Reunion Sahabat di Madrid - Musim Panas 2026

Bismillah, Alhamdulillah

Lama sangat tak menulis tapi sekarang ada semangat untuk menulis lagi. 


Semalam, 2 Ogos 2026 ada reunion dengan sahabat-sahabat yang daku kenal di Madrid ni. Lama tak buat reunion makan-makan macam ni.

Kali terakhir rasanya pada Disember 2025. Mashaa Allah.

Ada jumpa juga tapi jumpa asing-asing, tak semua dapat berkumpul di satu tempat dan pada hari yang sama. Kali ini ada rezeki Alhamdulillah.

Macam biasa, kami buat pot-luck. 

Sebab musim panas di Madrid teramatlah panas dan kering. Daku ni pula puteri lilin. Heheh..Bila keluar rumah je pasti cair. Muka merah padam, aptb. (apa pun tak boleh). 

Senarai makanan macam ni:

Amirah (kawan Singapura) dan Javi (suaminya orang Sepanyol) - tuan rumah. Diaorang masak:

  • nasi kunyit
  • meat ball dengan sos tahini
  • Javi buat salad telur dengan udang rebus dan mayonaise
  • Patri (Kakak Javi) buat 'aperitivo' - makanan pembuka selera (daku direct translate hahah..) alah..macam appetiser la dalam bahasa Inggeris.
  • Air pelbagai jenis..huhu..(mula dah malas nak menulis ni...wei insofff, tadi kata nak menulis balik kan? --cakap kat diri sendiri nih)
  • 'postre' - dessert - manisan - diaorang beli aiskrim dari Mercadona je.

Daku?

Daku bawak Salad kuskus kegemaranku dan kuih dorayaki Doraemon untuk manisan.

Suti (kawan Indonesia) - Dia bawak:

  • Urap - orang jawa tahu la ni
  • Ayam goreng
  • Mochi versi tepung ubi kayu (katanya lagi viral di Indonesia..ehh..selit pengaruh lidah Indonesia pulak dah...anyway mak bapak ku Jawa..gpp kok..haha)

Karima (kawan dari Santo Domingo) - tak bawak apa sebab dia kongsi dengan Suti.

Ibu Purnama ( kawan Indonesia, sudah warga emas, nak masuk 70 tak silap. Dia dah tinggal di Madrid lebih dari 30 tahun. 

Ibu je lah ku panggil sebab memang gitulah ku panggil.

Ibu datang bersama anaknya Ana yang ada anak perempuan Surya (mixed Spanish - bekas suami). Anak keduanya, Hari datang bersama isterinya, Clara (orang Sepanyol) bersama anak perempuan diaorang, Luna (5yo) dan anak lelaki, Dani (3yo). Comellll sangat.

Ibu bawak tauhu goreng dan anak-anaknya bawa bawa manisan Arab macam pastry. Dekat sini kami panggil HOJALDRE.

Cukuplah tulis journal hari ni. Soalnya, gwe capek nih. (Hahaha..)

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post