Solo Trip ke Istanbul - April 2025 - Part 3

Bila tiba di Airport Istanbul, saya terus connect free WiFi di sana. Ada dua pilihan WiFi percuma iaitu IGA atau TK.


Mulanya saya cuba IGA (Istanbul Airport) tapi tak berjaya connect sebab perlu nombor telefon untuk verify melalui SMS. 

Saya cuba pilihan WiFi percuma kedua iaitu TK. Lebih mudah kerana saya datang dengan Turkish Airlines jadi saya cuma perlu isi boarding pass, nombor seat dalam flight dan nama. Terus connected.

e-SIM Turkiye

Untuk guna e-SIM, pastikan handphone kita support e-SIM. Senang guna e-SIM ni. Kita tak perlu sim fizikal.

Sebelum saya fly ke Istanbul, saya dah beli e-SIM Turkiye di Shopee. Satu hari 1 Gb dan saya beli untuk 3 hari lebih kurang RM18.

Sementara menunggu barisan di imigresen yang panjang berjela, saya godeh2 la cara untuk aktifkan e-sim ni. AMARAN-jangan buat macam saya.

Sebab saya jenis nak cepat ( Palli-palli syndrome dari zaman kat Korea agaknya. Heheh..) Disebabkan inilah saya dah rugi 35 ringgit duit reload Maxis prepaid.

Saya guna prepaid Maxis yang sebenarnya dah auto roaming dan saya tak tahu ni.

Kenapa saya pakai prepaid bukan post-paid Maxis?? Sebab saya tinggal di Madrid, Spain. Jadi tak perlu pakai postpaid di Malaysia.

Saya cuba godeh2 tapi tak berjaya jugak, jadi saya pas imigresen, ambil bag dan cari locker tuk simpan beg 28 inci saya dekat tempat simpanan beg di Istanbul Airport dulu baru saya contact tuan e-sim di Shopee.

Tuan tu bantu saya dengan pantas. Alhamdulillah dah berjaya guna e-Sim di Turkiye dengan TurkCell.

IstanbulKart - Istanbul Metro

Lepas saya simpan beg, saya terus keluar dari departure dan belok ke kiri ikut signboard ke Metro. Agak jauh juga.

Cuaca agak sejuk masa ni, 7 Celcius.

Sampai2 di stesen Metro, saya terus cuba kad Wise saya sebab saya cuma transit. Malas la nak beli IstanbulKart yang berharga 130Lira (kosong).

Sebelum pergi, saya ada baca di Forum DIY Travel Turkey di Facebook. Boleh je guna Wise card/debit/credit card untuk public transportation di sana.

Untuk jalan-jalan di Istanbul dengan bas/metro/tramway, kalau guna Istanbul Kart - cuma 27 lira dan selain IstanbulKart - 40 Lira. (rate April 2025).

Bila saya tap je dekat card reader nak masuk Metro tu, terus keluar error!

Cuba dekat beberapa card reader yang lain pun sama. Hampeh! Malas dah nak buang masa.

Terus saya pergi dekat mesin Biletmatik warna kuning tu untuk beli IstanbulKart. Saya beli kad + reload = 300 lira. Kad - 130 dan selebihnya ada dalam kad 170 lira.

Metro Istanbul dari IST ke Ã‡emberlitaÅŸ Tram Station.

Masa saya naik Metro, jumpa dua orang sister dari Malaysia juga tapi mereka bekerja di luar negara sebagai jururawat. 

Kita kenal-kenal la sepanjang perjalanan 1 jam setengah naik metro ni. Mereka pernah ke Istanbul sebelum ni. Kali ni datang semata-mata untuk tengok bunga tulip yang tengah mekar.

Saya pula niat nak solat di masjid biru atau Hagia Sophia. Yang mana sempat. Tak tahu pulak ada musim tulip bulan April ni. Alhamdulillah Bonus Allah bagi.

