Solo Trip ke Istanbul - April 2025 - Part 4

Alhamdulillah. Jom sambung lagi journal Solo Trip ke Istanbul - April 2025. Seperti yang saya katakan sebelum ni, trip ini adalah trip transit. 

Pada mulanya, saya ambil flight Turkish Airlines (TA) ni sebab ada FREE Touristanbul. Awalnya, flight adalah pada 14 April pukul 8.30 pagi dan niat untuk ambil tour pukul 6 petang.

Disebabkan TA ubah timing flight ke pukul 10.30 pagi, maka Touristanbul itu secara automatik telah dibatalkan. Offer STOPOver pun tak dapat.

"Hmm..kenapakah aku perlu duduk kat airport Istanbul lama-lama kalau tak dapat FREE Touristanbul kan?", getus hati saya.

Penundaan waktu hanyalah pada laluan pertama iaitu dari KUL ke IST.

Tak berlaku pada laluan kedua iaitu dari IST ke MAD.

TA beri pilihan sama ada ambil penerbangan baru pada pukul 10.30 pagi atau saya boleh tukar tarikh penerbangan secara percuma.

Jadi saya tukar penerbangan ke 13 April, pada pukul 11.45 malam. Begitulah. 

Itulah sebabnya saya book hotel sendiri. 

Tak apalah, tak ada rezeki nak dapat Touristanbul. Apapun Alhamdulillah. 

SHOW Supermarket Çemberlitaş

Lepas saya dah sarapan di Rumeli Tatlı Ve Börek Evi, saya patah balik naik ke arah jalan besar sebab saya nak pergi ke SHOW Supermarket ÇemberlitaÅŸ.

Dekat situ saya beli Ayran, air mineral satu botol dan satu coklat Brownie ETI yang ada filling coklat. Ada 3 jenis- coklat, caramel atau hazelnut. Filling coklat yang paling saya suka sebab kurang manis daripada yang lain.

Dekat SHOW supermarket, saya cuba bayar pakai WISE card. Mulanya saya tap wave, tapi fail. Lepas tu saya cuba masukkan pin. Baru ok. 

INFO - Penggunaan kad WISE

Sebelum pergi, saya ada aktifkan kad WISE ni untuk transaksi pertama dekat Petronas di Malaysia dengan tap wave tapi gagal. Ada info dari DIY Trip Turkiye, saya perlu masukkan pin nombor dulu. 

Kemudian saya pergi ke Family Mart di Bangi, saya cuba masukkan pin. Transaksi lepas.

Ok.

Di Turkiye pula..

Saya fikir bila sampai di Turkiye saya boleh guna terus kad WISE ni dengan tap wave saja di METRO Istanbul airport. Tapi masih GAGAL.

Kemudian saya buat transaksi di SHOW supermarket, tap wave juga. Masih GAGAL.

Lepas tu saya buat lagi transaksi dengan masukkan nombor pin. BERJAYA.

Kesimpulannya,

bila pergi ke mana-mana negara, sila buat transaksi menggunakan nombor pin dulu untuk transaksi pertama di negara tersebut. Kemudian, baru guna tap wave.

Mungkin, WISE perlu kita masukkan pin nombor untuk transaksi pertama supaya dapat aktifkan kad tu di negara yang kita lawati sebagai langkah keselamatan.

Bagi sesiapa yang belum ada kad WISE, boleh daftar di link ini -> Kad Wise

Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru

Saya jalan ke arah jalan besar. Nama jalan Divan Yolu Caddesi. Caddesi maknanya jalan.

Sedikit maklumat dari Turkey Travel Planner's website:

Divan Yolu, the "Road to the Imperial Council," was once the imperial road from Constantinople to Rome (map). It takes its Turkish name from Ottoman times, when it was in fact the "Road to the Imperial Council" (Divan) in Topkapı Palace. When it was laid out by Constantine the Great in the early 300s AD, Divan Yolu (dee-VAHN yoh-loo) was the Mese, the main boulevard leading from the city center on Seraglio Point to the Golden Gate in the city walls, where it met the road to Rome.

Saja nak lalu laluan tramway. Boleh cuci mata. Hehe.

Kalau ikut Google Maps jalan kaki dalam 7 minit tapi jalan orang yang nak cuci mata, kejap2 selfie hahah..lambat la sikit.

Cuaca hari ni sejuk. Maksimum 10 celcius masa tu. Dah le pakai baju nipis je tambah satu kot yang tak berapa nak tebal. Berair jugak lah hidung ni.

Masa saya sampai dekat depan Stesen Tram Sultanahmet, nampak ramai orang tengah topup Istanbulkart.

Laluan tramway di sebelah kiri saya , di depan saya ada Masjid Firuz Aga dan di sebelah kanan saya ada taman kecil dengan anak tangga menuju ke Masjid Sultanahmet.

Saya dah nampak ramai orang berkumpul dekat satu kawasan lapang berdekatan dengan Masjid Sultanahmet.

