapat lihat keseluruhan senibina Hagia Sophia. Kalau masuk muzium berbayar baru dapat lihat semua.

Tapi itupun saya dah syukur.

Dalam pukul 4.40 pagi, baru kami dibenarkan masuk.

Ingatkan dah bolehlah solat terus, rupanya untuk solat subuh ni mereka lambatkan solat jemaah untuk tunggu lebih ramai lagi orang dapat hadir solat bersama.

Dalam pukul 5.50 pagi macam tu baru solat subuh berjemaah bermula.

Hadiah dari Allah SWT

Masa masuk ke dalam Hagia Sophia tu, jemaah wanita kena pergi ke arah ruang solat wanita. 


Mashaa Allah, cantik sangat Hagia Sophia.

Kalau dari luar, nampak biasye saja.

Sekali, rasa macam dekat zaman silam kerajaan Byzantine gitu. Bila berada di dalam terasa sangat indahnya senibina Hagia Sophia.


The picture doesn't do it justice.

Keindahan Hagia Sophia cuma boleh dinikmati dengan ciptaan Allah yang Maha Hebat; iaitu mata kita.

Kamera masih gagal.

Oleh kerana kami masuk ke ruang solat wanita, bahagian utama yang cantik tu cuma jemaah lelaki je yang boleh masuk.


Kami iaitu jemaah wanita cuma dapat masuk ruang utama apabila solat selesai.

Apakah hadiah dari Allah yang saya katakan?

Peluang untuk solat di Hagia Sophia dan rezeki dapat datang ke Istanbul inipun dah cukup nikmat sebenarnya. Alhamdulillah.

Tapi, satu yang tak dapat saya lupakan ialah..

Bila saya masuk dan sesudah solat tahiyyatul masjid, saya pun bersila sementara menunggu imam untuk solat jemaah.


Tiba-tiba..datang seekor kucing yang debab, duduk atas riba saya dan terus tidur!

Ya, tidur!

Yang peliknya, dia tak pergi ke arah wanita Rusia tu.

Sedap je dia landing! Hahaha.


Mungkin kucing kenal orang yang cintakan kucing. Cheewah.

Satu yang saya suka Istanbul ni, kucing dan anjing yang berkeliaran mereka jaga dengan rapi. Rata-rata kucing dan anjing di sana semuanya debab dan sihat. Mashaa Allah.

Sementara kucing tu tidur, saya sempat cek badan dia. Di bahagian telinga dia macam ada kesan digunting atau dipotong.

Bila saya cek Gugel, ini penjelasannya.

In Istanbul, a clipped or notched ear on a cat typically indicates that the cat has been through a Trap-Neuter-Return (TNR) program. This practice is used to easily identify which stray cats have been sterilized and vaccinated, preventing them from being repeatedly trapped and anesthetized for unnecessary procedures.

Bagusla kalau macam tu dan sebab tu la mereka ni debab-debab.

Lepas solat, saya terus masuk ke ruang solat utama dan memang terkesima sangat dengan senibina Hagia Sophia. Mashaa Allah. Alhamdulillah dapat peluang masuk sini dan masuk bila tak ramai orang yang paling saya suka.

Börek dan Simit

Masa saya keluar dari Hagia Sophia, jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Perut sudah berkeroncong daa.

Pukul 8 pagi saya dah kena gerak ke lapangan terbang.

Cepat-cepat saya naik bukit dari Sultanahmet ke Cemberlitas.


Dekat dengan hotel saya ada satu kedai jual sarapan pagi, Börek dan Simit. Nama kedai - Tarihi Çemberlitaş Börekçisi (map di atas)

Jadi saya singgah ke kedai tu untuk tapau saja.


Satu Börek daging dan dua Simit untuk dibawa pulang ke Madrid. Harganya 200 lira. Lebih kurang 26 ringgit, rate masa tu.

Mulanya saya cuma nak sarapan separuh je Börek daging tu tapi akhirnya saya makan semua. Lapar sangat. 

Menyesal tak tapau lagi satu bekas. Simit dari kedai tu lembut kalau dibandingkan dengan Simit yang dijual di kiosk sekitar Istanbul.

Tapi saya personally lebih suka Simit dari kiosk sebab rasanya lebih sedap dan lebih keras sedikit. Inilah akibat banyak sangat makan roti keras di Madrid haha.