Mis dan Farah. Kalau sis jumpa blog ni, jangan lupa komen hai, k?

Tiket Metro + Tram dari IST airport ke Ã‡emberlitaÅŸ tram station cuma lebih kurang 80 lira dengan IstanbulKart. 

Secara jujur, kalau datang sendiri atau tanpa anak-anak atau warga emas, saya rasa ok je ikut public transport ni. TAPI memang jauhhhhh, letih juga nak cari jalan dalam stesen pertukaran.

Saya naik dari IST airport pukul 8 pagi. Tiba di Sultanahmet NU Hotel pukul 9.45 pagi. Berkicap! (Slang budak jaman NOW untuk berpeluh hehe) Itupun saya cuma bawak cabin bag je dlm 7 kilo, tarik pun mengah. Nampak sangat macikkkkk dah tak larat, nak :)

Sultanahmet NU Hotel

Saya book hotel ni dekat BOOKING. Book sebulan sebelum dapat RM180 semalam untuk katil double tanpa sarapan. Ada lagi tempat yang lebih ekonomi atau lebih kayangan. 

Saya book sebab ada sorang sis Malaysian, dia bagi review bagus untuk single traveler so saya pun book lah. 

Sampai2 je saya minta untuk simpankan beg saya sbb check in pukul 3 petang. Servis ni FOC. Dekat kaunter, Encik Murat, dia kata ada breakfast (tak free) dekat atas dan boleh nampak view Selat Bosphorus dari atas.

Saya terus pergi ke tingkat 7. Ada lif ye. PLUS dekat sini.

Sebab saya nak breakfast dekat luar, jadi saya tak rasa nak sarapan dekat hotel ni. Kena bayar dalam EURO.

Lepas ambil gambar sekeping dua. Saya terus turun bawah cari sarapan. Review hotel di post yang lain Inshaa Allah.

Sarapan di Rumeli Tatlı Ve Börek Evi

Kenapa saya nak sarapan dekat sini? Sebab saya nak cari yang paling Turkish dan kurang komersial. Heheh.

Tak jauh dari Sultanahmet NU Hotel je tempat sarapan ni.

Masa saya masuk, tak ada orang lain kecuali owner - seorang nenek, seorang atuk dan anak perempuan mereka.

Lagipun dah nak pukul 10.30 pagi. Jadi mungkin masa sarapan pun dah nak dekat habis.

Ramai orang rekemen suruh makan Börek di Turkiye. Jadi itu yang saya pesan.

Owner - Atuk, rekemen ambil yang Börek bayam atau Börek keju tapi saya nak cuba satu je dan nak cuba satu lagi yang manis. Selain itu saya order Çay Turki.

Semuanya - 125 lira. (Lebih kurang RM15 masa saya pergi - 14 April 2025)

Sejujurnya, saya rasa biasa je. Saya makan Börek bayam dan apple pie. Börek bayam ni masin sikit dan apple pie dia ok je lah. Sebab pernah rasa yang lebih sedap. Alhamdulillah. 

TAPI..sebab saya seorang je dalam kedai tu jadi atuk dan nenek tu boraklah dengan saya. YA! Kami guna Google Translator. Hahahah..

Atuk kata dia dan anak perempuan dia dah pernah pergi umrah. Nenek dah pergi Haji. Alhamdulillah. Saya kata saya dah pernah pergi umrah. Alhamdulillah. Kami berdoa semoga kami semua dapat pergi Haji. Amin.

Kemudian dia kata, anak lelaki dia kahwin dengan orang perempuan Indonesia. Majlis buat di Turkiye tapi anak dia sekarang tinggal di Indonesia. Mashaa Allah. 

Macam ayam dan itiklah perbualan kami. Hahaha lucu sangat. 

Oklah..nantikan kisah saya hampir kena Scam di Masjid Sultanahmet - Masjid Biru di post akan datang! Inshaa Allah.

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post