Jadi, saya ikut je lah orang lain yang menghala ke sana.

Tragedi Masjid Biru - Masjid Sultanahmet

Di sinilah tragedi Masjid biru berlaku. Hahha..

Saya nampak orang ramai menghala ke sebelah kanan (dalam gambar atas - tanda anak panah warna merah) tapi di sebelah kiri saya ada taman yang banyak bunga tulip, jadi saya pun ke sana. Macik dan bunga berpisah tiada. Hehe.

Ambiklah banyak selfie berlatar belakangkan Masjid Sultanahmet.

Dalam diam-diam, saya diperhatikan. Saspen kan? (di sini - anak panah warna merah dalam gambar di atas)

Saya jalan ke arah masjid walaupun dalam hati dah rasa pelik kenapa tak nampak orang yang ramai dekat sana. 

Bila dah rasa pelik tu, saya patah balik la nak tanya orang lain yang ada rupa macam tour guide gitu.

Tak sempat!!

Dah kena cekau dengan seseorang. (Muka sebelum dicekau..haha. Gambar atas)

Saspen tak?

Dia tak tanya saya sama ada saya orang Malaysia ke atau 'Can you speak english?'. Dia cuma kata, pintu masuk ke masjid bukan dekat depan ni tapi kena masuk dari belakang. 

Ok, saya fikir cakap terima kasih kat dia, cukuplah kan?

Kemudian dia kata - jom saya bawak awak ke pintu belakang. 

Ok, macik memang ramah tamah jadi borak-borak la dengan dia walau banyak mana pun dah baca dekat forum yang - buat muka kelat je, muka masam je, buat sombong je dengan sesiapa pun dekat sana.

Tapi degilll jugak macik ni. 

Hahaha..nak jadik kan?

Takpe lah. 

So dia cerita la bla bla..saya pun bla bla bla.

Saya tanya dia, dia buat apa kat sini?

Dia kata dia ada kedai dekat depan sana, market paling besar dekat Istanbul dan selepas dia tunjuk saya masjid nanti bolehlah saya pergi kedai dia.

Adoi. Aku dah masuk perangkap ni. Adakah macik dipukau? Hahah.

Sejujurnya, saya memang sejenis tak suka membeli-belah. Jenis beli satu magnet pun jadilah. Malas nak semakkan rumah.

Taklah.... saya beli dua magnet. Sebab mana tahu bila satu patah, satu lagi boleh jadi bekap. Hahah..minda programmer. Gitulah. 

So, ikutlah guide tak serupa guide ni sampailah pintu nak masuk ke masjid tu kena naik tangga. Ingat tak, tadi saya kata cuaca sejuk hari ni dan pakaian saya tak membantu.

TIBA-TIBA...

kaki saya krem!!

Betul-betul dekat tangga tu. 

Terpaksalah saya duduk dekat tangga tu sampai krem tu hilang. Tapi biasala..mana boleh hilang dengan kadar cepat. Terhencot-hencot jugaklah masuk masjid tu. 

(Gambar atas - ruang solat wanita dan bahagian dakwah Islam - boleh dapatkan pamphlet tentang Islam)

Masuk masjid, saya masukkan kasut dalam backpack sebab nanti masa nak keluar, kita kena keluar dekat pintu yang berlainan. Pastikan bawak plastik extra untuk isi kasut.

Saya berlegar-legar dalam masjid ada lah 15 minit macam tu. Ingatkan mamat guide tu dah pergi. Rupanya dia setia tunggu saya kat luar. 

Oh ya, masa nak keluar nanti ada booth minta donation untuk masjid. Kalau kita sedekah, dia akan bagi resit. Semoga Allah terima amalan kita yang ikhlas kerana-Nya. Aamin.

DAN...jeng jeng jeng.


Kaki saya krem sekali lagi. Allahu. (gambar atas - stress kaki krem dan fikir alasan nak elak dari dipaksa pergi kedai haha. Tudung semangat pattern Masjid biru dah tu.)

Saya terus kata kat mamat tu yang saya cuma transit je, tak banyak masa dan tak sempat nak pergi ke kedai dia. White lie kejap.

"Saya kena pergi airport sekarang!" Padahal, tak pun. Tapi sebab kaki saya krem sangat. Tak boleh nafas rasanya sebab kaki sejuk sangat.

Saya terduduk dekat taman kecil nak naik ke Stesen Tram Sultanahmet tu. Urut-urut kaki sat. Minum air.

Inilah akibat duduk dekat Malaysia, turun naik kereta je tak ada jalan kaki langsung!

Tergezut kaki-kaki ku.

Bila dah ok sikit, saya rasa lapar sangat-sangat!

Tak boleh jadi, saya kena makan tengah hari sekarang!

Balkan Lokantasi

Niat saya memang nak cuba banyak makanan Turki yang 'real' tapi yang tak rabak poket la. Haha.

Disebabkan inflasi yang hiper di Istanbul ni, semua benda mahal. Termasuklah makanan.