Alhamdulillah dalam hotel ada disediakan cerek air panas serta teh dan serbuk kopi untuk sarapan. 

Cepat-cepat saya makan dan kemas-kemas beg untuk check out.

Baklava Hafız Mustafa 1864

Pada mulanya saya nak pergi ke lapangan terbang Istanbul dengan menaiki bas dari Aksaray tapi kerana saya masih ada baki 100 lira dalam IstanbulKart, jadi saya ambil keputusan untuk ambil Metro saja.

Kalau naik metro dari Cemberlitas ke Istanbul Airport lebih kurang 80 lira dengan IstanbulKart. Kalau guna selain IstanbulKart, harga lebih mahal.

Kalau naik bus dari Aksaray ke Istanbul Airport lebih kurang 300 lira.


Ada satu lagi cenderamata yang wajib beli di Istanbul iaitu Baklava.

Kerana cuaca pagi ni yang nyaman, jadi saya jalan kaki je dari Cemberlitas menuju kedai Baklava yang terkenal di Istanbul - Hafız Mustafa 1864

Masa saya masuk ke kedai ni, masih awal. Ada nampak orang sarapan pagi tapi saya tak ada masa saya terus ke kaunter dan pesan semua Baklava yang ada Pistachio serta satu yang ada keju. Haha.

Lepas dah rasa semua baklava ni di Madrid, saya rasa saya paling suka yang ada keju sebab saya memang hantu keju. 


Saya memang tak suka manisan sangat jadi bila ada keju dalam Baklava ni, rasa dia balance, tak berapa manis sangat. Sebab tu saya suka.

Taklah murah sangat pun mungkin kerana jenamanya. Untuk setengah kilo, saya bayar 27 euro. Swipe kad debit bank Spain sebab Wise saya dah habis lira.

Dapatlah, buat raso-raso. Kalau ada orang tanya, "Kau dah rasa ke Baklava Hafız Mustafa 1864?" Adalah point nak cerita, ya dak?

Lain kali nak try kat kedai yang biasye-biasye je. Ada je kedai yang lebih murah dari Hafız Mustafa 1864 ni. 

Lain kali tu bila ya, Zarina? Haha..Macam nak pi lagi la Istanbul ni. Tak puas nak food hunting sebenarnya. 

Ada lagi yang tak sempat cuba - kali ni saya tak makan langsung kebab!, lachmachun, kaymak - clotted cream, fish kebab, Kokorec, Çiğ köfte..aduyai macam-macam lah.

Memang kena pi lagi Turki ni. 

Kita amik free TourIstanbul je la tiap kali naik Turkish Airline. Boleh tak gitu? Huhu.

Iced Americano di Metro Gayrettepe


Lepas beli Baklava, saya terus jalan kaki pergi ke Metro Veznecıler - İstanbul Ünıversıtesı. Saya tak naik tram langsung sebab hari pertama datang saya dah hafal route dari hotel ke Airport.



Dari Line M2 - Metro Veznecıler - İstanbul Ünıversıtesı kemudian transit di Line M11 - Metro Gayrettepe.


Masa transit di Metro Gayrettepe, saya terjumpa kedai kopi. Singgahla kejap sebab memang saya belum minum kopi lagi di Istanbul. 


Niat nak cuba kopi Turki yang pahit dengan serdak tu terpaksa tolak tepi sebab saya memang tak suka minum kopi stail tu.


Saya pun order lah Iced Americano. 

Mashaa Allah. Iced Americano Turki memang strong, bold, pahit.

Hmm..saya teringat kawan saya Faezah. Baru-baru ni dia kata ada vlogger Korean yang tinggal di Malaysia kata bahawa dia masih belum jumpa mana-mana kedai kopi jual iced americano yang sama rasa dengan iced americano di Korea.

Saya setuju sangat. Rasa iced americano di Korea sangat addictive. Menyamankan tekak. Huhu.

Walaubagaimanapun, saya masih suka kopi dari Colombia. Fruity dan kena dengan selera saya.

Istanbul Airport.


Saya sampai 4 jam awal sebelum berlepas. Awai tak kalut naa. Takpe. Alhamdulillah.


Jadi saya lepak-lepak kat luar, habiskan iced americano sambil enjoy cuaca Istanbul yang masih dingin dan nyaman. Nanti sampai Madrid berkicap. Hahah.

