Kenapa Sangat Susah Untuk Memulakan Sesuatu?

Kenapa sangat susah untuk memulakan sesuatu idea, perniagaan atau usaha untuk lebih maju?

Memang susah. Hidup ni tak mudah. Sangat susah untuk memulakan sesuatu.


Saya ingat lagi, masih jelas di ingatan masa pertama kali saya memandu sendiri ke tempat kerja di Segambut, KL tahun 2000.

Bahu saya rasa keras sangat dan badan menggigil-gigil dalam kereta. Pegang stereng rapat ke dada.

Dapat bayangkan tak?

Sebab lepas ambik lesen memandu dekat universiti lepas tu tak memandu langsung! Padan muka! Hehe.

Tiba-tiba dapat kerja dekat KL dan tempat kerja jauh pulak tu dari rumah sewa. So, terus ambik keputusan beli kereta.

Masa baru dapat kereta, saya bagitahu tokey kedai tu suruh bawak kereta saya pi isi minyak dulu. Ingat lagi muka terperanjat tokey tu.

"Amoi, u tak tahu bawak kereta ke?"

"Tahu, cuma dah lama tak bawak kereta. Lebih 2 tahun!"

"Haaa?"

Nak tak nak saya kena suruh member teman masa bawak balik kereta. Mati enjin banyak kali tengah jalan sampai tak boleh kira. Hehehe..

Kenapa? Sebab kereta manual!

Lahh..awat tak beli auto?

Masa tu muda remaja comey lote tak pikiaq nak beli kereta auto. Lagipun gaji kecik masa first job tak pikir jauh sangat.

Tapi yang bagusnya dari pengalaman bawak kereta manual ni, keluar masuk kereta auto ke kereta manual ke...kacang sangat bagi saya!

Hamboi..riak la tuh!

Eh takde...saja bangga! Hahaha..

Uitt...dah banyak lari tajuk ni. Biasa le..karangan dapat C sentiasa masa kat sekolah dulu..tu le sebabnya. 

Berbuih mulut cikgu BM bagi nasihat. Akhirnya, diri ni rajin pulak buat Youtube Channel ILearnMalay. Irony sangat!

Sebenarnya nak cakap..

Masa mula-mula segala sesuatu itu susah sebab tak biasa kan?

Memang kena melalui episode stress, menggigil-gigil, anxiety semua tu lah!

Tapi jangan risau, itu satu proses yang natural. 

Bila kita letak mindset macam tu...takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Pelan-pelan panaskan enjin orang kata.

Jangan terus tekan minyak.

Kereta pun terperanjat tau!

Fokus, hari-hari berlatih. Inshaa Allah boleh!

Boleh! Aku boleh! 

Apa nak takut? Bukan mati pun.

Kalau mati, memang semua orang akan mati. 

Tinggalkan dunia fana ni ke dunia yang kekal. Setel. 

Jangan takut.

Kalau ada plan nak memulakan sesuatu. Buat perancangan dulu. Nanti saya cerita pengalaman saya macam mana saya buat Channel Youtube ILearnMalay tu. 

Saya punya goal; nak passive income. 

Saya tak nak kaya. Saya cuma nak cukup dan tak meminta. Kalau dapat ekstra Alhamdulillah.

Kalau tak dapat banyak hasil pun, saya boleh rasa syukur sebab ada orang yang boleh guna ilmu cakap bahasa Melayu tu untuk dia manfaatkan. 

Habis cerita, passive income dapat, passive pahala pun dapat. Bi iznillah (dengan izin Allah).

Doakan saya k? Aamiin.

Jadi, awak nak mulakan apa sekarang?

Cer cerita sikit kat komen.

Ok lah. Ciao. Nak sambung vlogging.

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post