Solo Trip ke Istanbul - April 2025 - Part 5

Jom sambung solo trip ke Istanbul.


Lepas beli souvenir saya jalan kaki menuju ke arah selat Bosphorus. Nampak station tram Sirkeci dari jauh, saya ikut je laluan tu.

Selat Bosphorus, Eminönü

Jom kita ambil angin di Eminönü? Perut dah kenyang kan lepas makan kat Lokantasi? Kita perlu dessert.

Saya memang dah stail orang Sepanyollah. Lepas makan mesti nak pekena dessert tak pun kopi. Adoi..


Saya merayau lagi. Ikut je laluan orang ramai. Terjumpa satu kedai manisan dari jauh - Safa. Oh yess..Dulu kami pernah pergi ke sini tahun 2020. Pernah beli bawa balik Malaysia manisan ni.


Manis-manis semua, saya tak berapa suka. Harga manisan pun dah meroket. Pass. (Tip - kedai Safa yang ada dekat Grand Bazaar harga lebih murah)

Walhal saya nak sangat rasa Kunefe cheese tu. Adoi, perut cuma satu je, makanan ada bermacam-macam. Takpelah. Alhamdulillah. Kita pass je.


Jalan lagi, dari jauh nampak dah kocakan air Selat Bosphorus. Rasa tenang je tengok.

Saya duduk tepi selat, tengok orang memancing dan orang turun naik feri untuk ke sebelah Asia. Dari jauh boleh nampak Galata Tower. 

Cuma udaranya macam tak berapa nak segar dekat situ. Hahah. Sebab banyak bot, kapal, feri ulang-alik situ kan?


Budak-budak berlarian. Tengok emak-emak bagi anak makan keju dan roti.

Manakala saya bersama dessert saya - Ayran. Yesss, saya suka masam-masam. Lepas rehatkan kaki 15 minit macam tu, saya kena patah balik ke hotel sebab belum cek in lagi.

Penyesalan di sini - sepatutnya saya naik tram balik ke hotel tapi kalau naik tram tak dapat lalu Grand Bazaar dan Spice Bazaar / Egyptian Bazaar. 

Kaki menderita la jawabnya.

Yeni Mosque

Bersiap sedia untuk naik ke Grand Bazaar. Saya jalan sikit je dari Selat Bosphorus tu ke arah Masjid Yeni.

Pada tahun 2020, Yeni Mosque ni masih dalam proses pengubahsuaian. Jadi tak boleh masuk tengok. 

Kali ni dapat masuk dan ambil gambar sikit. Cantik juga. Cuma kecil sikit dari Masjid Sulhanahmet / Masjid Biru.


Saya tak solat dekat sini sebab saya cuma nak solat sama ada di Masjid Biru atau Hagia Sophia. Ini goal untuk transit 1 hari di Istanbul ni.


Dekat depan masjid ni ada mesin ATM dari pelbagai bank yang tersusun cantik. Saya masih terkesima sebab ini sangat memudahkan untuk pengeluaran tunai.

Spice Bazaar

Lepas tu jalan depan sikit jumpa ramai orang jual simit, jagung, buah berangan di kiosk-kiosk dan belakang je dah nampak Spice Bazaar.


Pada tahun 2022, saya tak sempat masuk sebab sampai malam, transit 7 jam je dan dapat beli lokum dan teh epal di kedai-kedai luar dari Spice Bazaar ni.

Tiada niat membeli cuma ambil gambar saja. 


Tiba-tiba ada seorang wanita bagitahu saya tip untuk ambil gambar yang cantik. Mulanya skeptikal sebab hampir kena scam kat Masjid Biru tadi tapi masih husnuzon bahawa tak semua orang ada niat tak baik.

Saya ucap terima kasih kat dia dan teruskan ambil gambar. 

Kurukahveci Mehmet Efendi

Sebaik keluar dari Spice Bazaar, saya memasuki kawasan Grand Bazaar dan saya bau kopi yang wangi.

Kopi Turki memang masuk dalam senarai sebab suami dan saya hari-hari minum kopi jadi wajib beli.

Kahve = kopi.

Sebab masa tak mengizinkan untuk duduk-duduk di kedai kopi menikmati kopi ni, jadi saya beli je 250gm kopi untuk 185 lira.

Halus sangat kisaran kopi ni jadi memang tak sesuai untuk moka pot. Lebih baik ambil sesudu dan letak dalam air mendidih. 

Keras dan pahit sangat rasanya. Intense flavor.

Boleh la rasanya bagi saya. Saya suka kopi yang fruity. Masih setia dengan kopi Colombia.

Grand Bazaar

Kawasan Grand Bazaar ni mengingatkan saya pasar Namdaemun di Seoul. Macam-macam ada. 

Cuma bezanya Grand Bazaar ini cantik dengan bangunan-bangunan lama jadi nampak kelainan dari segi sejarahnya.

Naik bukit itu sama je Seoul dan Istanbul ni. Turun naik bukit itu hakikat. Hahah.

Kalau kita dari Eminönü, masuk ke Spice Bazaar dan jalan hingga ke Tram Station Beyazit. Kaki akan menderita sebab naik bukit.

Jadi, lebih baik jalan dari Tram Beyazit, masuk ke Grand Bazaar, kemudian ke Spice Bazaar dan keluar ke Eminönü untuk naik feri merentas Selat Bosphorus.

Kurang menderita sikit kaki sebab turun bukit.

Kalau orang kaki shopping memang rambang mata di Grand Bazaar ni. Saya nampak tuala, alas meja, alas tilam, cadar dan sebagainya harganya masih ekonomi dan cantik-cantik reka bentuknya.

Oh ya, memang boleh sesat dalam Grand Bazaar ni. Saya pakai lalu je ikut Google Map. Mana kedai yang nampak menarik sikit, saya perhatikan untuk merehatkan kaki yang lelah.

Nuruosmaniye Mosque

Sebab hotel saya dekat dengan Station Tram Çemberlitaş, jadi saya set Google Map ke sana. Sebaik sebelum saya keluar dari Grand Bazaar, saya nampak pintu masuk Masjid Nuruosmaniye.

(Masjid Nuruosmaniye dari Grand Bazaar)


(Masjid Nuruosmaniye dari Station Tram ÇemberlitaÅŸ)

Masuk lah sekejap.

Ada banyak kucing. Saya suka. 


Ambil gambar sikit-sikit dan masa ni mata saya sudah tak dapat ditahan-tahan. 

Layu sangat-sangat.

Bayangkan...

Dari Bangi pukul 6 petang dah gerak. Flight pukul 11.45 malam dari KLIA. Tiba di Istanbul 5.20 pagi. Oleh kerana tak boleh cek in lagi, terpaksa lah jalan-jalan dulu.

Hingga pukul 3 petang waktu Istanbul dan waktu Malaysia tambah 5 jam iaitu 8 malam.


Saya beli satu simit yang berharga 20 lira untuk alas perut. Penjual hairan, tanya saya "Satu je?" Hehe..banyak-banyak nanti membazir. Taklah saya jawab begitu. Saya bilang, ya, satu je.

Cek in hotel, telefon ibu bapa, mandi, solat jamak qasar zohor-asar lepas tu 'ngorok' - tidur, orang Jawa kata. Tidur pengsan sampai pukul 12 malam.

Haishh..dapatkah saya solat di Masjid Biru atau Hagia Sophia?

Tungguuuuuu, jawapannya ada di post berikutnya. Hehe. Capek bangett.

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post