Oh ya, sebelum masuk ke Istanbul Airport, kena melalui scanner. Beg cabin saya ditahan untuk diperiksa. Adui..dah lah pakai campak-campak je barang tadi masa packing bag. Messy sangat. Malu daku bila terpaksa diperiksa bag tu.


Rupanya security tu kata ada garpu dari besi dalam beg saya. Benda ni tak boleh lepas. Saya pun buat muka kesian. Haha. Sebab garpu ni attach dengan sudu. Stail camping. Mmg saya bawak merata untuk makan.

Biasanya saya letak dalam beg besar tu tapi saya lupa sangat-sangat sebab beg besar tu ada dekat luggage storage kat Arrival Hall. 

Dia kesian kot tengok muka saya ni..haha. Dia tanya,"Flight Puan ke mana lepas ni?"

Saya kata, "Madrid!"

Lepas dia bincang-bincang dengan kawan dia, "Ok, lepas lah"

Alhamdulillah. 


Lepas tu saya ambil beg besar saya dekat Arrival Hall dan terus cek-in. 

Hari ni Flight ke Madrid penuh, jadi mungkin sebab tu Turkish Airlines buka kaunter awal. 4 jam sebelum berlepas.

Sekarang semua kena check in sendiri, print booking pass dekat mesin dan mesin akan bagi bag tagging. Semua kita kena buat sendiri. Alahai..

Apa kata suruh AI je la buat semua..haha.

So, dah tag tu, saya angkat bag pi kaunter, officer cek paspot saya, setel! Alhamdulillah.

Banyak masa lagi ni. 

Jus Sour Cherry


Ada air kotak Sour Cherry belum minum nih. Jadi saya naik ke bahagian food court dan lepak dalam 30 minit sambil cek gambar-gambar kelmarin.


Saya memang jatuh chenta dengan jus Sour Cherry ni. Sepanjang dari Malaysia sampai la ke Madrid, ini je yang saya minum dalam kapal terbang Turkish Airlines.

Biasanya kalau minum jus ceri, bau dan rasa macam ubat batuk tapi yang dari Turki ni tak. Rasa sedap!

Oh ya, masa saya dah masuk ke kawasan Duty Free ada makcik dari Uzbekistan nak pergi ke bandar Namangan.

Dia tunjuk boarding pass dekat daku dan daku ceklah dekat skrin yang dia kena boarding dah. Waktu tu 11.10 pagi dan kapal akan terbang 11.40.

Allah. Semoga Allah permudahkan dia. 

Ku beritahu Gate apa, siap tulis lagi dekat boarding pass dia. Sebab dia kena naik aerotrain untuk ke terminal yang akan terbang ke Uzbekistan. 

Sempat ke dia? Entahlah. Semoga sempatlah.


Flightku 1.15 tengah hari. Masih banyak masa nak meronda.  Jalan-jalan tengok Turkish delights. Harga di Istanbul Airport ni semua kayangan dan dalam euro. Tepuk dahi.

Nasib baik dah beli siap-siap kat bandar Istanbul. Alhamdulillah.

Jaket Murah Bundle Shopee


Oleh kerana dalam airport ni panas, bila sampai Madrid nanti dah panas dan.....jaket ni dah berbulu teruk maka daku tinggalkanlah dia di dalam tandas di Airport Istanbul.


Murah saja. RM15. Tidaklah ku basuh. Haha.

Perjalanan pulang ke Madrid dari Istanbul makan masa 4 jam 30 minit. Dekat. Turkish Airlines bagi satu kali makan sebab masa naik flight tu memang waktu makan tengah hari.


Daku ambil ayam dan nasi. Nasi keras!! Tapi lahap je la sebab kebuloq. Lepas makan tidoq. Hahah. 

Tiba di Barajas Airport, Madrid dalam pukul 4.30 petang dan ketemu suamiku yang sudah 5 bulan tak jumpa. 


Kurusssss tapi takpe, tak sampai 2 minggu dah naik balik 10 kilo yang dia hilang tu sebab bini dia memang kasi makan baik punya.

Siapa-siapa yang tinggal dengan orang nama Zarina ni memang akan jadi debab. Hahaha.

Oklah, itu je pos tentang Solo Trip ke Istanbul - April 2025. Alhamdulillah. Pos seterusnya adalah pengiraan bajet. Berapakah wang daku yang sudah terbakar..hehe.

Teşekkürler - Terima kasih dalam bahasa Turki.
Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post