Bismillah. Alhamdulillah.
JUMPA ORANG MALAYSIA KAT PRIMARK!
Baru ni saya ke bandar untuk urusan PR sebab bulan 11 nanti dah kena submit paper untuk sambung lagi 5 tahun di Spain. Inshaa Allah.
Ya Allah, permudahkanlah urusan ini. Aamin.
Kisah Hari Selasa
Saya sebenarnya dah pergi hari Selasa tapi pak guard yang jaga dekat situ suruh saya buat temujanji dulu sebelum jumpa pegawai.
Bertekak juga dengan dia. Saya kata saya kena buat certificate digital ni baru saya boleh buat temujanji online. Tapi tak tahu kat mana silapnya, pak guard tu pandang saya sebelah mata je.
Eh, come on macik tak buta IT k! Haha..dengan bangganya.(cakap dalam hati je..haha)
Lepas pak guard tu kalah dengan macik ni sebab saya berkeras jugak untuk jumpa pegawai sebab buat apa cakap dengan pak guard kalau dia tak tahu hujung pangkal masalah ku.
Akhirnya dapat juga jumpa pegawai tu dan curhat lah. Hamboi..curhat ya?
Tak lah gitu.
Saya bagitahu yang website gomen Spain ni serabut sangat. Apa yang saya perlu pilih apa pun tak tahu.
Akhirnya dia email saya link yang betul bila nampak yang saya dah lompat satu step dan saya dah ada email address.
Alhamdulillah. Saya perlu buat 'Cita' - disebut 'Sita' untuk temujanji dalam bahasa Sepanyol.
Kisah Hari Khamis
Oleh kerana macik busy dengan kelas hari Rabu, jadi hari Khamis - 22 Oktober 2026 berjumpalah sekali lagi.
Lepas jumpa pegawai, saya kena lalu pak guard yang sama. Saya bagitahu saya saya dah ada 'Cita' langsung jumpa pegawai.
Bila jumpa pegawai - macam biasa masalah 'apellido' ini sentiasa berulang sampai abang Jamil mampoihhh rasanya. Heheh..
Puas bertekak lagi.
Saya cuma ada satu 'apellido' je. Apellido ni maknanya surname.
Mulalah saya kena terangkan 'Binti' tu apa..bla..bla..bla.
Akhirnya pegawai kena ikut arahan saya. Hehe..saya kan macik IT..keh..keh..keh.
Alhamdulillah, 2 minit or less dia buat. Siap dah.
Oklah..Cita saya 09:45, saya keluar dari pejabat tu 10:00, apa aku nak buat nih? Dah la hari ni cuaca chiller chill gitu.
Gigil jugak..
Ploless beno macik ni pun..padahal muka penuh dengan bercak..haha.
Sebab saya dah lama tak pi center, saya pun jadilah tourist, main-main jadi pelancong gitu. Jalan ke Muzium Prado, buat-buat amik gambar. heheh...
Lepas tu tak tahan sejuk, naik la bas. Sebab ada Abono - monthly card, terjah je la mana-mana bas.
Agak-agak tersasar jauh dari center, turun dan naik balik bas lain. Akhirnya sebab saya rasa buang masa je aku buat benda tak pekdah ni..saya memang jenis restless kalau buat benda tak ada hala tuju.
Jadi saya decide, eh jom lah pi Primark. Mulanya ada kawan ajak pi minum kopi sebab dia pun ada urusan dekat Seguro Social dekat dengan Metro Sevilla.
Macik boleh lupa yang macik ni puasa sunat Khamis. Kemain kata - yelah, jom ngopi!
Sekali dapat hidayah, eh aku puasalah! Kensel terus.
Cakap kat kawan, takpelah..dia buatlah urusan dia, daku urusan daku.
ALLAH dah susun semua plan untuk daku.
Ok, di sinilah cantiknya susunan plan Allah. Daku memang la niat nak beli winter socks sebab socks yang ada pun dah berapa tahun tak ganti.
Sekali...jeng..jeng..jeng..
Terjumpa orang Malaysia dalam Primark!
Mashaa Allah.
Kalau hari Selasa yang lepas tu urusanku selesai, tak adanya ku jumpa depa nih. Alhamdulillah. Dapat lepaskan rindu jumpa, borak-borak dengan orang Malaysia.
Orang berbudi kita berbahasa.
Ketika seseorang berbuat baik atau berjasa kepada kita, kita harus membalasnya dengan tutur kata yang sopan, budi bahasa, dan penghargaan.
Begitulah..buat apa nak sombongkan? Lagi lah jauh di perantauan. Esok lusa masuk ke dalam tanah juga. Ampunkan dosa-dosa kami, Ya Allah. Aamiin.
TAMMAT.