Masa saya pergi Istanbul tahun 2020 dulu, saya makan dua orang cuma bayar dalam 12 euro macam tu di Maranda Doner. 

Dulu roti simit cuma 2 lira lebih kurang 1.40 (rate 12 Mac 2020) ringgit dan sekarang 20 lira lebih kurang 2.80 ringgit (rate 14 April 2025). Naik sekali ganda.

Sekarang saya seorang diri transit untuk ke Madrid jadi saya nak cuba makan di Lokantasi pula. Lokanta maknanya restoran makanan rumahan.

Baiklah, dari masjid biru tadi saya jalan turun bukit dari Sultanahmet, ikut je Google Map. Dalam 15-20 minit jugak la. Saya fikir ok la..nasib la turun bukit. 

Saya sampai depan restoran ni dalam 11.30 pagi macam tu. Punyalah lapar ye. Terus beratur. Masa ni tak ramai orang lagi.

Saya order sup lentil kuning - Çorba, nasi pilaf manis dan lauk terung dengan daging cincang. Saya tak tahu cakap Turki, main tunjuk-tunjuk je. Semuanya 305 lira lebih kurang 35 ringgit. Saya bayar dengan WISE lagi.

Bayar dulu, duduk dan boleh kayuh. Oops. boleh makan. 

By the time saya duduk nak mula makan, orang dah beratur panjang. Saya tengok rata-rata orang ambil satu lauk lepas tu makan dengan roti. Saya sorang je yang mentekedarah tak ingat dunia ambil 3 pinggan lauk.

Wallahi, saya lapar sangat-sangat.

Mulanya rasa macam tak boleh habis jugak. Akhirnya licin! Alhamdulillah.

Kalau dari Sirkeci nak ke restoran ni kena naik bukit sikit. Pilihla, naik bukit ke turun bukit. Yang pasti jangan order satu lauk je. Rugi beso. Sedap-sedap semuanya dan sikit pun tak pedas.

Saya dah biasa makan makanan mediterranean yang tak pedas, jadi rasa ok je. Yang mana suka pedas memang kena bawak cili sendiri dari Malaysia. 

Bunga Tulip di Gulhane Park.

Lepas makan tu saya pun merayau-rayau je tanpa hala tuju. Perut dah kenyang. Jadi mata garfield dah. Beza masa Malaysia dan Turkiye, 5 jam. Tambah lagi dengan penat naik kapal 10 jam dan dari rumah ke airport 4 jam. 

Memang dah tak tahan dah mata ni.

Dari jauh saya nampak sesuatu yang menarik!

Poster Netanyahu WANTED. Ya Allah lindungilah saudara-saudara kami di Palestin dari perbuatan hamba-hambaMu yang zalim dan kejam. Aamin.

Saya jalan sikit lagi tiba-tiba ternampak satu pintu masuk ke Taman Gulhane (yang ni pintu yang dekat dengan kedai Souvenir Oriental Åžal -dari belakang). 

Tak sangka sebab memang tak mencari sebab tahu badan tak larat, masa pun tak ada.

Alhamdulillah.

Bunga Tulip atau dalam bahasa Sepanyol kita panggil Tulipan.

Kebanyakkan bunga Tulip dah kembang sangat masa saya pergi ni (14 April 2025)

Apa lagi..selfie taimmm.

Ada juga bunga Sakura ni. Kalau di Korea dipanggil Royal Sakura.

Simpan sini gambar-gambar tulip buat kenangan. Bila ada rezeki boleh baca lagi post ni.

Oriental Åžal Gift Shop

Dah puas selfie, saya keluar dari pintu lagi satu Gulhane Park, yang sebenarnya pintu utama. 

Pintu masuk sebelumnya cuma pintu kecil je. 

Saya dok pikir, takde masa dah ni. Pukul 3 petang nak check in hotel. Sekarang dah pukul 1 macam tu. Ni masanya untuk beli souvenir.

Memang dah tahu ada satu kedai souvenir yang femes dekat dengan Gulhane Stesen - Oriental Åžal Gift Shop. Ke sanalah saya pergi.

Masa kat sana, ramai juga orang dari Malaysia atau Indonesia membeli souvenir. 

Saya cuma nak fridge magnet dan cawan teh / Çay kalau ada. 

Cuma pilihan magnet dia tak berapa cantik. Murahlah. Satu 20 lira. Sama harga dengan simit di kiosk. Beli dua.

Saya tanya cawan teh / Çay, diorang jual satu set 6 cawan. Saya cuma nak  2 gelas je untuk saya dan suami tapi tak ada pilihan yang menarik. Pass. Lain kali lah. 

Alhamdulillah. Sampai sini je. Sambung lagi post lain untuk ke Eminönü dan Grand Bazaar pulak.

Penyesalan yang tak sudah. Ampun kakiku! Hehe.

Zarina ElKabdani

Hola! We are a Malaysian + Moroccan couple currently living in Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post